Vermikompos

Salam Ramadhan semua.

Ini adalah post pertama blog Kambing jamnapari dalam bulan puasa, Ramadhan yang mulia ini. A;hamdulillah, syukur kehadratnya kita masih mampu meneruskan ibadah puasa dan yang lain-lainnya.Di samping itu, zakat fitrah, zakat ternakan dan zakat perniagaan jangan lupa untuk dilunaskan. Itu belum dikira lagi zakat harta dan zakat emas.

Hari ini saya sekadar ingin berkongsi panduan baja vermikompos, petikan daripada Pertanian Manjung Perak. Semoga menjadi panduan bersama.


PENGENALAN

Vermikompos adalah baja kompos yang terbentuk hasil dari pemeliharaan cacing di dalam kompos. Vermikompos mengandungi najis cacing yang bercampur dengan bahan-bahan organik yang mereput seperti jerami padi, rumput dan lain-lain sisa bahan tanaman. Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutrient yang sangat sesuai untuk tanaman. Ia juga mengandungi mikroorganisma yang dapat membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.

MEMBUAT VERMIKOMPOS

Bahab-bahan:

1.Jerami padi atau sisa bahan pertanian yang telah reput atau separuh reput
2.Najis haiwan (tahi lembu atau tahi ayam)
3.Cacing merah (cacing kompos)


CARA MEMBUAT VERMIKOMPOS

1.Sediakan tapak kompos dan bangsal untuk membuat vermikompos bagi melindungi daripada hujan dan panas

2.Masukkan 300 kg jerami dan 100 kg tahi lembu ke dalam kompos dan gaulkan

3.Masukkan 4 kg cacing merah (lebih kurang 10,000 ekor) ke dalam campuran jerami dan tutup dengan jerami atau guni

4.Lakukan penyiraman setiap 2 hari sekali supaya campuran sentiasa di dalam keadaan lembap

5.Pemantauan dan pengurusan yang sempurna hendaklah sentiasa dilakukan bagi memastikan cacing berada di dalam keadaan selesa dan tidak diganggu oleh musuh-musuh seperti semut, tikur dan burung

6. Hasil vermikompos boleh diambil dalam tempoh satu bulan


PENGUTIPAN HASIL

Vermikompos boleh dituai selepas 3-4 bulan. Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya di satu bahagian dan bahan sisa tanaman baru ditempatkan di sebelahnya. Cacing-caing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru. Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual/digunakan.


KEBAIKAN VERMIKOMPOS

1. Memperbaiki struktur tanah
2. Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahan mikroorganisma, hormon dan juga enzim.
3.Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok
4.Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah

3 comments:

AddThis