Salam..
Semalam saya dapati ada keyword 'keledek vitato' masuk ke dalam 'art blog' saya.
Hari ini pula saya terlintas untuk memberi sedikit tips tentang tanaman keledek sebagai sumber makanan alternatif kepada kambing.
Kenapa keledek?
Keledek mudah ditanam dan penjagaannya sangat mudah, amat kurang cerewet berbanding tanaman lain. Selain itu, isi keledek juga dapat kita jual, makan sendiri atau pun diproses menjadi makanan kambing. Keledek mempunyai pelbagai khasiat dan juga sumber-sumber vitamin serta gizi yang agak seimbang.
Pucuk keledek dapat diberi makan kepada kambing (agak manis macam isi keledek.. kot??? :P ) . Keledek dikategorikan sebagai tanaman kontan dan hasil dapat dituai dalam masa 2 - 3 bulan selepas penanaman.
Penjagaannya sangat mudah, kurang cerewet dan tidak memerlukan kawalan yang amat rapi berbanding sesetengah tanaman kontan yang lain. Cuma pastikan air dan baja kena cukup laa.. Dah namanya tananaman, tu benda asas yang perlu diber perhatian.
Untuk cadangan, ada sejenis baka keledek yang baru dihasilkan oleh MARDI - Keledek Vitato.
Cubalah sendiri! Semoga berjaya!
No comments:
Post a Comment