Here where I learned about kambing jamnapari.. about life...

Zainudin bakal 'jutawan' kambing


Ladang kambing milik syarikat Cosmopal Sdn. Bhd. yang terletak di Kampung Serating, Marang, Terengganu.
- Gambar ZUHAYATI YAZID


MARANG 8 Julai - Siapa sangka kawasan seluas 60 hektar yang dahulunya terbiar kini bertukar menjadi sebuah ladang kambing. Ternakan baka-baka tempatan yang 90 peratus untuk pasaran negara itu sekali gus akan menjadikan pengusahanya bakal jutawan.

Sebelum dibangunkan, kawasan yang terletak 60 kilometer daripada bandar Kuala Terengganu ini dipenuhi semak-samun yang tidak memberi faedah kepada masyarakat setempat.

Namun, hasil usaha Zainudin Zakaria, 50-an, yang menganggap ternakan kambing baka adalah perusahaan yang menguntungkan serta mampu memberi pulangan hasil yang cepat, kawasan itu bertukar menjadi ladang kambing dalam tempoh lapan tahun sahaja.

Melalui syarikatnya, Cosmopal Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada November 2000, Zainudin kini merupakan satu-satu pengimport, pengedar dan juga penternak kambing baka terbesar di kawasan Pantai Timur.

Berbekalkan prinsip jangan kalah sebelum berjuang, beliau sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat antarabangsa demi mencurahkan bakti kepada bidang ternakan kambing baka.

''Sebelum saya berhenti kerja, saya membuat kajian tentang kebaikan dan kelebihan penternakan kambing.

Malah saya juga membuat lawatan ke luar negara untuk melihat sendiri kelebihan bidang ternakan ini," kata Zainudin ketika ditemui di ladang kambingnya yang terletak di Serating di sini, baru-baru ini.

Selepas dua tahun membuat kajian, beliau nekad membuka ladang kambing berbekalkan modal RM100,000 untuk membeli keperluan dan alatan.

Malah, beliau yang sebelum ini menetap di Kuala Lumpur sanggup pulang ke kampung hanya semata-mata untuk menternak kambing.

''Saya lihat prospek ternakan ini sangat luas dan ia mampu memberi pendapatan lumayan, hanya usaha dan kerajinan sahaja yang perlu ada," katanya.

Ditanya apakah pengalaman semasa mula-mula menceburi bidang ini, bapa kepada lima cahayamata ini memberitahu, pada awalnya perasaan takut timbul.

Malah kata-kata kurang enak daripada rakan-rakan juga menyebabkannya rasa serba-salah. Namun beliau nekad untuk meneruskan perjuangan.

''Biarlah apa orang hendak kata, yang pasti kita tahu siapa diri kita dan tahap kemampuan diri kita," ujarnya.

Katanya, dia bersyukur mempunyai isteri dan anak-anak yang sering memberi dorongan dan semangat kepada dirinya.

Bermula dengan beberapa ekor kambing jenis Jamnapari yang dibeli dari Indonesia serta sebuah reban, kini Zainudin mempunyai enam buah reban untuk menempatkan semua kambingnya.

Beliau menyasarkan untuk membiak 10,000 ekor kambing dalam jangka masa yang terdekat ini.

''Pada tahun 2007, saya hanya mempunyai 3,000 ekor kambing tetapi setiap tahun haiwan ini semakin berkembang biak," ujarnya.

Menceritakan pengalaman menternak kambing baka, beliau memberitahu, ia bukan perkara yang sukar.

Malah kambing merupakan binatang yang manja, katanya.

Jelasnya, kambing juga seperti manusia yang perlu dilayan dengan baik dan biasanya haiwan ini dilepaskan selepas dua minggu dikurung di dalam reban dan apabila sampai tempohnya ia akan pulang sendiri ke reban.

Beliau mengupah lebih 10 pekerja untuk membantu memberi makanan kepada ternakan kambingnya.

''Kambing-kambing juga turut dimandikan dan syampu supaya kelihatan bersih dan segar," katanya.

Beliau bersyukur kerana ladangnya itu mendapat tunjuk ajar dan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri.

''Setiap bulan, seorang pegawai dari jabatan ini akan membuat lawatan ke ladang saya untuk melihat tahap perkembangan dan kesihatan haiwan ternakan ini," katanya yang turut membuat lawatan ke luar negara untuk mendapat nasihat dan panduan.

Zainudin memberitahu, selain menjalankan penternakan kambing, beliau juga menjalankan pelbagai aktiviti sampingan bagi memaksimumkan pendapatan di samping membantu masyarakat setempat yang berpendapatan rendah.

''Selain menjalankan penternakan kambing, ladang ini juga menghasilkan baja organik daripada najis atau tinja kambing yang dicampurkan ramuan lain untuk dijadikan baja organik.

''Kerja-kerja membungkus baja saya serahkan kepada golongan orang kurang upaya yang menginap berhampiran ladang ini,'' jelasnya yang mengitar semula bulu kambing untuk dijadikan aksesori.

Beliau juga merancang membuka kilang memproses barangan daripada kulit kambing antaranya jaket, beg tangan dan pelbagai aksesori lain.



source - arkib Utusan Malaysia





16 comments:

  1. hmm...naper plak sad story....ini motivasi sebab kalau ada kesungguhan nescaya kejayaan ada di sebalik jalan tersebut

    ReplyDelete
  2. entahlah taukey... i'm no longer there.. i used to help managed the farm... lots of sacrifice..

    dah quit dah, takde apa yang nak dikenang...

    totally my life changed... a very big change..

    kalo ada masa mungkin akan ku ceritakan dlm novel?? :)

    ReplyDelete
  3. wow hebat bro. baru2 ni kambing hebat diperkatakan di parlimen

    ReplyDelete
  4. ye ke cendawan?? tak tgk tv skg ni... sibuk memanjang je...

    bagus le kalo camtu, pekambing semua terbela...

    ReplyDelete
  5. hahaha....memang gempak kat dewan dah sekarang. Siap kata kambing minum tongkat ali lagi. ekekeke..

    wah ko nak tulis novel ke? a very good niche. takder org buat.

    ReplyDelete
  6. tulis novel... memang ada 'sikit' niat tu.. cuma masa sekarang ni takde kesempatan...

    ReplyDelete
  7. lah..si sam tgk sedih rupanya..huhhuu..knp dgn kambing rxz ko nih??ada apa2 masalah ke??dulu ko yg sibuk2..skrng pe cerita beb??ko dah tak join lg ke??tp lawa lak rmh kambing2 nih..siap ada no lg..hehehe

    ReplyDelete
  8. mana ada sedih farah.. tak nampak aku tgh gelak guling2 nih...

    ReplyDelete
  9. pasal ladang lembe dan cendawan ade tak?

    ReplyDelete
  10. oryzana.. cuba chk sini
    http://rimbunan-hijau.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. zatimj ..used to be... sort of... :)

    ReplyDelete
  12. seekor kambing betina boleh beranak berapa ekor anak kambing dlm setahun? kalau modal 100 ribu berapa besar potensi dia akan berkembang? jika diberi kepada sammy daddycool rm100 ribu.. dlm masa 2-3 tahun berapa untung yang boleh dijana? saja bertanya sebab nampak masyuk bisnes kambing ni..

    ReplyDelete
  13. kelahiran pertama (kambing dara , hanya seekor)

    kelahiran seterusnya, seekor, atau 2 atau 3 atau 4 ekor (4 ekor jarang berlaku).

    kambing beranak 3 kali dlm masa 2 tahun.

    100k, banyak yang kena kira.. kena duduk, buat kira2 betul2...

    untung memang boleh untung sebab tempoh bunting yang singkat selain baja tahi kambing, susu, daging dan kulit yang boleh di komersialkan..

    ReplyDelete
  14. Ala bro.. Nanti ko pun boleh jadi jutawan kambing juga..
    Aku percaya kat ko...

    Tabik spring 80x

    ReplyDelete
  15. thanks zool...
    aku skg tak buat kambingdah.. tu tgh kiv... tghstabilkan biz ygsatu nih dulu .. online offline...

    dah steady, baru bole cebur kambing baklik...

    ReplyDelete

AddThis