Salam...
Satu teguran kepada seluruh warga Malaysia yang ghairah berkambing...
Memang kambing adalah satu bentuk pelaburan yang amat menguntungkan dari banyak segi, bermula daripada daging, susu, kulit bahkan tahi kambning itu sendiri boleh ditukar menjadi duit, selepas diproses menjadi baja tinja kambing.
Cuma yang saya nak tekankan, jangan cepat melatah untuk berkambing..., "Pak Mat hujung kampung tu dulu ada 3 ekor je kambing dia. Sekarang ada dekat 300 ekor, hidup senang anak beranak".
"Si Zaki tu belajar tinggi-tinggi, kerja dah sedap jadi engineer Telekom, berhenti kerja buat kambing full-time. Masyukkk, pasal tu dia berhenti".
Itu antara dialog-dialog yang biasa kita dengar sekarang, banyak diperkatakan dalam masyarakat Malaysia. Ramai orang mampu buat ternakan kambing dari segi modal (orang kita dah makin kaya dan berduit, loan pon banyak). Tapi, percayalah menternak kambing perlu disertai dengan jiwa, dengan komitmen. Tanpa 'soul' dan 'passion' terhadap kambing... saya percaya, tak lama je kandang anda berkambing. Cukup setahun... yang tinggal hanya kandang yang gah! kambingnya lesu..
Saya nampak kambing mungkin akan menjadi seperti sindrom arnab dan sindrom puyuh (rujukan buku tulisan Chef Li). Mungkin dari segi penerimaan produk kambing tidak akan jadimasalah. Tapi yang menjadi masalah nanti, wujudnya 'masuk angin keluar asap'. kambing kemana, duit pula dah bertimbun-timbun keluar... tak nampak lagi untungnya..
Kajilah dulu tujuan buat kambing. Setakat nak melabur untuk buat keuntungan, saya syorkan anda buat pelaburan hartanah berbanding kambing. Tapi kalau ia lahir dari jiwa, atas runtunan mahu jadi macam nabi, silakan. Kambing memang menguji kesabaran dan kekuatan dari segi wang, masa dan melayan karenah kambing itu sendiri. Kambing memang cerewet! (sebab tu nabi bela kambing! - memang kena orang penyabar je bela kambing...)
Mungkin celoteh saya kurang disenangi bagi mereka yang menjalankan 'kursus menternak kambing'. Tapi saya kena sampaikan benda yang kurang betul, yang tak disampaikan dalam kurus bernilai RM 1000 - RM2500.... Of course, tu kursus untuk naikkan motivasi, kursus memerah setiap nilai sen dari keringat orang yang menabung untuk mendapatkan sebahagian daripada setitik ilmu manusia daripada selautan ilmu Allah. tugas saya menyampaikan yang hak dan yang batil. kursus keusahawanan, takkan nak bagi orang 'down'.
Tugas saya dah dilaksanakan separuh. Sebab saya tahu, dan saya mengalami pahit getirnya dulu. Orang kita memang mudah melatah, mudah lupa asal usul....
No comments:
Post a Comment