EM apa tu??

Salam,

Hari ini saya nak wat review tentang EM melalui blog kambing En. Othman. Blog beliau , http://ladangkambingkami.blogspot.com/ banyak mengandungi link dan pautan penting yang bole kita jadikan rujukan. Ni apa yang terkandung dalam blog beliau mengenai EM,



"SERBA RINGKAS KEWUJUDAN EM

Diasaskan oleh Professor Dr.Teruo Higa di University Ryukyus, Okinawa, Jepun. Beliau terkenal sebagai Professor HORTIKULTOR DiJepun. Beliau adalah Hortikultor terlatih yang banyak mengunakan Bahan Kimia ke dalam tanaman sebelumnya. Lantas menyedari bahaya dan kerosakan kepada MANUSIA DAN ALAM SEKITAR. Beliau kemudianya mengusahakan campuran MICROORGANISMS YANG BERGUNA secara kebetulan dan diteruskan dengan kajian mendalam untuk meningkatkan product dari system Organik. Penyelidikan beliau mengambil masa selama 12 tahun.

PELBAGAI KEGUNAAN YANG DAPAT DIMANFAATKAN DENGAN MENGGUNAKAN EM

umpamanya Racun Serangga, Baja Organik daripada sisa rumah, Habuk papan, Tinja Kambing, Sekam bakar/padi, dan banyak lagi sumber sumber dimuka bumi ini.

BAHAN BAHAN SEMULA JADI

Disekeliling kita banyak terdapat bahan bahan semulajadi yang mana apabila kita perhatikan umpama daun kari, serai, halia, bunga kantan, bawang, cili dll tidak dirosakan olih serangga, Jadi semua tumbuhan ini dijauhi olih serangga kerana mempunyai bau atau bahan yang tidak disukai. Ini adalah contoh bahan semula jadi yang bolih dijadikan racun serangga semulajadi.

APA ITU EM

EM mengandungi 3 jenis bakteria baik:

Bakteria Asid Laktik : bahan organik tapaian dan menghasilkan asid organik yang menyekat pathogenik. Ia digunakan unutk membuat yogurt dan jeruk.
Yis atau Ragi : Bahan Organik tapaian dan mengandungi vitamin dan asid aminio. Ia digunakan untuk membuat roti.
Bakteria Fototropik : Bertindak sebagai kunci kompenan EM. Ia membantu mengekalan keseimbangan mikroorganisma bermanfaat yang lain, menwujudkan kerjasama di antara satu dengan yang lain."


Untuk maklumat lanjut, layari

http://ladangkambingkami.blogspot.com/2008/04/seminar-2-hari-penyediaan-bio-organik.html

Credit to En. Othman





2 comments:

  1. terima kasih kerana buat capaian ke blog saya sama sama kita menimba ilmu dalam bidang ternakan. semoga apa yang dirancang dan citakan beroleh keberkatan dari ilahi. wasalam

    ReplyDelete
  2. ...sama-sama... yg penting semua kena ikhlas, bekerja sambil beramal...
    ...biar sama-sama dapat menfaat... tak lokek berkongsi ilmu dan rugi ilmu yang dicurahkan...
    ...3 perkara yang dibawa bila anak adam itu mati, salah satunya, ilmu yang bermanfaat..

    ReplyDelete

AddThis