Kambing pasar

Apa kebenda tajuk tu..???

Saja buat gempak.. Sebenarnya terdetik untuk membicarakan soal pemasaran kambing serta daging kambing melalui medium internet.
Untuk maklumat pelawat sekalian, blog kambing jamnapari ini dikunjung dan dilawati lebih kurang 30 - 40 orang sehari secara purata. Apa yang menarik lagi, melalui carian didalam Yahoo atau Google, terdapat pelbagai jenis 'keyword' atau kata carian yang menjumpakan mereka dengan blog ini.

Untuk itu, saya tegaskan bahawa salah satu bijak atau 'smart medium' untuk pasaran kambing (dan juga pelbagai produk serta perkhidmatan lain) sangat-sangat berkesan menggunakan internet. Kaedah cyber ini sangat-sangat mudah dan efisyen disebabkan;

1. Pembaca iklan akan mengambil pen, menulis info yang didapati (atau terus muat turun dan simpan di dalam pc / laptop).
2. Mesej sampai dengan lebih jelas ; 100% maklumat boleh disebar.
3. Anda mempunyai potensi market yang lebih luas serta global.
4. Banyak lagi...


Sehubungan itu, cara yang mudah untuk menaikan blog anda ke dalam indeks carian yahoo atau google adalah;

  • Hantar blog anda ke search engine submission.. Mungkin boleh cuba yang ini (Increase Traffic).
  • Bertukar-tukar link dengan blog yang mempunyai PR yang tinggi, Pengunjung yang ramai, popular, dsb.
  • Update blog anda sekerap mungkin.
  • Banyak lagi.. (Insyaallah saya akan update pada lain kali).

Selamat mencuba.

2.

Pasaran tepu?

Salam semua

Kali ni saya nak membincangkan tentang pasaran semasa, tidak kira kambing, daging lembu, cacing, cili, mahupun lintah.

Terdapat beberapa pengusaha yang mengeluh akibat wujudnya masalah apabila memasarkan sesuatu produk. Tidak kira apa jua perusahaan ia adalah sejenis perniagaan, di mana bidang pemasaran (marketing) menjadi tonggak kejayaan.

Saya suka dengan kata-kata Dr. Irfan Khairi yang menyeru untuk berfikir di luar kotak. Walaupun beliau boleh dikategorikan sebagai 'mentor muda', tetapi banyak tips serta panduan yang beliau berikan adalah rasional dan berasas.

Apa yang dimaksudkan dengan berfikir di luar kotak? In adalah cara kita (brainwash), membuat post mortem - menilai serta mengkaji dari pelbagai sudut serta kebarangkalian dan alternatif yang ada. Jika bercakap tentang produk, apa yang akan terjadi bila tidak dapat dipasar? Bila situasi ini terjadi, bersedialah dengan plan B. Plan B adalah alternatif atau dikatakan pilihan kedua apabila rancangan pertama tidak menjadi.

Bagi contoh produk daging kambing, buat satu analisa / rancangan pemasaran seperti berikut;

Jual kepada peraih.

tiada permintaan

Jualan terus - pasar borong, pasar tani, pasar malam.

tiada permintaan

Buat produk frozen


atau ada lebihan daging, tukarkan kepada bentuk lain - contoh kebab, burger, minced mutton ( daging cincang).


Berfikirlah secara kreatif apabila memasuki bidang perniagaan (pemasaran). Tanpa usaha yang gigih dan cekal, kita akan cepat putus asa. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Ia tidak akan dapat dikecapi dalam masa satu hari. Istiqamah dalam membuat sesuatu pekerjaan. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Insyaallah berjaya.

Satu carian menarik untuk sebuah blog kambing boer

Saya melihat-lihat trafik (referrals) yang masuk ke blog kambing jamnapari ini. Saya terjumpa sebuah blog )(website) kambing boer yang bernama 'Boer Goats Bed and Breakfast ' . Perkara yang menarik, mungkin ada sesuatu yang boleh dibuat atau diusahakan oleh pengusaha boer bagi menyediakan penginapan ala-ala bed and breakfast seperti yang dilakukan para penternak di luar negara. (Pengusaha kambing jamnapari dan yang lkain-lainnya pun boleh buat juga kan?).

Walau bagaimanapun, perkara yang palig mengujakan saya adalah ini.

AddThis