Perkara paling asas menternak kambing

Salam,

Memandangkan ramai orang ghairah dengan bisnes penternakan kambing sejak kebelakangan ini, saya ingin menyampaikan satu amanat yang amat penting. Untuk menceburkan diri dengan penternakan kambing, amati 3 perkara asas ini;

1. Minat
2. Sumber makanan
3. Komitmen

1. minat
Tanpa minat, anda sekadar melepaskan batuk ditangga (jangan pandang pada duit yang bakal diperolehi sahaja)

2. Sumber makanan
Untuk memulakan penternakan, pastikan anda mencari / menyediakan sumber makanan yang mencukupi bagi kambing-kambing yang bakal diternak. Jangan fikir anda boleh membeli sahaja pallet (pallet semakin hari semakin mahal). Apa yang perlu dilakukan?
i. tanam rumput
ii. cari ladang kelapa sawit (untuk daunnya)
iii. sumber lain seperti hampas soya, buangan ladang jagung, dsb.

3. komitmen
Anda harus ingat, kambing adalah benda bernyawa. Ia makan setiap hari, sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Dan kambing tidak cuti makan ketika hari raya, mahupun cuti umum.
Jika anda mahu menggajikan pekerja, saya sarankan carilah mereka yang mempunyai jiwa yang komited 150% terhadap kambing anda... kalau tidak, 'selamat tinggal romeo!'... nanti kambing ke mana, duit kemana.. lagi satu, kambing terbiar jika pekerja tahu bosnya cuti atau melancong..

Cukuplah celteh pagi hari ini, esok saya ada banyak urusan..

Kepada bakal usahawan kambing, syabas dan tahniah kerana anda sanggup untuk bergelumang dengan pahit getir kambing. Dan saya ucapkan selamat maju jaya..

All the best!

7 comments:

  1. ah tentang makanan tu aku pernah jumpa satu pokok mmg dia org bagi makan kambing bro. tatau la susah ke tak tanam. Bila aku petik daun tu ada bau susu. hehehe. cam best jer.Nasib baik aku tak makan sekali. ekekeke

    ReplyDelete
  2. wahh cam best je pokok tu! bukan pokok vanilla ke?

    ReplyDelete
  3. entahla. lupa plak nama. Rasanya bukan pokok vanilla

    ReplyDelete
  4. tapi aku rasa memang buka pakalolo ..:D

    kalau tak, kambing semua happy jeeerrr . :P

    ReplyDelete
  5. Komitmen tu yang agak susah buat aku..
    Kalau aku suruh ko bela boleh?? Bulan2 bayar duit makan...

    Eh ko Muar kat ner ek?? Kalau dekat boleh aku singgah hari2 minggu

    Zool
    http://www.ligakampung.com/blog

    ReplyDelete
  6. Kat Parit Bunga... (sebelum naik jambatan kedua, kalu dari Melaka, belok kiri menghala ke tangkak)...

    phone - 017-9510818

    ReplyDelete
  7. Ok nanti ada masa aku pegi melawat kambing ko..
    Kat Melaka ni ramai gak buat kambing ni..

    Er sebelum sampai jambatan baru ek.. Ikut highway ke ikut tangkak lagi senang??

    ReplyDelete

AddThis