Pasaran tepu?

Salam semua

Kali ni saya nak membincangkan tentang pasaran semasa, tidak kira kambing, daging lembu, cacing, cili, mahupun lintah.

Terdapat beberapa pengusaha yang mengeluh akibat wujudnya masalah apabila memasarkan sesuatu produk. Tidak kira apa jua perusahaan ia adalah sejenis perniagaan, di mana bidang pemasaran (marketing) menjadi tonggak kejayaan.

Saya suka dengan kata-kata Dr. Irfan Khairi yang menyeru untuk berfikir di luar kotak. Walaupun beliau boleh dikategorikan sebagai 'mentor muda', tetapi banyak tips serta panduan yang beliau berikan adalah rasional dan berasas.

Apa yang dimaksudkan dengan berfikir di luar kotak? In adalah cara kita (brainwash), membuat post mortem - menilai serta mengkaji dari pelbagai sudut serta kebarangkalian dan alternatif yang ada. Jika bercakap tentang produk, apa yang akan terjadi bila tidak dapat dipasar? Bila situasi ini terjadi, bersedialah dengan plan B. Plan B adalah alternatif atau dikatakan pilihan kedua apabila rancangan pertama tidak menjadi.

Bagi contoh produk daging kambing, buat satu analisa / rancangan pemasaran seperti berikut;

Jual kepada peraih.

tiada permintaan

Jualan terus - pasar borong, pasar tani, pasar malam.

tiada permintaan

Buat produk frozen


atau ada lebihan daging, tukarkan kepada bentuk lain - contoh kebab, burger, minced mutton ( daging cincang).


Berfikirlah secara kreatif apabila memasuki bidang perniagaan (pemasaran). Tanpa usaha yang gigih dan cekal, kita akan cepat putus asa. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Ia tidak akan dapat dikecapi dalam masa satu hari. Istiqamah dalam membuat sesuatu pekerjaan. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Insyaallah berjaya.

No comments:

Post a Comment

AddThis