Competition..... Lawak Kambing (Goat's joke)


ANNOUNCEMENT - CONTEST EXTENDED TO 31st AUGUST 2008 (merdeka!!!)


Salam....

Now it's time for me to launch my own competition since there are so many competitions in blogging world.

This competition open to all my Kambing-jamnapari.blogspot.com readers. What you have to do is just give any funny comment(s) / joke to the sequence of pictures below (You can give comment(s) either by clicking on the picture or scroll down to the end of this post) ;-





Here are the rules;

1. Open to all readers.
2. Comments can be in English or Bahasa Melayu
3. You can post more than 1 commentas as there are no limits.
4. Post will be monitored by admin, which any comments contains racisme, harsh, pornography or any unappropriate content will be deleted by admin.
5. The competition start from 15 June 2008 - 15 August 2008 (2 months).
6. Contestant from Malaysia should have Malaysian Bank Account or paypal, others need to have Paypal. Winner also have to provide their mailing address if required.
7. All winners choosen from admin judgement based on the funniest comment! Results are final, no objection from contestant, either by post, email or sms.
8. The prizes might have changes (probably with additional prize!)



Here are the prizes;

1st prize - RM50.00 + Free ebook 'Asas penternakan kambing jamnapari' - written by samdaddycool)

2nd prize - RM 35.00 + Free ebook 'Asas penternakan kambing jamnapari'

3rd prize - RM 20.00 + Free ebook 'Asas penternakan kambing jamnapari'


5 consolation prizes - RM10 + Free ebook 'Asas penternakan kambing jamnapari'


This competititon organized to make people knows about kambing jamnapari while creates 'happening goats blogging environment'....


So lets start now!



74 comments:

  1. hadiah utk nombor keempat takder ke? ekekekekeke....ni dialog nya.

    " kenapa mak nak lari. Sakit leher dah ni"

    ReplyDelete
  2. hadiah nombor 1, 2, 3 + 5 saguhati... banyak dah tu!!!

    ReplyDelete
  3. wah..ko plak wat benda ni..huhhuu...bestni..ko mmg minat kambing ea??ayah aku dulu ada gak msk kursus...ingt nak buat..tp takot...sbb takde org nak jaga..nnt ssh lak..ko punya tempat ternak kat mn aa??

    ReplyDelete
  4. ni susu omak den ko, susu kudo nihh..len macam je den ghaso nihhh...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. oh yeh mami, want some more, want some more! oh yeh mami! ah ah ah!

    =P

    nama : A.J
    ic : 820731-...-........
    kalo aku menang sila call aku ye sham ko ada no hp aku kan?

    ReplyDelete
  7. emm..
    sedapnye susu ni..
    lemak berkrim disukai ramai..

    tapi kenapa pelik sgt rasa susu ni..
    alamak!
    ni bukan mak aku!
    tetek je sama..

    ReplyDelete
  8. ish2..ko letak gmbr sensored..hahaha..malu la si kambing tu...

    ReplyDelete
  9. Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi. Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

    Ayam: Kambing, pekabo?

    Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

    Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

    Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?

    Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.

    Kambing: Apa?

    Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak...

    hehehehe....

    ReplyDelete
  10. Satu hari berlakulah bertengkaran yang hebat disebuah reban kambing dan sebuah reban ayam.. pertelingkahan tu menyebabkan satu kampong heboh... beginilah kisahnya.

    Kambing : Apalah kau ni ayam... Baju ada tapi berkaki ayam tak
    malu ke... . kah kah kah
    Ayam : Kau tu dah baju jarang nampak kemaluan ... lagi malu
    pa. kah kah kah

    Ayam : Daging aku lazat.. enak sehingga menjilat jari..
    Kambing : Lazat pun bukan boleh buat korban...

    Kambing : Apalah kau ni bertelur sebiji riuh sekampong
    Ayam : Aku bertelur setiap hari... kau tu beranak setahun
    sekali.. hebat apakebendanya.
    Kambing : Aku hebat... .. yahoooo
    Ayam : Aku hebat ... . yahoooo

    Perbualan mereka yang riuh menyebabkan tuan rumah terjaga lalu keluar melihat apa pasal yang riuh... tuan rumah lalu keluar dan mengambil pisau terus menyembelih kedua dua binatang tu sambil berkata... .. Ha... . sekarang sapa yang hebat..!!!

    ReplyDelete
  11. pertanyaan aku tentang kambing...apa khasiat dlm susu kambing tu??boleh buat apa??vitamin apa hadir dlm susu tu??

    ReplyDelete
  12. so far komen-komen ko mmg buat aku pecah buah pinggang (mungkin pasal ko ni ratu lawk).. tapi takde kaitan dgn gambo tu!!!

    nak tau kebaikan susu kambing, baca post2 yang lepas

    http://kambing-jamnapari.blogspot.com/2008/01/kelebihan-susu-kambing.html
    http://kambing-jamnapari.blogspot.com/2007/12/kebaikan-susu-kambing.html
    http://kambing-jamnapari.blogspot.com/2007/10/susu-kambing-jamnapari-goat-milk.html

    tu aku rasa dah agak byk utk ko faham kenapa susu kambing lagi spesel drp susu2 yang lain...

    ReplyDelete
  13. sham aku nak antor lg entry :

    anak kambing : mak, mak, nnt kan saya dah besar saya jaga mak ye?

    mak kambing : ek eleh, ko ni kasi ayat cliche leee...dah dah minum je jgn byk songeh!

    anak kambing : (apakah?)


    nama : A.J
    ic : 820731-...-........
    kalo aku menang sila call aku ye sham, ko ada no hp aku kan?

    ReplyDelete
  14. jawapnnya......

    anak kambing: jom kita minum...

    hahahaha..betol ke jawapan aku ni??oh..ko curi iklan dutch lady ea baju kurung..tak baik..hahaha..nnt kena saman br tau...

    ReplyDelete
  15. sam...challet kambing ko kat mn ha??ko stakat ni dah ada brp ekor kambing??ok tak peniagaan ko ni??ada masyuk ka??

    ReplyDelete
  16. Marang.tganu...(i was a sheaperd there, not anymore)

    ReplyDelete
  17. Sedih beno muke hang ni kambing isap susu.. Awat nyer?

    "Mak den la.. Sampai hati dio bagi penerajang kek perut den.."

    Awat lagu tu? Ada ka Mak terajang anak..

    "Den maleh nak cito la kek korang, korang tengok la sendiri gambar bawah ni..den ngah tahan sakit ni hah. Kang ekau lak makan ponorajang den.."

    Jangan marah no. La.. Lagu ni ke hang buat kat Mak hang.. Sakit no te*** mak hang, hang tarik. Gelojoh no. Lau che pon bagi penerajang..

    "Yola,mak den ni tak ghoti dok diam. Pantang nampak jantan tergodik-godik. Den tarik la. Jam tu jo kaki eh kek porut den.."

    Anak ngan emak same je.. Che mintak diri dulu la. Che tak dpat nak cakap apa.. Hang pikiaq la sendiri. Askum.. =P

    ReplyDelete
  18. mak kambing : "weiyh shuuuuuhhhh pi main jauh2 laa ank kambing sapo pulak nih nak mengada2 kat sini haaa??"

    anak kambing angkat : "alaaaaaaaa... nak manja sikit pun takleh ke?"

    mak kambing : "dah berjanggut nak manja2 lagi ke?"

    anak angkat kambing : "lum ada janggut lagi daaa..."

    ReplyDelete
  19. sham bile aku nak menang nih?




    nama : A.J
    ic : 820731-...-........
    kalo aku menang sila call aku ye sham ko ada no hp aku kan?

    ReplyDelete
  20. ko anto je komen banyak2 AJ.. sampai kering otak ko perah idea....
    ni lambat lagi habis.... bln 8..

    ReplyDelete
  21. aik... aku mcm penah dgr je name kambing jamnari nie... owh.. baru aku ingt ade org ajak aku buat bisnes nie dulu haha

    ReplyDelete
  22. Salam,
    aku nak try! ;D

    Kambing betina: Eh apsal kantung susu aku ni rase panas ni? Kalau anak aku yang hisap susu aku, takde pulak rasa macam ni...(sambil mengunyah rumput yang diberi tuannya)

    Kambing jantan(kecik): Aku lapar ni, mentang-mentang korang tinggi... makan sendiri ye, aku yang ketot ni nak makan apa?(sambil hisap susu kambing betina)

    Kambing betina: (sambil melihat kantung susunya)Cit!! ni anak kambing jantan sape yang suka-suka hisap susu aku ni!? Kurang asam! kecik-kecik dah pandai hisap susu orang! Menggatal betul! %^$*@!#$

    Kambing jantan: aku tak peduli, aku nak juga, aku nak jugak...(kesian kelaparan...) lol

    NOTA: Di mana anak, adik lelaki anda sekarang...??

    Amacam ok? aku tunggu titan punya. mane ko titan?

    ReplyDelete
  23. kambing kurus : apsal ko gemuk sangat?

    kambing gemuk : ko pulak kurus lidi apohal?

    kambing kurus : kurus pasal makan rumput kering aje.

    kambing gemuk : gemuk pasal duk dalm kandang, tu pasal gemuk.

    dua-dua tetap kena jual.

    ReplyDelete
  24. "aik dah jalan kaki empat nak susu omak lagi ke? pi jauh-jauh pi minum air tebu lagi bagus..."

    "alaaaaaaa... taknak... taknak... tak suka tak suka... nak susu omak jugak..."

    ReplyDelete
  25. bro sam...saya pun nak try n error gak la...mane taw leh dapat adiah saguhati..hahaha

    mummy kambing: my son,cepat minum susu mummy nie.dr pagi tadi son asyik makan angin je ye.

    the son of kambing: mummy,jangan la paksa-paksa...son tak nak la...susu mummy masam la...susu tua..takde taste la.

    the son of kambing lagi: mummy,mulut son melekat kat puting susu mummy la...nie sumer salah mummy...aaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  26. mak ai...ramai bg komen..minat kek kambing ko??hahahaha....

    ReplyDelete
  27. Bukan minat kat kambing la..

    Tunggu samdaddy belanja Lamb Chop..

    Sodap lak ai.. Lagi2 kambing cute ni.. hik2..

    ReplyDelete
  28. "Apsal rasa susu kambing je ni?, mama aku ni kambing ke?"

    ReplyDelete
  29. Anak Kambing sedang bercakap di dalam hatinya:

    "Oligo coco minuman yg hebat, nikmati bersama..oligo.. oligo.. oligo coco.."

    hmm bila la manusia nk wat susu untuk kambing plak kan..aku nk gak rasa susu yg ada DHA ker, TT Ratio, SA, AA ker..leh jadi bijak..huhu ni balik2 susu kambing jer..

    Tiba-tiba terdetik di hati anak kambing untuk bertanya sesuatu kepada bondanya:

    Anak Kambing: Oh Bondaku.

    Bonda Kambing: What's up my son.

    Anak Kambing: Bonda, sy tidak puas hati dengan manusia, lebih-lebih lagi tuan kita tu.

    Bonda kambing: Why my son?

    Anak Kambing: kenapa bau badan tuan kita tak sama dengan kita, bonda? ramai kawan-kawan tuan kita puji bau badan dia harum n kulit dia yang licin bak sutera. uuweekk

    Bonda Kambing: Macam mana nak sama anak ku, dia kan manusia dan kita kan kambing. Manusia tak sama macam kambing.

    Anak Kambing: Tapi...tuan kita tu gunakan apa yg ada pada bonda.

    Bonda Kambing: KAU NI DAH GILA KER?BILA MASA PLAK TUAN KITA GUNAKAN BONDA? ITU DI LUAR TABII..TUHAN MARAH, BERDOSA. (Bonda Kambing marah pada Anak Kambing)

    Anak Kambing: Bonda, maksud saya..tuan kita gunakan syampu badan susu kambing la. saya hairan la bonda. kenapa dia guna susu kambing jadi wangi n licin tp sy minum susu kambing xjd pepe..ini tidak adil.

    Bonda Kambing: Ada gak yang kena back kick ni kang..Anak ku Kita ni Kambing, Faham x KAMBING? pastu kita ni malas mandi. macam mana nk wangi n licin.

    Lalu Bonda Kambing pun pergi meninggalkan anak nya dengan perasaan yg sungguh geram n panas hati.

    penafian: cerita ini adalah rekaan semata-mata..tidak ada kena mengena dengan semua benda dlm dunia ni.

    ReplyDelete
  30. wah... ramai pengulas2 kambing yg hebat2 belaka sudah tunjukkan taring kambing mereka....

    ReplyDelete
  31. yumm minumlah susu kambing dugrowwww. sebotol tak cukup boleh tambah lagi sebaldi susu kambing dugrowwww...

    ReplyDelete
  32. lawak nak mampus ahh...boleh masuk Raja Lawak ni...hahaha

    ReplyDelete
  33. eh hari tu dah minum susu kan. hari muka yang sama aje. ke pelanduk dua serupa. mana satu anak kambing kambing kanndung nih... tertukau omak nih... syuhh... pi jauh jauh...

    ReplyDelete
  34. aaaaaa... taknak bagi sini sikit ke... bak sini sikit nak minum jugak. jangan kedekut laaa....

    mai secawan susu kambing. boleh?

    ReplyDelete
  35. bapak kambing : weiyh tak cukup2 lagi ke minum susu dari tadi lagi...?

    anak kambing : nape? bapak kambing pun nak susu jugak ke?

    mak kambing : bapak kambing memang hari-hari jeles. masa kecik kan dah minum susu. takkan jeles kot?

    ReplyDelete
  36. dapatkan segera... kambing jamnapari...

    tergangat di pasaran. dapatkannya segera sebelum kehabisan...

    terhangat di pasaran...

    di pasaran... mai secawan...!

    ReplyDelete
  37. kambing kampung : wah hang datang sini naik belon ke?

    kambing bandar : kita naik kapal terbang laa.

    kambing kampung : mesti isi daging pun sodap.

    kambing bandar : isi daging sodap susu pun berkhasiat haaaa...

    buat satay pun sodaaaaaaap...

    ReplyDelete
  38. anak kambing: emm..nyot2..sedapnya susu..

    abang kambing(abg kpd ank kambing td): hehe (sambil memandg adknya yg sdg mnyusu)

    anak kambing: apa gelak2? ko masa kecik dulu isap susu gak. nak gelakkan org pulak..

    abang kambing: ah! tetibe je ko ni..aku bkn gelak pasal tu..

    anak kambing: abis tu?

    abg kambing: ko tu, isap anu abah..

    ank kambing: ha???


    [maaf kalau ad unsur lucah]

    ReplyDelete
  39. Camne nak komen ni...
    tak tau le plak..

    Buat camni ok kot
    Kambing :- APa pandang2?? Tak penah tgk orang menyusu ke??
    Orang luar :- Memang tak penah.. Samdaddycool tak penah ajak pegi kandang dia...
    Kambing :- Lantak ko lah.. Nanti kalau ko bosan tengok aku menyusu pergilah surf blog ligakampung.com/blog
    Orang luar :- Apekehal plak kambing pun boleh jadi peminat blog ni?

    Zool ligakampung :- Eh walaupun blog aku tak lawak tapi ... tapi apa ek.. Ala ' Lu pk lah sendiri' Assalamualaikum

    SOri tak pandai berlawak, makan nasi tau le aku..

    ReplyDelete
  40. muahahahaha macam2lah korang ....:D

    ReplyDelete
  41. hahahaha. lwak lawak. hahahaha. best jugak main teka teki gini kan. hahaha

    ReplyDelete
  42. Aku, Dia dan Kambing...

    Nama aku Dookie (bukan nama sebenar) nak cite kat korang satu peristiwa yang tidak dapat aku lupekan seumur hidup aku. Aku seorang Mat Despatch dengan gaji RM800 hanya sekadar cukup makan. Harga petrol pon naik. Semua barang pon naik harga. Memang susah hidup. Aku tiba di ofis ternampak seorang kerani berpangkat makcik senyum kambing kat aku. Nak menggatal la tu. Tapi ni bukan ape yang aku nak cite kat korang..

    Aku terus pergi ke tempat duduk aku memeriksa jika ada surat nak dihantar. TAK ADA!! Selamat aku!! Boleh la melepak sambil membaca surat kabar yang hangat berita pasal usahawan kambing yang berjaya. Tapi ni bukan jugak ape yang aku nak cite kat korang..

    Sambil lepak membaca surat kabar aku bertanya dengan kawan sekerja sebelah aku, "Saiful, kalo lembu kacuk ngan kambing apa jadi?" Dia selamba menjawab "Kalo LEMbu kawin ngan kamBING jadilah Lembing". Dia pun gelak macam kambing beranak seekor riuh satu kamnpung. Tapi ni bukan ape yang aku nak cite kat korang..

    Boss pon memanggil aku. Ada surat perlu dihantar segera. Aku masuk bilik boss seperti masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang harimau mampos la aku!!! Tapi ni bukan ape yang aku nak cite kat korang..

    Aku pon menghantar surat. Tiba di destinasi aku masuk ke bilik Encik Mus. Nampak gaya Encik Mus ni seorang yang hensem bergaya, berjanggut seciput seperti kambing dan bau mcm kambing. Guna perfume kambing klien kot. Oppss calvin klien. Ni pun bukan ape yang aku nak cite kat korang..

    bersambung esok....

    ReplyDelete
  43. abes ko nk cite ape sbnr nyer ni ha?.. aku x phm la.. huhu

    ReplyDelete
  44. Sambungan PART 2

    Setelah memberikan sampul surat kepada Encik Mus, dia memberikan aku sampul surat berasingan untuk diberikan pada boss aku. Gambar calon isteri kedua boss katanya. Aku mana berani tengok gambar dalam tu. Aku ni amanah la. Lagipon sampul surat tu dah digam dengan gam kambing. Erkkk ade ke gam kambing. Setahu aku nasi bryiani gam kambing ade lah. Ini lagi la bukan ape yang aku nak cite kat korang..

    Semasa keluar dari bilik Encik Mus aku terlanggar Fasha Sandha. Semua surat kat tangan aku terjatuh. DIULANGI SEMUA SURAT TERJATUH!!(Ni babak terpenting)... Tau sape Fasha Sandha tu? Ala yang berlakon citer drama impak maksima setiap isnin 9malam kat TV3 tu. Punya lah cun dia. Aku sempat bertanya kat dia tengah watpe tu. Dia dengan sopan menjawab tengah wat photoshoot untuk filem terbaru dia bertajuk Kambing Hero Kambing Zero. Mak aii dasyat tol tajuk filem terbaru dia tu. Maaf ek semua. Ni bukan ape yang aku nak cite kat korang..

    bersambung....

    ReplyDelete
  45. sungguh saapen ccerita yg satu ni...hmmmm

    ReplyDelete
  46. nasib baik 2 bln..leh aku pikir pe nak letak lawak nya nnt..bln 8..adeh..sibuk gak..xpe2..nnt akan ku serang jua blog ko ni sam..aku nak menang contest nih..hehehhehe..apsal kat no 1 tu kan..hadiah dia tak msk skali dgn tuan kambing rxz??hehehe..kan best klu tuan dia yg jd hadiah skali...

    ReplyDelete
  47. ... tak bole farah... mungkin tidak......

    ReplyDelete
  48. Sambungan PART 3

    Sampai di ofis aku terus menyerahkan sampul surat tersebut kat boss aku. sekali dia bukak sampul tu. Muka dia berubah menjadi semacam marah.. kalah kambing betina yang meroyan. Aku tatau nak cakap ape dah.. Tapi ni bukan ape yang aku nak cite kat korang..

    Boss melemparkan dua keping gambar tersebut ke arah aku. Aku pun tengok lah gambar tersebut. Korang tau DUA keping gambar tu gambar apa? Gambar tu sebijik macam gambar DUA keping gambar anak kambing menyusu kat atas post ni!!!!!!! Memang sah la aku tertukar sampul ngan Fasha Sandha. Bebanyak maaf ek.. Ni bukan ape yang aku nak cite kat korang..

    bersambung....

    Nantikan penamat kepada cerita yang tragis ini.. diharap bersabar...

    ReplyDelete
  49. anak kambing: mak, lapar..
    mak kambing: ye, aku tau la ko lapar!
    anak kambing: Mak, nak susu..
    mak kambing: Aku tau la ko lapar!

    anak kambing terkedu sambil menhisap tetek maknya dengan rakus. Anak kambing pelik kenapa mak dia bad mood aje arini. Tetibe, anak kambing bertanya kepada mak kambing.

    anak kambing: Kenapa tetek mak besar??

    mak kambing: KO gi tanya bapak kaulah. Tanya aku wat apa!

    End.

    ReplyDelete
  50. titan berjaya menggeletek hati aku... tapi aku tgh tunggu sapa berjaya geletek buah pinggang aku... muahahahahahahhahahahahaha

    ReplyDelete
  51. sampai mengeletek buah pinggang tu.. susah jugak rasanya.. bukan satu je tu.. ade dua buah pinggang.. hehehehe.. kene DOUBLE mengeletek la ni ek.. nasib tak TRIPLE.. hehe..

    ReplyDelete
  52. lawati di http://www.youtube.com/v/Aki2I9hyalQ&hl=en&fs=1

    nih plak lawak video dr rakaman rakan2 kambing boerbest. tuh gambar admin jutawantani tuh hehe...sorry bob.. jgn mara yerrr kekek

    -syazwan-

    ReplyDelete
  53. menyesal jadi kambing, kalau tak aku dah bijak pandai dengan meminum Dugro.

    ReplyDelete
  54. AIk? ni komen kat sini ke atau kat link gambar tu, poning kepalo den tengok comments panjang berjela-jela ni..

    ReplyDelete
  55. biasa ler.. dah 2 bulan nyer pertandingan. Lepas tu pula takde limit, nak masuk berapa byk pon bole... komen.. dua2 tempat bole...


    p/s - yang komen pada gambo tu eksperimentasi picable....

    ReplyDelete
  56. Di suatu petang yang damai.

    Anak Kambing: Makk.. ohh makk!! Boboy nak susu! Nak susu!

    Dari jauh anak kambing itu berlari keanak-anakan ke arah ibunya.

    Mak Kambing: Ya Boboy sayang, mak dah tanggalkan bra ni. Silalah minum.

    Kemudian anak kambing tu pun hisap. Sedang asyik menghisap susu si anak kambing bertanya satu soalan.

    Anak Kambing: Makk.. Boboy nak tanya apasal tetek mak tetiba besar ni? Tu ari rasa cam kecik sikit.

    Pertanyaan itu terpancul daripada anak kambing tu apabila merasakan adanya perbedaan.

    Mak Kambing: Kalo ko nak tahu mak baru je operit semalam masukkan silikon. Nak mantain besar.. ala macam Angelina Jolie tu.

    Ye la pas beranak abg akak ko je mesti tetek mak kecik balik. So mak masukkan la.

    Lagipun mak nak cipta satu rekod kat kampung ni dengan rekod 'ibu kambing paling hot selepas bersalin'.

    Anak Kambing: Owh ye ke? Burrpp.. alhamdulillah.

    Eh ehh.. makk gigi Boboi terlekat kat silikon ni la!!

    Help Helpp! Embekkk!! Tak leh cabut!!

    Mak Kambing: Arghh tidakkk! Adoi!! Tetek aku!!!

    Diberitakan selepas kejadian itu ibu kambing tersebut telah berjaya mendapat rekod 'ibu kambing paling kecik teteknya selepas bersalin'.

    He2..

    ReplyDelete
  57. hahahaha... lawak sengal daaa... ratu kambing jadinya...

    ReplyDelete
  58. Seekor bapak kambing berjalan-jalan di bandar bersama seekor anaknya. Lama berjalan, mereka berhenti di kedai mamak untuk makan tengahari.

    Datanglah waiter mamak tu dan tanya diaorang nak makan apa.

    Waiter: Mahu order apa?

    Bapak kambing: Apa yang special kat sini?

    Waiter: Sup la manyak bagus sini. Macam-macam sup ada. Sup ayam, sup lembu, sup campur, mee sup pun adaa.

    Bapak kambing tanya anaknya, "Kau nak makan apa?"

    Anak kambing menjawab, "sup kambing ada tak kat sini ayah?"

    Bapak kambing dan waiter terkedu seketika.

    =)) =p ^_^

    ReplyDelete
  59. Pra Finale..

    Dengan selamba kambing..... boss aku cakap : Dookie U ARE FIRED!!! Dalam bahasa melayunya Dookie kamu dipecat!! Mesti korang semua ingat ni bukan apa yang aku nak cite kat korang kan.. Sebenarnya ni lah yang aku nak citer kan kat korang.. Aku telah dipecat kerana kambing!!!!!!!! Ini lah satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan seumur hidup aku. Itu saja yang aku nak cite kat korang..

    ReplyDelete
  60. wahhh.. sebulan tunggu ending cite nih... anyway, betul ke pasal kambing kena pecat???

    p/s - apa kaitan fasha sanda??

    ReplyDelete
  61. Finale..

    Dookie sekarang bekerja menternak kambing sepenuh masa dan telah dianugerahkan usahawan ternakan kambing 2008 oleh FAMA. Dookie dijangka melangsungkan perkahwinan akhir tahun 2008. Sudah semestinya tiada kaitan dengan kambing... TAMAT..

    Semua cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupon yang mati. Jika ada hanya kebetulan sahaja. Korang dinasihati tidak meniru aksi dalam cerita ini. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  62. fasha sandha? sebab suara dia mcm kambing.. anak kambing la... jangan marah yer fasha sanda.. mau kene saman kang... semua adalah gurauan semata-mata.. harap takde sape yang tersinggung yer.. baca disclaimer di bawah ini...

    Semua cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupon yang mati. Jika ada hanya kebetulan sahaja. Korang dinasihati tidak meniru aksi dalam cerita ini. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  63. sham,

    bile nak abis nih...aku dah tak sabor nak hadiah niiiiii


    A.J

    ReplyDelete
  64. masuk lagi AJ.. ada masa byk lagi... bagi lawak2 gempak terburai perut...

    ReplyDelete
  65. Pantun berkaitan KAMBING yang mempunyai unsur pengajaran dan unsur lawak..

    Pantun 1)
    Buah Cempedak di luar pagar,
    Ambil galah tolong jolokkan,
    Anak kambing tersekat di pagar,
    Ambil kayu tolong lah jolokkan.

    ( kalau jolok tu biar bertempat jangan di tempat yang salah nanti menjadi isu besar yang hangat )


    Pantun 2)
    Pisang emas dibawa berlayar,
    Simpan sebiji di dalam peti,
    Tiada kambing yang pernah berlayar,
    Apatah lagi disimpan di dalam peti.

    ( sudah semestinya bukan dalam peti keselamatan atau peti surat atau peti keranda )


    Pantun 3)
    Hujan emas di negeri orang,
    Hujan batu di negeri sendiri,
    Spesies kambing bukannya orang,
    Lu pikir la sendiri.

    ( hargai serta bersyukur dengan apa yang anda ada dan jagalah dengan sepenuh hati )


    Pantun 4)
    Pulau Pandan jauh ke tengah,
    Gunung Daik bercabang tiga,
    Bapak kambing tersepit di tengah,
    Bila gatal sangat bermain kayu tiga.

    ( tidak digalakkan bermain kayu tiga atau bermain di simpang tiga demi keselamatan diri dari penceraian atau kemalangan )


    Pantun 5)
    Anak kambing merengek meminta susu,
    Ibu kambing memberi susu sepenuh hati,
    Kasih ibu bukannya palsu,
    Itulah sifat setiap ibu sejati.

    ( sedangkan haiwan menjaga anak dengan baik. Kepada mereka yang mempunyai anak jagalah anak anda supaya tragedi sharlinie tidak berulang )

    p/s: Hendak tahu macam mana anak kambing menyusu? Rujuk gambar di atas / di awal post ini.

    ReplyDelete
  66. Alamak... tersalah isap tetek abah pulak.. patut rasa tembakau.. sorry dad.. Ops !! i did it again..

    ReplyDelete
  67. Takde idea la..tapi nak try jugak:

    "nyup..nyup..lainnyer rasa hari ni..sodapnya mak..ada perisa kari, sup, extra original dan crispy pun ada..eh best lah! tak macam hari bese2..", kata si anak kambing sambil menari gelek2 dan menghisap susu maknyer.

    Mak kambing sambil mendengar dengan sedih dan berkata dalam hati, "embeeek..wahai anakku, tu tandanya masanya sudah tiba untuk mak dijadikan korban".

    ReplyDelete
  68. sam, larat ke nak bace semua ni? :)

    kalau aku dah penin tengok...

    ReplyDelete
  69. ok ler tu emme ... aku dah baca dari awal.. so kalau nak semak nanti... sekali imbas je.. boleh ingat komen yg mana lawak kalau baca sekali lagi..

    ko taknak try ke?

    ReplyDelete
  70. nak try lagi sekali, baru dapat idea...

    Si mak tanya si anak:

    "Anak oh anak..Bagaimana anak menjadi sihat?"

    Si anak yang penuh mulutnya dengan susu si mak pon menjawab:

    "Rumput Segar, mak kambing pun sihat.Mak kambing sihat susu pun segar. Susu segar, aku pun sihat lah"

    Mak kambing mengembek sambil menjelir lidah tanda setuju.

    Aku ambik dari iklan susu kat tv.

    ReplyDelete
  71. Di sebuah kampung gempar kehilangan seekor anak kambing bernama Ades Puteras yang dikatakan mempunyai kebolehan luar biasa mengira dan menyelesaikan rumusan matematik yang kompleks. Sehinggakan satu habuan ganjaran yang lumayan ditawarkan kepada mereka yang menjumpai Ades Puteras. Lihat ganjaran di sini... GAMBAR Reward A
    GAMBAR Reward B

    Seorang wartawan bernama Karim Sengih Walia untuk sebuah stesen televisyen TVK ( TV Kambengs ) kelihatan membuat liputan.

    KSW = Karim Sengih Walia

    KSW : Saya sedang berada di kawasan kejadian. Di belakang ini seperti kelihatan ialah kandang kambing tempat di mana Ades Puteras dilaporkan hilang. Ibu Ades Puteras kelihatan menangis dan ditenangkan oleh semua saudara kambing sekandang. Di manakah Ades Puteras? Itu lah soalan yang bermain yang bermain di fikiran kita sekarang. Seperti bak kata pepatah, ayam bertelur riuh sekampung, seekor kambing yang hilang saya jugak yang susah. Saya Karim Sengih Walia melaporkan untuk TVK.

    Karim Sengih Walia mengakhiri liputan tersebut dengan gaya nya tersendiri dengan pepatah sambil mengangkat tangannya berulang kali.

    8 jam selepas itu kelihatan semua kambing mengembekkkkkk gembira. Apekah halnya? Berita gembira!! Ades Puteras telah kembali ke pangkuan ibunya. Kelihatan Karim Sengih Walia dan crew turut berada di situ. Karim Sengih Walia berkain pelikat sahaja tapi kemas berbaju dengan vest sekali. Tak apalah kerana kamera pun bukan body shot. Hanya dari pinggang ke atas. Nampak gaya baru bangun tidur kerana ada taik mata seguni sedang landing dengan baik nya di mata Karim Sengih Walia. Lantak lah tu hal dia.

    KSW : Berita terkini pada 3.21pagi 28 saat, Ades Puteras telah selamat dijumpai. Berkeadaan sihat dan cergas tetapi agak kelaparan. Mari kita cuba TERJAH Ades Puteras dan cuba mendapatkan komen.

    Karim Sengih Walia mendekati Ades Puteras dan cuba menanyakan soalan. Ades Puteras sedang ligat menghisap susu ibunya yang sudah terlebih stok sejak kehilangannya. Kenduri sakan nampaknya Ades Puteras. Rezeki lah tu..

    KSW : Ades Puteras boleh beri sedikit info tentang kehilangan anda.

    Ades Puteras : Minum susu kambing badan jadi sihat dan kuat! Kita minum dulu!!!!

    Jawapan yang agak selamba dari dari Ades Puteras. Karim Sengih Walia pun naik bengang. Ades Puteras tidak menghiraukan langsung Karim Sengih Walia kerana sedang rakus menghisap susu ibunya akibat terlalu lapar.

    KSW : Sekian sahaja liputan kita buat kali ini. seperti kata pepatah, mana tumpah kuah kalau tak ke nasi, kalau dah spesies kambing tu, kambing lah jugak!!! Kambing betol!!!

    ReplyDelete
  72. maaf gambar tak muncul. sila rujuk gambar di sini..

    GAMBAR Reward A
    GAMBAR Reward B

    ReplyDelete
  73. Tok Seman dan cucunya Aiman berehat di tepi kandang kambing kepunyaan Tok Seman. Di hujung kandang Aiman melihat seekor anak kambing sedang menghisap susu ibunya. Kerana bosan dengan pemandangan yang "kurang enak" itu, Aiman menoleh ke arah atoknya. Sambil berehat, sempat Aiman bergurau dengan atoknya. Antara soalan-soalan bernas yang ditanya oleh Aiman ialah :

    Dalam banyak-banyak motor, motor apa yang selalu menang?
    MOTOR JAGUH

    Dalam banyak-banyak motor, motor apa yang tajam?
    MOTOR MODENAS KRISS

    Dalam banyak-banyak motor, motor apa yang LAGI tajam?
    MOTOR MODENAS KRISS l l

    Dalam banyak-banyak motor, motor apa yang boleh berjalan atas air?
    MOTORBOT

    Dalam banyak-banyak motor, motor apa yang boleh bercakap paling lama?
    MOTORLA

    Aiman dan atoknya gelak terbahak-bahak. Mereka tidak puas lagi ketawa jadi Aiman menyuruh atoknya membuat lawak. Kini giliran Tok Seman menunjukkan skillnya membuat lawak. Antara soalan CEPU MAS yang sempat ditanya oleh Pak Seman ialah :

    Dalam banyak-banyak kambing, kambing apa yang paling malang?
    KAMBING KALAHARI sebab dia kalah hari-hari

    Dalam banyak-banyak kambing, kambing apa yang mempunyai ikatan saudara dengan ikan pari?
    KAMBING JAMNAPARI

    Dalam banyak-banyak kambing, kambing apa sejenis sayur?
    KAMBING KACANG ( KATJANG)

    Dalam banyak-banyak kambing, kambing apa yang susah dieja?
    KAMBING TOGGENBURG

    Dalam banyak-banyak kambing, kambing apa yang boleh menyanyi?
    KAMBING BOER seperti penyanyi indonesia BOERy Marantika

    Dalam banyak-banyak kambing, kambing apa yang boleh bercakap bahasa omputih?
    KAMBING BRITISH ALPINE sebab berasal dari british mestilah boleh bercakap omputih.

    Sekali lagi Aiman dan atoknya ketawa sehingga terguling-guling seperti dalam cerita bollywood. Jauh di satu sudut kandang kambing itu, MASIH INGATKAH ANDA KEPADA ANAK KAMBING YANG SEDANG MENGHISAP SUSU IBUNYA? (RUJUK GAMBAR DI ATAS). Melihatkan Aiman dan Tok Seman ketawa, maka tercabar ibu kambing untuk membuat lawak jugak. Tetapi sebelum itu seorang penterjemah bahasa kambing diperlukan. Seorang buruh kasar indonesia yang telah bekerja di situ selama 2 suku tahun telah bersetuju menjadi penterjemah dengan upah sebanyak RM5.25 seminit.

    Ibu kambing : mbekkk ngembekk ngembeeekk ngembbbekk mmmbekkk.......
    Penterjemah : Anak oh anakku bukan anakmu, mau gak dengar lawak dari ibu?

    Anak kambing : ngembbbekk mmmbekkk
    Penterjemah : Bisa saja ibu.

    Ibu kambing : mbekkeek ngemeebekk mbekkk ngemeebekk ngembeeekk ngembbbekk mmmbekkk bekkk mbekkeekkkee.....
    Penterjemah : Jika nescafe + milo jadi neslo, jika anak ni bijak dan pandai, lembu + kambing jadi apa?

    Anak kambing : mbekkk...
    Penterjemah : Nggak tahu..

    Ibu kambing : mbekkk ngembekk mbekkk ngembekk mmmebekkk bekkk mbekkk mbeeekkk ngembeeekk meebekkk ngemeebbbekk mmmebekkk ngembekkkk...
    Penterjemah : lembu + kambing jadi LEMBING lah goblok punya anak.. itu lah nggak mau pegi sekolah.

    Ibu kambing : bekkk ngembekk mmmebekkk bekkk mbekkk ngembekk mbeeekkk ngembeeekk meebekkk ngemeebbbekk...
    Penterjemah : Ok soalan terakhir. Jika Abu bin Bakar, Kambing bin apa?

    Anak kambing : mbekkk..
    Penterjemah : Nggak tahu..

    Ibu kambing : ngemeebbbekk mmmebekkk ngembekkkk bekkk ngembekk mmmebekkk bekkk mbekkk ngembekk!!!!! mbeeekkk ngembeeekk meebekkk ngemeebbbekk!!!!!...
    Penterjemah : Itu mudah aja nggak tahu? tahun depan kena pergi sekolah belajar ni!!!!! Jika Abu bin Bakar, Kambing BINatang!!!!!

    Ibu kambing : bekkk mbeeekkk ngembekk mmmebekkk bekkk mbekkk ngembekk mbeeekkk ngembeeekk...
    Penterjemah :.........................................................................................

    Ibu kambing : mbeeekkk bekkk ngembekk mbeeekkk ngembeeekk meebekkk ngemeebbbekk mmmebekkk bekkk mbekkk ngembekk...
    Penterjemah :......................................................................................................

    Dikhabarkan ada serbuan oleh polis mencegah PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) jadi penterjemah dari indonesia itu telah melarikan dirinya. Jadi terjemahan tidak dapat diteruskan. Anda boleh terjemahkan ikut suka hati anda.

    Oleh kerana ibu kambing sangat marah kepada anaknya, maka ibu kambing tidak lagi menyusukan anaknya sebagai pengajaran kerana tidak sporting menjawab soalan ibunya. Sehinggakan anak kambing melakukan langkah drastik dengan terpaksa menarik susu ibunya seperti di dalam gambar kedua di atas. Dari khabar angin yang saya dengar, anak kambing tersebut telah dipelihara oleh penterjemah indonesia yang telah memohon permit yang sah dari pihak berkuasa Malaysia untuk menjadi PADI (Pendatang Asing Dengan Izin).

    Kamus :
    goblok = bodoh
    nggak = tidak

    ReplyDelete

AddThis