Kenapa kambing jamnapari?

Salam..

Hari ini saya nak bercerita sedikit sebab kenapa kita perlu memilih kambing jamnapari @ jumna @ jamna @ettawa @ettawah?

Mengikut feedback daripada para penternak + pengalaman saya + tips daripada pegawai / pengarah jabatan haiwan, kelebihan ketara yang ada pada kambing jamanapari berbanding kambing-kambing lain di Malaysia ialah;

1. Berasal dari negara beriklim tropika - dapat menyesuaikan diri dengan cuaca serta tidak menjejaskan produktiviti.

2. Produk 2 dalam 1 - baik untuk penghasilan daging dan susu.

3. Saiz badan yang besar - besar + banyak daging (bandingkan kambing kampung yang kuat makan tapi bantut).

4. Daging yang amat lazat (tidak berbau serta rasa antara yang paling enak berbanding daging kambing lain (pendapat peribadi seorang chef).

5. Agak lasak serta ketahanan penyakit yang agak tinggi.

6. Sangat jinak serta mudah untuk diuruskan (...pegang je telinga dia yang panjang - memang payah nak melawan)...

7. Luas permukaan kulit yang lebih - amat sesuai untuk penghasilan produk kulit ( goat leather produk), di mana para usahawan Italy mengambil produk daripada Indonesia , meletakkan label mereka, dieksport kembali ke serata dunia dengan harga berlipat ganda!

8.... nanati kalau ada lagi saya tambah....

p/s - harap pengusaha kambing-kambing jenis lain dapat meberi komen / feedback kepada post ini jika terdapat fakta-fakta lain yang lebih kukuh untuk menangkis hujah saya... sekian.

salam kambing.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. aku bantah nombor 2 sebab bukan produk dua dalam satu tapi 3 dalam 1 iaitu susu, daging dan kulit. hehehehe

    ReplyDelete
  3. tu bukan bantah.. tapi tambah.. muahahhaaaa

    ReplyDelete
  4. ..tapi tak ambil kira tahi dia lagi... bole buat baja (ni semua kambing pon boleh)..

    ReplyDelete
  5. hahahah...4 in 1 dah sekarang. hehehe

    ReplyDelete
  6. byk dah tu... kambing ni besarmoto rxz.. cuma tak boleh tunggang cam kuda je...

    ReplyDelete

AddThis