Kesan kejatuhan ekonomi dunia pada perniagaan.
Salam..
Ekonomi dunia kini dalam keadaan merudum. Walaupun harga petroleum telah turun, seterusnya berjaya menurunkan harga petrol dan diesel (harga runcit) di Malaysia, kejatuhan ekonomi dunia sedikit sebanyak mula dirasakan oleh semua orang. Apatah lagi kepada peniaga kecil (juga penternak kambing), apatah lagi peniaga-peniaga besar.
Setiap isi rumah mula mengambil langkah berhati-hati dalam berbelanja. Bagi yang masih lagi lalai untuk menunggu bonus hujung tahun, ambillah langkah berjaga-jaga. Rancang perbelanjaan, uruskan kewangan dengan sebaiknya.
Saya juga turut merasakan tempiasnya (perniagaan internet). Jualan memang sangat merudum. Apa yang dirancang, tidak menjadi. Betul seperti yang selalu ditekankan, "kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan".
Bagi penternak kambing sekalian, apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil?
Saranan saya;
1. Sembelih / jual kambing yang sudah agak lama.
Ini kerana semakin lama ia disimpan, semakin tinggi kos yang kita tanggung (kira kos makanan sehari-hari kambing tersebut- berbaloikah nanti dengan harga yang dapat kita jual kelak?)
2. Minimumkan penggunaan tenaga sehari-hari diladang / kandang.
Pengurusan yang cekap dapat meminimumkan penggunaan diesel dan petrol - terutama ladang yang jauh dengan pekan / jalan besar untuk mendapatkan bahan mentah / diesel dsb.
3. Minimumkan hasil yang boleh dijana daripada kambing tersebut.
Contoh - kulit kambing untuk pelbagai barangan kraf. Tanam sedikit sebanyak makanan kontan / fertigrasi di ladang supaya dapat menambah hasil sampingan bagi menampung kos pengoperasian. Sistem 'sprinkler' / fertigrasi dapat mengurangkan masa, disamping kos baja yang dijimatkan hasil 'circle of nature' - kambing bagi baja pada pokok.. pokok bagi sumber makanan pada kambing.
4. Melaburlahsedikit untuk membeli mesin (machinery) yang dapat memaksimumkan tenaga pekerja untuk tugas lain (optimize).
Contohnya penggunaan bobcat untuk menyodok tahi di bawah kandang, mata pemotong yang disambungkan kepada 'bajak' @ traktor untuk memotong rumput.
Saya harap sedikit sebanyak panduan ini dapat kita jadikan pedoman. Kepada sesiapa yang ada pendapat lain atau idea, sila kemukan pada komen dibawah.
Wasalam.
Samdaddycool.
Parit Bunga, Muar.







1 comments:
Sertai GEM Community secara percuma. Satu tapak untuk para Usahawan - usahawan berkongsi-kongsi maklumat dan pendapat (Forum, Blog,Direktori, Iklan Percuma DLL) dalam bidang yang yang ceburi seperti Pertanian, Ternakan DLL.
www.gem.socialgo.com
Post a Comment