Salam semua..
Bagaimana urusan ibadah korban tempohari? Berjalan dengan jayanya? Keoada yang telah melakukan akikah dan kurban, tak kira lembu ke, kambing ke, biri-bir, mahupun unta, syabas diucapkan kerana satu lagi ibadah telah disempurna.
Bagi para peniaga daging dan ayam, kebanyakkannya mengambil cuti (mencecah seminggu!). Almaklumlah, masing-masing mempunyai daging yang banyak, hasil pemberian daripada upacara qorban di qariah masing-masing.
Sayangnya, saya terlepas untuk merakamkan gambar aktivit-aktiviti quban yang baru sahaja berlalu.. menyesal pun ada.
Takpelah, takde rezeki. Mungkin lain kali cuba lagi.
Akhir kata, selamat menghabiskan hujung tahun beserta cuti yang masih berbaki. Bagi yang belum mencapai azam, apa yang dihajatkan sepanjang tahun 2008, diharapkan tahun 2009 bakal terlaksana. Mungkin pernacangan tahun 2008 ada banyak halangan. Tak mengapa. Mungkin tak ada rezeki.. Allah belum nak izinkanlagi. Berdoalah. Semoga hajat kita tercapai. Insyaallah.
Semoga berjaya.
No comments:
Post a Comment