Kambing Jamnapari

sumber dipetik daripada

http://usahawantani-kelantan.blogspot.com/2006_11_01_archive.html



KAMBING JAMNAPARI


Maklumat Am

Kambing Baka Jamnapari berasal dari kawasan Sungai Jamuna di daerah Etawah, dalam negeri Uttar Pradesh, India. Baka kambing ini adalah di antara baka kambing terbesar di India ( jantan berat badan 44kg dan betina 36kg ) dan sangat tahan lasak serta bersifat dwi-fungsi dipelihara untuk bekalan daging dan susu. Jamnapari juga di ketahui seluruh dunia dalam fungsinya meningkatkan dan memperbaiki kualiti kambing keturunannya seperti kambing Anglo Nubian dan Damascus.

Di Malaysia, kambing telinga panjang ini pernah popular sekitar tahun 70an, dan baka nya di bawa daripada India. Namun populasinya semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke bandar dan kurangnya minat generasi baru dalam bidang penternakan. Di Indonesia baka ini di panggil kambing Etawah dan mula diperkenalkan oleh pihak Belanda untuk memperkayakan kawasan lembah di Indonesia. Pada tahun 1975 import baka induk di bawa masuk ke Indonesia, di biak dan di edar secara meluas kepada penternak hingga populasi kambing baka ini kini mencecah jutaan ekor dan populasi terbanyaknya berada di kepulauan Jawa.

Berbiak Kembang Dengan Pintas

Penggunaan baka ruminan kecil seperti kambing Jamnapari ini memberi kelebihan kepada penternak disebabkan tubuh relatifnya yang kecil berbanding ruminan yang lain dan kadar cepat mencapai dewasa kelamin. Kadar reproduksinya adalah efisien di mana ia mampu beranak tiga kali dalam jangkamasa dua tahun dengan kadar purata dua ekor anak atau lebih setiap kali beranak.

Bertumbuh Secara Baik Di Negara-negara Tropikal

Jamnapari berasal daripada negara India dan Pakistan, diimpot ke Indonesia dan berkembang biak secara baik dan pantas. Jamnapari mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit. Oleh itu penjagaan keseluruhan kambing Jamnapari ini adalah mudah. Ianya memiliki daya adaptasi yang tinggi terhadap persekitaran di sebabkan secara semulajadinya ianya di ternak di kawasan beriklim khatulistiwa dan mempunyai cuaca yang seakan sama dengan di Malaysia

Penternakan Jamnapari

Kambing Jamnapari mempunyai daya pembiakkan yang baik. Melalui pemakanan yang berzat, ianya dapat memenuhi keperluan pemakanan yang sempurna dan menjamin kesihatan ternakan. Kambing Jamnapari diberi makanan dua kali sehari, konsentrat dan daun-daun. Selain itu juga keperluan seperti air dan kandang adalah penting bagi menjamin kesempurnaan ternakan.

Jamnapari sesuai dipelihara samaada dengan sistem lepas mahupun sistem feedlot. Dalam sistem feedlot, kandang di gunakan. Bagi penternakan berskala besar, kandang kayu bertiang konkrit di gunakan bagi menjamin keutuhan kandang. Kebersihan kandang merupakan faktor utama untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Lantai kandang perlu di sapu setiap hari dan adalah penting menjamin kandang sentiasa kering.

Pembiakan Jamnapari

Kambing jantan dan betina perlu dijaga dengan baik bagi menjamin kualiti pembiakan. Kambing-kambing jantan sebaiknya perlu di asingkan bagi pengurusan ternakan yang baik. Ini adalah baik dalam mengelakkan perkahwinan sekeluarga atau 'inbreeding' berlaku yang dapat menjejaskan kualiti kambing. Makanan yang berkhasiat dan tinggi protein adalah baik bagi kambing jantan dalam menjaga kualiti sperma.
Kambing betina pembiak adalah penting dalam menambahkan bilangan ternakan. Kambing betina pembiak Jamnapari mula berkahwin sebaiknya seawal umur 12 bulan dan berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam suatu masa. Kambing Jamnapari merupakan kambing yang baik untuk di biakkan. Selain kesesuaian dengan iklim di Malaysia, kambing Jamnapari juga tahan lasak daripada penyakit.

baka kambing jamnapari


Salam buat semua.....

Cosmopal Sdn. Bhd.

Kami merupakan pembekal kambing baka jamnapari, jamnapari kacukan dan juga baka tempatan, antara yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Syarikat Cosmopal Sdn. Bhd. merupakan sebuah 100% syarikat milik bumiputra, ditubuhkan pada 13November 2005. Ladang kami terletak di TKPM (taman kekal pengeluaran makanan) Serating, Marang Terengganu.

Setakat ini produk yang kami tawarkan adalah baka-baka kambing jamnapari, kacukan dan juga tempatan. Kami juga membekalkan baja organik daripada tinja kambing dalam pek 1kg dan juga pek 40kg.

Harga-harga kambing (harga bermula daripada..)*


Jamnapari betina - RM950




Jamnapari Jantan - RM1,600




Jamnapari Jantan - RM1,900




Jamnapari Jantan - RM2,300




Anak Kambing Jamnapari Jantan / Betina (3 bulan) - RM600




Kacukan Betina - RM850












Kacukan Jantan (Jawa Randuk) - RM650

* harga yang ditawarkan antara yang terendah dipasaran



Baja

pek 1kg (RM7.00)



pek 30kg (RM30.00)


*Agen dialu-alukan, sila hubungi kami.




Susu kambing kini boleh didapati dalam pek 200ml (RM2), 500ml (RM5) dan pek 1.5liter (RM15)




Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi;



Saya akan kemaskinikan lagi maklumat ini dari masa ke semasa.

AddThis