Salam,
Hari ini saya nak terangkan jenis-jenis rumput yang biasanya ditanam untuk makanan kambing.
1. Napier a.k.a rumput gajah - biasanya rumput gajah yang ditanam adalah jenis baka Taiwan. Berbanding baka tempatan, baka ini lebih elok , kurang berbulu dan mempunyai daun yang lebih besar dan cantik.
Rupa rumput gajah ini tergolong dalam keluarga tebu. cara menanamnya juga sama seperti tebu.
Untuk diberi kepada kambing, biasanya ia akan dimasukkan ke dalam 'chopper' untuk menghancurrkannya supaya hampir kesemuanya dapat dimakan kambing.
2. Humidicola a.k.a medicola a.k.a rumput lembu - rumput ini sangat bagus ditanam kerana dapat dituai dalam masa 14 -20 hari. Biasanya dipotong menggunakan mesin rumput ataupun disambungkan mata pemotong kepada traktor.
Selepas itu, dimasukkan kedalam chopper (bagi kandang yang mempunyai palong makanan kecil). Bagi palong yang besar, masukkan terus ke dalam palong.
Sekian untuk kali ini.
wasalam.
No comments:
Post a Comment