As they process organic materials, earthworms aerate the soil, leaving behind nutrient-rich castings. This peat and humus blend contains approximately 1500 nearly-microscopic earthworm eggs. Just scatter on the ground and rake lightly. They will mature and reproduce in about 3 months.
Bidang pertanian Malaysia tiba-tiba diledakkan dengan perusahaan cacing. Cacing tanah yang dipelihara kebanyakkannya atas dasar usahasama 'contract farming' ini, berjaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat - profesional, orang perseorangan mahupun syarikat berdaftar.Para usahawan tani muncul, begitu juga penggiat kursus ternakan cacing, tumbuh bak cendawan selepas hujan. Namun begitu, langit tidak selalu cerah. Lambakan bekalan cacing untuk tujuan kosmetik ini menyebabkan harga jatuh merudum. Pengeluaran melebihi permintaan. Para pengusaha mula mengeluh. Pulangan yang dijangka tidak seperti yang disangka.
Apa penyelesaiannya?
Cara yang terbaik menangani masalah yang wujud adalah menghasilkan produk baja organik cacing vermikompos. Dengan terhasilnya baja vermikompos hasil nyah tinja daripada cacing dapat dipelbagaikan sumber pendapatan. Daripada memasarkannya terus sebagai produk baja organik, mahupun menggunakannya sendiri di ladang atau kebun sayuran, pokok serta buah-buahan.
Kesimpulannya, memang kadang-kala kita tidak menyangka sesuatu masalah yang wujud lain daripada perancangan asal. Namun, setiap masalah, pasti ada penyelesaiannya. Berusaha, berikhtiar dan bertawakal adalah langkah yang terbaik. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment