Tips hari ini - potong kuku kambing

Salam,

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam... Hari ini saya nak berkongsi tips yang paling mudah, tapi sangat penting dalam pengurusan feedlot kambing - memotong kuku.
Tips ini ditujukan bagi mereka yang baru memulakan penternakan, atau sesiapa yang ingin belajar dan mahu memahami 'asas' tentang kambing.

Kenapa kita perlu potong kuku kambing (kuku kambing bewarna hitam yang terletak dihujung kaki - macam kasut kambing laa).

1. Kuku tumbuh dari masa ke semasa - kambing akan mengalami masalah jika tidak dipotong, akan menjadi panjang, terlipat - menyukarkan pergerakan kambing.

2. Apabila tidak dipotong, timbul perkara lain - menyebabkan najis kambing terselit dicelah kuku, mudah menyebabkan bernanah / berulat jika terjadi luka.

....Itu sahaja yang saya rasa / ingat sebab utama pemotongan kuku.Bagi kambing yang berada bebas di atas tanah sepanjang masa,mereka akan mengasah-asah kuku di tempat-tempat berpemukaan kasar, seterusnya dapat mengerat kuku.

Sesetengahh penternak kambing, meletakan blok concrete sebesar lebih kurang 1 kaki persegi di setiap petak bagi membolehkan kambing mengasah kuku mereka sendiri ( pedicure) :D

Sekian untuk kali ini, salam kambing untuk semua...



5 comments:

  1. ahahahaa... baru boleh komen. nak komen laa bertalu2...

    kalo tak potong kuku kambing tak boleh ke?

    ReplyDelete
  2. ada pon ko kat sini fatah...
    nanti menanah kaki dia wooo..( terselit tahi), dia mana ada jari nak korek celah2 kuku...

    ReplyDelete
  3. tak blh main cuci jer ke?

    ReplyDelete
  4. tak boleh...kuku tak potong mencederakan kambing...

    ReplyDelete
  5. kambing ada kuku eahh.. aku tak perasan.. pulak.. yang aku tau kuku kambing buat noreh getah jee.. heh

    ReplyDelete

AddThis