Kambing untuk Qurban dan Aqiqah

Salam semua..

Syawal hampir melabuhkan tirainya.. Bermakna akan menjelma pula Zulkaedah , seterusnya Zulhijjah..

Apa yang menarik tentang bulan Zulhijjah?

Selain para muslimin dan muslimat dari seluruh dunia pergi untuk menunaikan ibadah haji di Makaratul Mukaramah, ada satu lagi ibdat yang menjadi kewajipan bagi umat Islam yang lainnya. Ibadat Haji tidak dapat lari daripada Ibadah qurban dan aqiqah. Korban dan akikah sangat dititk beratkan dalam masyarakat Islam di Malaysia.


Perlu diingat, antara kriteria kambing yang diperlukan untuk akikah;

a. tidak cacat,

b. tidak berpenyakit,

c. cukup umur, yaitu kira-kira berumur satu tahun,

d. warna bulu sebaiknya memilih yang berwarna putih.


rujukan -

http://www.mail-archive.com/jamaah@arroyyan.com/msg02176.html


Imam Malik berkata: Aqiqah itu seperti layaknya nusuk (sembeliah denda larangan haji) dan udhhiyah (qurban), tidak boleh dalam aqiqah ini hewan yang picak, kurus, patah tulang, dan sakit. Imam Asy Syafiiy berkata: Dan harus dihindari dalam hewan aqiqah ini cacat-cacat yang tidak diperbolehkan dalam qurban.
rujukan - wikipedia (aqiqah)

Bagi para penternak kambing, inilah masanya mereka dapat menjana lebih wang apabila permintaan terhadap kambing sangat tinggi! Untuk kambing, para pembeli akan membuat 2 in 1 (combo package) iaitu kurban beserta akikah. Jadi , sementara masih ada lebih kurang tinggal sebulan sebelum tibanya raya Haji, para penternak bolehlah mengumpulkan samada dana, atau meagasingkan kambing-kambing yang berpotensi untuk tujuan tersebut.

Dari segi pemilihan kambing, kebiasaannya kambing kampung akan menjadi pilihan disebabkan harganya yang murah. Walau bagaimanapun, terdapat alternatif yang lebih elok iaitu kambing jawa randuk, disebabkan saiznya lebih besar dan juga agak murah. Terdapat juga mereka yang berkemampuan mendapatkan kambing boer atau jamnapari bagi tujuan aqiqah (mahal sikit ler.. :P )... Tetapi apa yang bagus tentang kambing ini adalah disebabkan baka mereka yang menghasilkan daging yang lebih bermutu. Pesanan saya, cuba dapatkan kambing yang diusahakan oleh penternak kambing untuk daging, bukannya daripada penternak untuk baka. Kenapa ? Cuba survey harga dulu yek!

Apa tunggu lagi, bagi penternak, mulakan langkah sekarang, beribadah sambil menjana pendapatan! Kumpul-kumpullah the best kambing among the best untuk Raya Haji!

Selamat maju jaya!

1 comment:

AddThis