Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kepada semua pengunjung blog ini, para penternak kambing, rakan-rakan serta sekalian umat Islam di seluruh pelusuk maya. Kesempatan ini, saya menyusun 10 jari memohon keampuanan serta kemaafan andai terdapat kata-kata serta perbuatan yang menyinggung perasaan kalian.

Saya juga ingin meminta maaf atas kelewatan keputusan peraduan Lawak Kambing atas sebab kesibukan berniaga di bulan Ramadhan. Insyaallah saya akan umumkannya selepas menjelangnya Syawal.

Akhir kata, berhati-hatilah mengharungi perjalanan pulang berhari raya, ingatlah yang tersayang. Berpada-padalah dalam menikmati juadah berbuka serta juadah Aidilfitri.. maklumlah dah namanya hari raya... jangan pula nanti dikejarkan ke hospital sebab terlebih makan daging (terutama kambing tua)...

Siapa-siap yang ada gout, yang ada darah tinggi, kencing manis, berhati-hatilah dengan pengambilan makanan terutama bila tibanya Syawal. Dengan makanan serta juadah yang sememangnya membuka selera.... Sendiri mau ingat OK!

So akhir kata, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin...

p/s - saya beraya di Muar, raya kedua akan ke Terengganu (one day return trip)...

Memasarkan produk kambing...

Pemasaran

Untuk memasarkan produk kambing, terdapat pelbagai kaedah dan cara. Yang penting, saranan saya bagi anda yang baru menceburi bidang penternakan, bekalkan diri dengan ilmu perniagaan. Ambillah kursus jangka pendek bidang perniagaan. Yang dianjurkan MARA atau mana-mana penganjur swasta.


Banyak keluhan yang saya dengar tentang bagaimana memasarkan kambing yang dah mula mengeluarkan hasil, tak kira samada susu, daging mahupun baja...


Perkara ini saya sentuh dengan agak detail dalam ebook asas Penternakan Kambing Jamnapari yang sedang giat dalam proses akhir.


Nantikan kemunculan ebook ini.


Melanggan dengan feedburner form di sebelah untuk mengetahui perkembangan terkini....

Lawak Kambing @ Goat's Joke pengumuman

Salam Ramadan al-Mubarak! Semoga puasa anda tetap berada dalam keadaan terpelihara sambil menjaga makan minum si kambing yang tak puasa! :) Memang penat beb nak maintain ladang kambing waktu ramadhan ni.. Allah saja yang tahu macamana keringnya tekak ni minta di alirkan dengan airsejuk yang diambil terus dari peti ais...

Ok, apa-apa pun ,saya ucapkan good luck dalam menguruskan ladang kambing disambil meneruskan ibadat puasa.

Disini saya nakumumkan bahawa pertandingan lawak kambing dah abis, cuma tunggu keputusan.... ahli panel sudah mula review setiap penyertaan, dan mula menilai... Keputusan diharapkan dapat diumum selewat-lewatnya minggu depan!

OK.. Selamat menempuhi Ramadan...

Wasalam.

AddThis