Kerajaan punyai kecairan RM250b bantu usahawan


23/03/2009 12:28pm

KUALA LUMPUR 23 Mac — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia mempunyai jumlah kecairan yang besar sebanyak RM250 bilion yang boleh diguna pakai bagi membantu para pengusaha tempatan pada masa krisis ekonomi global sekarang ini.

Sehubungan itu, beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan turut memberi insentif bagi menggalakkan institusi kewangan memberi pinjaman kepada pengusaha yang memerlukan, seperti memberi jaminan bayar balik kepada institusi berkenaan bagi mengurangkan risiko tanggungan.

“Salah satu daripada punca penting dalam menghadapi kemelut dunia ialah memastikan sistem kewangan negara dapat menyalurkan pinjaman kepada para pengusaha yang memerlukannya,” katanya ketika berucap di Simposium Usahawan Bumiputera MIDF 2009 di sini.

“Selagi sektor perbankan tidak memberi pinjaman, selama itu usaha untuk memulihkan ekonomi dunia tidak akan berjaya,” katanya.

Antara insentif yang disediakan ialah Skim Jaminan Usahawan Kecil oleh Credit Guarantee Corporation (CGC) di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia, yang akan memperuntukkan 80 peratus jaminan ke atas pinjaman yang diluluskan di bawah skim ini.

— BERNAMA


Sumber - Utusan Malaysia


  • Betulkah ada dana sebanyak itu?
  • Siapa yang akan dapat kemudahan bantuan kewangan tersebut?
  • Memadaikah jika pinjaman atau bantuan kewangan disalurkan kepada usahawan sahaja?
  • Berlakukah pusingan kitaran wang antara pengusaha - pengguna , jika pengguna kebanyakkannya mula hilang kuasa membeli?
  • Apa akan jadi jika hutang semakin bertambah kepada usahawan, tetapi jualan tidak dapat dilakukan?
  • Apa perancangan anda menangani masalah krisis ekonomi serantau?

Kambing biri-biri : LED show

Salam...

Hari ni tiada tips, tiada petua, saya sekadar nak berkongsi tentang kambing biri-biri yang paling terkenal di dalam dunia internet sekarang ni (youtube). Sekumpulan kambing biri-biribdi kawasan 'countryside Wales', Uk, mempamerkan persembahan lampu 'LED' dengan teknologi Samsung. Memang best!

Mari kita layan....


Optimumkan bidang pertanian : Siri 2

Salam..

Saya agak kesuntukan masa kebelakangan ni. Kembali bersaing dalam perniagaan yang terumbang-ambing kebelakangan ini, membuka outlet kedai 'Muhasabah Trading', serta mendapat perkhabaran gembira, bakal menerima 'orang baru', seterusnya isteri saya kurang stabil. Sedikit sebanyak jadual kehidupan saya berubah dengan drastik, memerlukan lebih masa untuk menguruskan kesemuanya. Kegiatan berblogging terpaksa dikurangkan.

Alhamdulillah, kali ni saya mempunyai kekuatan dan sedikit masa terluang untuk menulis. Ini adalah sambungan siri 1. Sebelum kita menjalankan projek integrasi (tanaman dan ternakan), ada baiknya kita membuat senarai pendek jenis-jenis tanaman yang bersesuaian dengan ternakan.

Antara jenis-jenis tanaman yang sesuai untuk integrasi dengan kambing;

1. Kelapa sawit
2. Kelapa pandan, mawar, dsb.
3. Keledek
4. Jagung
5.

Rawatan untuk kaki kambing yang patah

Salam,

Saya menerima email berbunyi begini,

"hai sdra..

smoga sihat selalu..camna rawatan untuk kambing yang patah @ tercabut sendi lutuk..?
mntk nasihat dari sdra.

terima kasih.."

Terima kasih untuk saudara Wan Nasirudin yang bertanyakan soalan.



Berdasarkan pengalaman saya, kaki yang patah perlu diperbetul kedudukannya. Kemudian, cari penampung (buluh, kayu dsb) untuk diikat pada kaki yang patah sebelum dibalut dengn bandage.

Untuk petua yang lebih baik, sila lawati Dr. Dondon,
bagi artikel rawatan tradisional.

Cara-cara membuat baja organic tinja kambing

Baja organik tinja kambing memang elok dan bagus untuk hampir semua jenis tanaman. Apa yang menarik, penggunaan yang berlebihan, tidak akan merosakkan pokok kerana kandungan baja yang telah diuraikan (bakteria / hama 'jahat'). Cara buat baja organic ini pun tidak sepayah mana, yang penting , kena istiqamah dan rajin sikit sebab kerja yang memenatkan untuk memproses 1 hingga 2 tan, secara manual. Apa yang pasti, jika ada mempunyai mesin pembancuh simen (cement mixer), kerja memproses akan menjadi lebih mudah. Ditambah lagi jika anda mempunyai jentera penyodok (bobcat).


Resepi baja tahi @ tinja kambing



Bahan-bahan asas

1. Tinja 83% = 830 kg
2. Abu sawit 10% = 100 kg
3. Habuk kayu 5% = 50 kg
4. Kapur(lime) 2% = 20 kg
5. Stardex 0.25% = 2.5 kg


Cara-cara membuat baja organic tinja kambing.

1. Keringkan Tinja kambing. Tahi perlu betul-betul kering bagi mengelakkan mesin grinder tersumbat.
2. Hancurkan tinja menggunakan mesin penghancur (grinder)
3. Ratakan tinja yang hancur didalam petak 1.
4. Tabur habuk kayu, abu kelapa sawit, kapur dan stardec.
5. Gaul dan balik-balikkan sehingga agak sebati semua bahan-bahan asas.
6. Campurkan air dan mula menggaul. Kelembapan adalah sehingga 60% .
7. Longgokkan sehingga membukit : seelokkanya ditutup dengan kanvas bagi mengelakkan kekeringan.
8. Proses mengurai tahi akan berlaku oleh bacteria stardec ini (suhu akan mencecah sehingga 70° Celcius).
9. Biarkan selama seminggu. Buat catatan tarikh.
10. Minggu kedua, masukkan ke petak ke - 2, dan tutup.
11. Minggu ketiga, pindahkan ke petak ke – 3 dan tutup.
12. Minggu ke empat, pindahkan ke petak ke –4 dan biarkan terbuka. Ini bagi mempercepatkan pengeringan berlaku. Pada ketika ini. Suhu sudah mula menurun, bermakna proses penguraian telah berkurangan. Bau tahi telah hilang.
13. Selepas 4 minggu, selerakkan baja organic tinja kambing yang telah siap ini untuk dikeringkan supaya boleh dibungkus.

14. Boleh mula dijual, dan buat duit. Selamat mencuba!

Saya telah membuat beberapa rujukan tentang HUKUM menjual najis. Setelah menyelidik beberapa pendapat, SEMUANYA mengatakan HARAM menjual najis. SEBAHAGIAN pula mengatakan HARUS menjual najis yang telah diproses menjadi BAJA.

AddThis