Ok. Tanpa berlengahkan masa, sediakan buku dan pen untuk menyalin resepi... (hehehe.. berangan masuk tv jadi host masakan jemputan).
FREE download resepi nugget kambing.doc (klik)
BAHAN ASAS;
isi daging kambing (dibuang urat) 450g
air batu (ais) 100g
lemak sayur 100g
garam 1/2 table spoon
tepung ubi 25g
BAHAN REMPAH
lada sulah 2 table spoon
bawang putih 4 ulas
bawang merah 1 ulas
serbuk roti (bread crumb) 200g
telur 1 biji
tepung jagung 40g
CARA-CARA MEMBUATNYA....
- Campur kesemua bahan asas (kecuali ais dan lemak sayur).
- Kisar sehingga lumat (seeloknya guna pengisar daging) sehingga suhu mencecah +/- 40oF .
- Selepas siap, masukkan ais dalam pengisar , kisar selama 3 minit.
- Masukkan BAHAN REMPAH.
- Dah siap le tu, bole le buat apa-apa bentuk sesedap rasa (suka hati ler nak buat bentuk love ke, ninja ke, T-Rex, RXZ ke dsb).
- Pecahkan telur dalam mangkuk
ayunlain dan celup nugget yang dah dibentuk, pastu celup pula ke dalam tepung, pastu dalam serbuk roti... (jadi le yang macam kat supermarket tu)... - susun dalam dulang, panaskan minyak, goreng...
p/s - pastikan proses menggoreng dilakukan lepas family makan tengahari, kalu tak, belum sempat hidang asyik habis... pasal sedappp!!!
SELAMAT MENCUBA!
...Saya akan menulis lagi resepi2 lain yang lagi power (contoh kambing BBQ, kambing black pepper.. ntah apa la lagi..)
Untuk post terkini, melangganlah blog saya ni dgn FEEDBURNER FORM kat sebelah tu...
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the SBTVD, I hope you enjoy. The address is http://sbtvd.blogspot.com. A hug.
ReplyDelete