Tips hari ini - sapu iodin pada tali pusat anak kambing

Salam..

Untuk anak kambing yang baru lahir, tali pusatnya akan tergantung lebih kurang 1" - 2" dan masih lembab. Apa yang patut dilakukan, sapu iodin bagi mengelakkan jangkitan kuman. Ini dapat merendahkan kadar kematian anak kambing.
Lakukan setiap hari sehingga tali pusat betul-betul kering (seminggu atau lebih).






Tips hari ini - potong kuku kambing

Salam,

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam... Hari ini saya nak berkongsi tips yang paling mudah, tapi sangat penting dalam pengurusan feedlot kambing - memotong kuku.
Tips ini ditujukan bagi mereka yang baru memulakan penternakan, atau sesiapa yang ingin belajar dan mahu memahami 'asas' tentang kambing.

Kenapa kita perlu potong kuku kambing (kuku kambing bewarna hitam yang terletak dihujung kaki - macam kasut kambing laa).

1. Kuku tumbuh dari masa ke semasa - kambing akan mengalami masalah jika tidak dipotong, akan menjadi panjang, terlipat - menyukarkan pergerakan kambing.

2. Apabila tidak dipotong, timbul perkara lain - menyebabkan najis kambing terselit dicelah kuku, mudah menyebabkan bernanah / berulat jika terjadi luka.

....Itu sahaja yang saya rasa / ingat sebab utama pemotongan kuku.Bagi kambing yang berada bebas di atas tanah sepanjang masa,mereka akan mengasah-asah kuku di tempat-tempat berpemukaan kasar, seterusnya dapat mengerat kuku.

Sesetengahh penternak kambing, meletakan blok concrete sebesar lebih kurang 1 kaki persegi di setiap petak bagi membolehkan kambing mengasah kuku mereka sendiri ( pedicure) :D

Sekian untuk kali ini, salam kambing untuk semua...



Competition..... Lawak Kambing (Goat's joke)


ANNOUNCEMENT - CONTEST EXTENDED TO 31st AUGUST 2008 (merdeka!!!)


Salam....

Now it's time for me to launch my own competition since there are so many competitions in blogging world.

This competition open to all my Kambing-jamnapari.blogspot.com readers. What you have to do is just give any funny comment(s) / joke to the sequence of pictures below (You can give comment(s) either by clicking on the picture or scroll down to the end of this post) ;-





Here are the rules;

1. Open to all readers.
2. Comments can be in English or Bahasa Melayu
3. You can post more than 1 commentas as there are no limits.
4. Post will be monitored by admin, which any comments contains racisme, harsh, pornography or any unappropriate content will be deleted by admin.
5. The competition start from 15 June 2008 - 15 August 2008 (2 months).
6. Contestant from Malaysia should have Malaysian Bank Account or paypal, others need to have Paypal. Winner also have to provide their mailing address if required.
7. All winners choosen from admin judgement based on the funniest comment! Results are final, no objection from contestant, either by post, email or sms.
8. The prizes might have changes (probably with additional prize!)



Here are the prizes;

1st prize - RM50.00 + Free ebook 'Asas penternakan kambing jamnapari' - written by samdaddycool)

2nd prize - RM 35.00 + Free ebook 'Asas penternakan kambing jamnapari'

3rd prize - RM 20.00 + Free ebook 'Asas penternakan kambing jamnapari'


5 consolation prizes - RM10 + Free ebook 'Asas penternakan kambing jamnapari'


This competititon organized to make people knows about kambing jamnapari while creates 'happening goats blogging environment'....


So lets start now!



Kenapa kambing jamnapari?

Salam..

Hari ini saya nak bercerita sedikit sebab kenapa kita perlu memilih kambing jamnapari @ jumna @ jamna @ettawa @ettawah?

Mengikut feedback daripada para penternak + pengalaman saya + tips daripada pegawai / pengarah jabatan haiwan, kelebihan ketara yang ada pada kambing jamanapari berbanding kambing-kambing lain di Malaysia ialah;

1. Berasal dari negara beriklim tropika - dapat menyesuaikan diri dengan cuaca serta tidak menjejaskan produktiviti.

2. Produk 2 dalam 1 - baik untuk penghasilan daging dan susu.

3. Saiz badan yang besar - besar + banyak daging (bandingkan kambing kampung yang kuat makan tapi bantut).

4. Daging yang amat lazat (tidak berbau serta rasa antara yang paling enak berbanding daging kambing lain (pendapat peribadi seorang chef).

5. Agak lasak serta ketahanan penyakit yang agak tinggi.

6. Sangat jinak serta mudah untuk diuruskan (...pegang je telinga dia yang panjang - memang payah nak melawan)...

7. Luas permukaan kulit yang lebih - amat sesuai untuk penghasilan produk kulit ( goat leather produk), di mana para usahawan Italy mengambil produk daripada Indonesia , meletakkan label mereka, dieksport kembali ke serata dunia dengan harga berlipat ganda!

8.... nanati kalau ada lagi saya tambah....

p/s - harap pengusaha kambing-kambing jenis lain dapat meberi komen / feedback kepada post ini jika terdapat fakta-fakta lain yang lebih kukuh untuk menangkis hujah saya... sekian.

salam kambing.

review - AMIN AGROTECH FARM

Salam..

Hari ini saya nak buat review sikit tentang ladang Amin Agrotech Farm yang terletak di ;



AMIN AGROTECH FARM (SA0061956-W),
JALAN SURAU PUTIH,
KG. SUNGAI LAYANG,
71300 REMBAU,NEGERI SEMBILAN.
EMAIL: aminagrotech@yahoo.com
TEL: 013-222 9976


PROJEK USAHASAMA..SATU LAGI PROJEK DARI POKET SENDIRI TAHUN 2008 (STOK JAMNAPARI CROSS JAWARANDO BARU MASUK 02/04/2008!!!
SILA TELEFON UNTUK BINCANG HARGA!!!)

AMINAGROTECH & DE’ KEBUN
LOT 109, KG. PULAU MERANTI,
MUKIM DENGKIL,
47100 SEPANG, SELANGOR.
EMAIL: aminagrotech@yahoo.com
TEL: 013-222 9976


Apa yang ditawarkan seperti dalam blog beliau adalah seperti berikut,

"
KAMBING UNTUK DIJUAL!!!! STOK TIAP BULAN!!
SEPERTI TAJUK DI ATAS..KAMBING BOER, JAMNAPARI CROSS, KAPLO, FERAL, KAMPUNG...SEMUA ADA DI KANDANG TRANSIT KAMI DI PULAU MERANTI, PUCHONG!! JANGAN SEGAN UNTUK BERTANYA...TALIAN HAYAT DIBUKA 24 JAM TANPA HENTI....013-222 9976."


So, sesiapa yang berminat, bolehlah rujuk kepada nombor di atas, atau layari,


Projek Ternakan kambing mampu milik rakyat Malaysia

AMIN AGROTECH FARM (SA00619956-W)(PROJEK KAMBING, LEMBU DAN IKAN) EMAIL: aminagrotech@yahoo.com TEL: 013-2229976 KAMBING UNTUK DIJUAL!!! MACAM-MACAM ADA!! SILA TELEFON UNTUK KETERANGAN LANJUT!! (SATU LAGI PROJEK DARI POKET SENDIRI..BUKAN DARI PROJEK KERAJAAN)



Sekian, wasalam. Majulah kambing untuk mereka-mereka yang minat kambing...
kambings are cool.... :)


AddThis