Penternak kambing terkulai layu...

Salam,

Kebelakangan ini saya banyak mendengar kisah penternak kambing yang menjual kesemua kambing mereka, termasuklah dengan kandang-kandangnya sekali. Mengapa ini berlaku? Apa yang terjadi sebenarnya? Dimana silapnya sehinggakan projek yang dimulakan dengan wang beribu ringgit, lebur menjadi liabiliti kerugian bagi pengusaha kambing?

Ada yang mengatakan sukar memasarkan kambing, manakala kos yang semakin hari semakin meningkat menyukarkan penternak meneruskan perjuangan. Tidak dapat dinafikan, masalah utama adalah permintaan kambing yang tidak menggalakkan. Memang banyak pihak menyalahkan kerajaan kerana kurangnya penglibatan badan-badan berkanun dalam menangani isu ini. Siapa patut dipersalah?

Sebenarnya, dalam senario arus keusahawanan, para usahawan kambing perlu lebih 'ligat' dan tahan dari segi emosi serta mental. Bukan sahaja bidang penternakan kambing, apa-apa juga bidang keusahawanan tidak dapat lari daripada masalah persaingan, pemasaran serta permintaan. Komuniti kambing perlu menubuhkan satu koerasi atau badan yang menguruskan pemasaran serta hal-hal berkaitan. Usaha ini pernah dilakukan oleh Saudara Amin Roman Agro Ternak.





Usaha murni beliau telah mewujudkan Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Setakat ini Persatuan ini telah berjaya menyatukan keahlian daripada pelbagai latarbelakang pengusaha kambing. Ini adalah petikan promosi persatuan ;

Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) mempelawa kepada semua pembekal, pembuat, pengusaha, pengilang, agen dan sebagainya di seluruh negara untuk mendaftarkan maklumat-maklumat berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan bagi tujuan perlantikan sebagai agen yang berkenaan dengan kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh PPKM.

Diantara perkhidmatan yang diperlukan oleh PPKM adalah seperti berikut :-
  1. Kursus Ternakan Kambing.
  2. Makanan Ternakan.
  3. Ubat-ubatan dan Penjagaan Kesihatan Ternakan.
  4. Penyediaan Kemudahan Ladang Ternakan Kambing.
  5. Pemasaran hasil ternakan sepeti baka, daging, susu tinja dan lain-lain.
Sila muaturun borang maklumat perkhidmatan disini dan hantarkan ke PPKM untuk tujuan penilaian.


Harapan saya agar bidang penternakan kambing tidak mengalami sindrom layu dan terkubur, seperti banyak lagi bidang pertanian / penternakan yang pernah 'meletup' satu ketika dulu.

Wasalam.

3 comments:

  1. "Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

    ReplyDelete
  2. Anak Pendang Sekeluarga >Insyaallah...

    ReplyDelete
  3. plea se visit our website to get oportunity to be a businessman http://www.kltp.net/b29/webhome.php

    ReplyDelete

AddThis