Kerajaan punyai kecairan RM250b bantu usahawan


23/03/2009 12:28pm

KUALA LUMPUR 23 Mac — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia mempunyai jumlah kecairan yang besar sebanyak RM250 bilion yang boleh diguna pakai bagi membantu para pengusaha tempatan pada masa krisis ekonomi global sekarang ini.

Sehubungan itu, beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan turut memberi insentif bagi menggalakkan institusi kewangan memberi pinjaman kepada pengusaha yang memerlukan, seperti memberi jaminan bayar balik kepada institusi berkenaan bagi mengurangkan risiko tanggungan.

“Salah satu daripada punca penting dalam menghadapi kemelut dunia ialah memastikan sistem kewangan negara dapat menyalurkan pinjaman kepada para pengusaha yang memerlukannya,” katanya ketika berucap di Simposium Usahawan Bumiputera MIDF 2009 di sini.

“Selagi sektor perbankan tidak memberi pinjaman, selama itu usaha untuk memulihkan ekonomi dunia tidak akan berjaya,” katanya.

Antara insentif yang disediakan ialah Skim Jaminan Usahawan Kecil oleh Credit Guarantee Corporation (CGC) di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia, yang akan memperuntukkan 80 peratus jaminan ke atas pinjaman yang diluluskan di bawah skim ini.

— BERNAMA


Sumber - Utusan Malaysia


  • Betulkah ada dana sebanyak itu?
  • Siapa yang akan dapat kemudahan bantuan kewangan tersebut?
  • Memadaikah jika pinjaman atau bantuan kewangan disalurkan kepada usahawan sahaja?
  • Berlakukah pusingan kitaran wang antara pengusaha - pengguna , jika pengguna kebanyakkannya mula hilang kuasa membeli?
  • Apa akan jadi jika hutang semakin bertambah kepada usahawan, tetapi jualan tidak dapat dilakukan?
  • Apa perancangan anda menangani masalah krisis ekonomi serantau?

No comments:

Post a Comment

AddThis