Salam..
Ok, hari ini saya nak tolong promote kenalan saya melalui forum pertanian. Beliau merupakan usahawan bagi "kandang kambing yang guna besi (dinding / lantai plastik.. plastic) "...
Kelebihan kandang modern ni, tahan lebih lama berbanding kayu... ni description beliau...
"Berikut adalah spesifikasi kandang:
1. Saiz: 19 x 50 kaki.
* Kurungan besar berukuran 10 x 10 (5 petak)
* Kurungan kecil berukuran 5 x 5 (10 petak)
* Laluan ditengah berukuran 4 kaki
2. Material
* Badan: Besi galvani.
* Bumbung: Metal deck.
* Lantai: Plastik / plastic.
Harga: RM60,000.00
Nota:
* Kandang yang ideal adalah kandang yang mengambil kira aspek keperluan ternakan.
* Kadangkala penternak terlupa bahawa mereka mengambil kira keselesaan mereka bekerja sehinggakan terlupa aspek penting yang perlu diberi perhatian seperti kurungan kecil, pengudaraan yang baik, pencahayaan yang baik dsb.
* Kurungan besar - 10 kaki adalah saiz yang ideal untuk 1 jantan dan 8 betina. Ini bermakna bagi setiap unit kandang hanya terdapat 45 ekor kambing atau biri-biri.
* Kurungan kecil - Digunakan untuk menempatkan ibu yang bunting dan juga ibu bersama anak yang baru lahir sehingga tiba tempoh cerai susu. Satu petak 5 x 5 hanya menempatkan seekor sahaja ibu bersama anaknya. Anda sudah tentu biasa berhadapan dengan situasi ibu yang keguguran, anak mati akibat dipijak, perkara ini berlaku disebabkan tidak memberi perhatian kepada aspek tersebut. Sedangkan, kelahiran anak adalah harta yang bernilai.
* Saiz 19 x 50 adalah ideal untuk breeding (proses biak). Sebab itulah, setiap kurungan besar menempatkan seekor jantan, ini bermakna ada 5 jantan dalam satu kandang bagi setiap petak tersebut supaya proses mengawan berterusan.
* Saiz 19 x 50 juga tidak terlalu panjang - apa kelebihannya: Kawalan penyakit, boleh fokuskan kandang mengikut tujuannya seperti Kandang A untuk baka tertentu, Kandang B untuk anak-anak yang sudah cerai susu dsb mengikut keperluan anda.
Saya lampirkan disini imej kandang, sila lihat lantai plastik yang kami gunakan:
Untuk pengetahuan semua, inilah kandang percubaan yang kami guna sejak Disember lepas.
so , ni contact beliau, fazudin@gmail.com
detail pasal perbincangan ni bole kita check kat sini !
So berminat??
No comments:
Post a Comment