Sempena kejayaan MAHA 2006, pada tahun ini, MAHA akan dianjurkan sekali lagi pada bulan Ogos. Penganjuran yang dibuat oleh MOA- Kementerian Asas Tani manakal perlaksanaannya dipertanggungjawabkan kepada FAMA.
Pameran yang akan berlangsung selama 13 hari (11 - 23 Ogos 2008), akan diadakan di MAEPS, Malaysia Agro Exposition Park Serdang, Selangor. Ia bertujuan menghimpunkan pelbagai jenis bidang pertanian, 'agro - based', hortikultur dan agro-pelancongan (agro-tourism). Merupakan pameran terbesar dalam kelasnya serta telah termaktub dalam 'Guiness Book of World record'. Pameran ini menarik penyertaan yang datang dari pelbagai syarikat besar, persendirian dan juga badan-badan kerajaan.
Apa yang bakal menarik perhatian pengunjung ialah segala aspek pertanian, penemuan, innovasi dan juga teknologi terkini, bakal disaksikan di pameran tersebut. Dikatakan sebagai 'wajib dikunjungi' oleh setiap genap lapisan masyarakat, pastinya MAHA menggamit hati setiap pengunjung dengan 'pakej' yang ditawarkan. Anda dijamin tidak akan bosan sehari suntuk menghadiri MAHA 2008, dengan keluasan tapak 42,000 m persegi. Pelbagai aktiviti telah diatur manakala segala jenis ternakan, tumbuhan, gerai, jentera dan banyak lagi akan dihidangkan di sana.
Untuk paparan dan maklumat lanjut, layari http://www.mahaexpo.com
ko pegi MAHA ke sam? hmm tapi kalau jual benda kat situ mesti byk org beli. Sebab ratusan ribu yang datang dalam sehari.
ReplyDeleteada peluang buat julan cecahan puluhan ribu sehari ni.
2006 aku gimmg best giler!!! tapi lembik badan round semua tempat... dah macam disneyland.....
ReplyDeletearr tu ar....memang seronok tu. hehehe. tahun ni ko g lagi ke? tak jual ke kambing ko kat sana.
ReplyDeletetak tahu lagi thn ni gi ke tak... sibuk projek lain
ReplyDeletehahaha. byk projek. ok la tu sebab benda ni tiap tahun ada. hehehe. gud luck utk projek akan datang
ReplyDeletetq.. tq... tq... tq... tq...
ReplyDeletesemoga sama2 mendaki puncak kejayaan...