Cara-cara membuat baja organic tinja kambing

Baja organik tinja kambing memang elok dan bagus untuk hampir semua jenis tanaman. Apa yang menarik, penggunaan yang berlebihan, tidak akan merosakkan pokok kerana kandungan baja yang telah diuraikan (bakteria / hama 'jahat'). Cara buat baja organic ini pun tidak sepayah mana, yang penting , kena istiqamah dan rajin sikit sebab kerja yang memenatkan untuk memproses 1 hingga 2 tan, secara manual. Apa yang pasti, jika ada mempunyai mesin pembancuh simen (cement mixer), kerja memproses akan menjadi lebih mudah. Ditambah lagi jika anda mempunyai jentera penyodok (bobcat).


Resepi baja tahi @ tinja kambing



Bahan-bahan asas

1. Tinja 83% = 830 kg
2. Abu sawit 10% = 100 kg
3. Habuk kayu 5% = 50 kg
4. Kapur(lime) 2% = 20 kg
5. Stardex 0.25% = 2.5 kg


Cara-cara membuat baja organic tinja kambing.

1. Keringkan Tinja kambing. Tahi perlu betul-betul kering bagi mengelakkan mesin grinder tersumbat.
2. Hancurkan tinja menggunakan mesin penghancur (grinder)
3. Ratakan tinja yang hancur didalam petak 1.
4. Tabur habuk kayu, abu kelapa sawit, kapur dan stardec.
5. Gaul dan balik-balikkan sehingga agak sebati semua bahan-bahan asas.
6. Campurkan air dan mula menggaul. Kelembapan adalah sehingga 60% .
7. Longgokkan sehingga membukit : seelokkanya ditutup dengan kanvas bagi mengelakkan kekeringan.
8. Proses mengurai tahi akan berlaku oleh bacteria stardec ini (suhu akan mencecah sehingga 70° Celcius).
9. Biarkan selama seminggu. Buat catatan tarikh.
10. Minggu kedua, masukkan ke petak ke - 2, dan tutup.
11. Minggu ketiga, pindahkan ke petak ke – 3 dan tutup.
12. Minggu ke empat, pindahkan ke petak ke –4 dan biarkan terbuka. Ini bagi mempercepatkan pengeringan berlaku. Pada ketika ini. Suhu sudah mula menurun, bermakna proses penguraian telah berkurangan. Bau tahi telah hilang.
13. Selepas 4 minggu, selerakkan baja organic tinja kambing yang telah siap ini untuk dikeringkan supaya boleh dibungkus.

14. Boleh mula dijual, dan buat duit. Selamat mencuba!

Saya telah membuat beberapa rujukan tentang HUKUM menjual najis. Setelah menyelidik beberapa pendapat, SEMUANYA mengatakan HARAM menjual najis. SEBAHAGIAN pula mengatakan HARUS menjual najis yang telah diproses menjadi BAJA.

21 comments:

  1. terima kasih untuk info ..semoga murah rezeki. ada tak buku atau guide pasal nak proses tahi kambing ni. tq

    drkerol2002@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Anonymous > terima kasih atas doa anda. Buku atau guide, sedang dalam pembikinan... doakan saya berjaya.

    ReplyDelete
  3. tahi kambing kering tak jual ke?

    ReplyDelete
  4. Anonymous > saya tak jual tahi kambing kering

    ReplyDelete
  5. saya ada jual tahi kambing kering
    1 beg 20kg harga RM5/BEG
    Call saya 012-4474698
    www.nusamakmurfarm.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. mane nak dapat kan mesin penghancur baja yg baik?

    ReplyDelete
  7. Zack > yang dulu, kami dapatkan dari pembekal di Sungai Besi. Boleh tengok senarai pembekal mesin dalam yellow pages online.Kalau nak buat ikut citarasa kita, boleh jumpa bro Zultech di Rawang. Dia akan design ikut taste dan bajet kita.

    ReplyDelete
  8. tuan blog.... mana nak cari stardex tu... kedai racun/baja ada ke..?

    ReplyDelete
  9. Anonymous > Cuba cari samada di:

    1. Jabatan Haiwan setempat
    2. Kedai alatan penternakan (pertanian)
    3. Tokey-tokey kambing

    ReplyDelete
  10. maaf la....stardex tu ape

    ReplyDelete
  11. baper harga stardex tu

    ReplyDelete
  12. stardex tu apa???

    ReplyDelete
  13. Anonymous > stardec tu adalah sejenis mikroorganisma pengurai (cth mcm yis mengurai tepung untuk membuat roti jadi lembut)

    Pak_anjang > harga ketika saya mengerjakan baja ni (2005) +/- rm27 sekilo

    ReplyDelete
  14. kapor jenis apa nak digunakan

    ReplyDelete
  15. saya ada jual tahi kambing kering
    1 beg 20kg lebih, harga RM2.50/BEG
    yang berminat boleh call saya 016-4757124

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous > dalam Islam, diharamkan memperdagangkan najis. Tetapi harus menjual baja tahi kambing / lembu (dsb) yang telah diproses.

      Delete
  16. Macam mana saya nk dapatkan mesin(grinder) bagi proses membuat baja

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cari di kedai-kedai peralatan mesin jentera . boleh cuba mudah.my

      Delete

AddThis