Gambar kambing gurun


Salam semua.

Sudah lama saya tak aktif dalam blog kambing ni. Agak sibuk kebelakangan ni, cuba memajukan diri dalam perniagaan yang kadang-kadang agak turun naik, serta mengalami pelbagai cabaran akibat ketidakstabilan ekonomi Malaysia khususnya, dan ekonomi dunia amnya.

Semalam saya sempat singgah ke Zoo Melaka dan berjaya merakamkan gambar kambing gurun. Sayangnya memori kamera tak besar, jadi terpaksa set kepada 2 mega pixel. jadi gambar tak berapa elok kualitinya.

paling terkilan sebab kambing ni tak mahu bangun, makan sambil duduk je... Pemalas punya kambing gurun! jadi dapat rakamkan gambar dia makan sambil duduk je la...

Siapa-siapa nak download gambar kambing ni, klik pada imej di atas, kemudian anda akan dibawa ke page picable, untuk imej yang lebih besar (ada beberapa gambar kambing jamnapari di sana).


Selamat berkambing!

Wasalam.

2 comments:

  1. hehehehe....jadi malas plak. mgkn sebab dia hidup kat gurun dulu. hahaha. so jumpa tempat best dia lepak jer. hehehe..kalau tak mau berjalan jauh tu cari air. hehehe

    ReplyDelete
  2. .. mmemang puashati ler kambing gurun ni, tak payah penat cari makan..

    mesti perut dia dah boroi giler!

    ReplyDelete

AddThis