Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kepada semua pengunjung blog ini, para penternak kambing, rakan-rakan serta sekalian umat Islam di seluruh pelusuk maya. Kesempatan ini, saya menyusun 10 jari memohon keampuanan serta kemaafan andai terdapat kata-kata serta perbuatan yang menyinggung perasaan kalian.

Saya juga ingin meminta maaf atas kelewatan keputusan peraduan Lawak Kambing atas sebab kesibukan berniaga di bulan Ramadhan. Insyaallah saya akan umumkannya selepas menjelangnya Syawal.

Akhir kata, berhati-hatilah mengharungi perjalanan pulang berhari raya, ingatlah yang tersayang. Berpada-padalah dalam menikmati juadah berbuka serta juadah Aidilfitri.. maklumlah dah namanya hari raya... jangan pula nanti dikejarkan ke hospital sebab terlebih makan daging (terutama kambing tua)...

Siapa-siap yang ada gout, yang ada darah tinggi, kencing manis, berhati-hatilah dengan pengambilan makanan terutama bila tibanya Syawal. Dengan makanan serta juadah yang sememangnya membuka selera.... Sendiri mau ingat OK!

So akhir kata, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin...

p/s - saya beraya di Muar, raya kedua akan ke Terengganu (one day return trip)...

No comments:

Post a Comment

AddThis