Meatball recepi (resepi bebola daging)

FREE download Meatballrecepi.doc (klik)

Bahan Asas (A)
Daging kambing 1kg
(boleh digantikan dengan daging lain)
Ais 100g
Lemak sayuran 300g
Garam 2 sudu teh
Soda bikarbonat 1 sudu teh

Bahan Rempah (B)
Serai 5 batang
Jintan halus 40g
Lada sulah 2 sudu teh
Ketumbar 20g
Bawang Putih 4 ulas
Bawang merah 1 ulas
Halia 15g
Gula halus 30g


Cara-cara
1. Campurkan semua bahan asas (A) kecuali ais dan lemak sayur.
2. Kisar sehingga lumat sehingga suhu mencecah 4° C menggunakan mesin pengisar daging.
3. Setelah siap, masukkan ais ke dalam pengisar, biarkan pengisaran berlaku selama 3 minit.
4. Masukkan lemak sayuran dan rempah (bahan B).
5. Setelah siap, kisar adunan rempah dan daging sebati sehingga suhu mencecah 14° C.
6. Ambil adunan, bulat-bulatkan menjadi bebola, seterusnya rebus dalam air suam (68°C) sehingga bebola menadi kental. Toskan, dan boleh dihidang samada dengan sos kegemaran atau pun dimasukkan dalam masakan.

Selamat mencuba!

klik sini untuk download resepi ini dalam format .doc

Apa nak buat kambing sakit mata?

Kalau kambing sakit mata..

1. Asingkan dengan kambing yang lain... masuk wad sakit.. :D
2. Buat rawatan ler.. sembur dgn ubat pedihkan mata kambing, Pink Eye Terramycin..
Menggelitik kambing masa kena sembur! (Amatur kena buat berdua ).

memamng sakit ni biasanya akan sembuh kalau secara 'natural'.. tapi terdapat kes menyebabkan buta! Cegah sebelum parah...


Kalau nak tau detail, boleh baca kat blog bro Nasri, Kelian Farm..


p/s - jangan jeling-jeling.. nanti kena cucuk bijik mata :P

Mutton recipe directory - Direktori Resepi kambing

Here are my mutton recipe collection. What you have to do is click on the title, and the download begin.. All files are in *.doc format.

Resepi masakan kambing

1. Mutton nugget (nugget daging kambing) (click here to download)
2. Lamb chop (click here to download)
3. Meatball recepi (resepi bebola daging)




I'll do the updates with more recipe in future..

Ghairah.....

Salam...

Satu teguran kepada seluruh warga Malaysia yang ghairah berkambing...
Memang kambing adalah satu bentuk pelaburan yang amat menguntungkan dari banyak segi, bermula daripada daging, susu, kulit bahkan tahi kambning itu sendiri boleh ditukar menjadi duit, selepas diproses menjadi baja tinja kambing.

Cuma yang saya nak tekankan, jangan cepat melatah untuk berkambing..., "Pak Mat hujung kampung tu dulu ada 3 ekor je kambing dia. Sekarang ada dekat 300 ekor, hidup senang anak beranak".

"Si Zaki tu belajar tinggi-tinggi, kerja dah sedap jadi engineer Telekom, berhenti kerja buat kambing full-time. Masyukkk, pasal tu dia berhenti".

Itu antara dialog-dialog yang biasa kita dengar sekarang, banyak diperkatakan dalam masyarakat Malaysia. Ramai orang mampu buat ternakan kambing dari segi modal (orang kita dah makin kaya dan berduit, loan pon banyak). Tapi, percayalah menternak kambing perlu disertai dengan jiwa, dengan komitmen. Tanpa 'soul' dan 'passion' terhadap kambing... saya percaya, tak lama je kandang anda berkambing. Cukup setahun... yang tinggal hanya kandang yang gah! kambingnya lesu..

Saya nampak kambing mungkin akan menjadi seperti sindrom arnab dan sindrom puyuh (rujukan buku tulisan Chef Li). Mungkin dari segi penerimaan produk kambing tidak akan jadimasalah. Tapi yang menjadi masalah nanti, wujudnya 'masuk angin keluar asap'. kambing kemana, duit pula dah bertimbun-timbun keluar... tak nampak lagi untungnya..

Kajilah dulu tujuan buat kambing. Setakat nak melabur untuk buat keuntungan, saya syorkan anda buat pelaburan hartanah berbanding kambing. Tapi kalau ia lahir dari jiwa, atas runtunan mahu jadi macam nabi, silakan. Kambing memang menguji kesabaran dan kekuatan dari segi wang, masa dan melayan karenah kambing itu sendiri. Kambing memang cerewet! (sebab tu nabi bela kambing! - memang kena orang penyabar je bela kambing...)

Mungkin celoteh saya kurang disenangi bagi mereka yang menjalankan 'kursus menternak kambing'. Tapi saya kena sampaikan benda yang kurang betul, yang tak disampaikan dalam kurus bernilai RM 1000 - RM2500.... Of course, tu kursus untuk naikkan motivasi, kursus memerah setiap nilai sen dari keringat orang yang menabung untuk mendapatkan sebahagian daripada setitik ilmu manusia daripada selautan ilmu Allah. tugas saya menyampaikan yang hak dan yang batil. kursus keusahawanan, takkan nak bagi orang 'down'.

Tugas saya dah dilaksanakan separuh. Sebab saya tahu, dan saya mengalami pahit getirnya dulu. Orang kita memang mudah melatah, mudah lupa asal usul....

Buat kandang seadanya...

Salam..

Lama tak update post untuk tips kambing... Harini nak kongsikan tentang menyediakan kandang / reban bagi permulaan menternak kambing.

Biasanya kalau nak memulakan penternakan kambing, perkara pokok adalah tempat tinggal kambing itu sendiri. Maklumlah cuaca Malaysia yang panas dan lembab, ditambah lagi cuaca yang tak menentu.. kadang-kadang cuaca panas dari pagi.. tup.. tup ribut petir waktu tengahari.

Jadi, untuk permulaan, bagi 3 - 5 ekor kambing, memadailah dengan saiz kandang 6' x 4' .. dan buat rendah je.. agak-agak lantai 3' dari aras tanah.. Kalau nak besarkan kandang, tak susah, sambung je petak yang seterusnya bersebelahan petak sedia ada... Pintu pula bole dibuka menadi tangga... dah dapat jimat kayu.

Kayu pula, ambil je mana-mana kayu terpakai, tak payah nak beli kayu baru. Kalau ada kayu rumah lama pun lagi cantik (kebanyakan rumah lama guna kayu keras). So berapa banyak duit kita boleh jimat. Duit yang ada, baik kita gunakan beli baka.

Saya ada layout (pelan kandang) untuk skala kecil ni. Sekarang tak sempat nak scan.. takde plak yg dlm hardisk.. (dlm pc lama)..

Ada masa, saya akan sediakan di sini untuk download, supaya dapat kita kongsikan bersama... Pastikan anda mendapat post terkini dengan mengisi email anda di ruang feedburner diatas sebelah kanan page ini.

OK! Wasalam....

Pengumuman... tarikh peraduan lawak kambing dilanjutkan




ANNOUNCEMENT - CONTEST EXTENDED TO 31st AUGUST 2008 (merdeka!)


Nothing new today, just to let youguys that I decided to extend the 'Goat's joke Competition' till Merdeka Night (31st August 2008). Hope to see more entry to join the competition...

Last for all , all the best to all contestant and everybody who read this post. May today will bring you success in whatever you do..

Wasalam.


click banner to join





Download percuma - Contoh kertas kerja rancangan perniagaan

Salam semua...

Kali ni saya nak kongsikan contoh kertas kerja rancangan perniagaan / pertanian / penternakan. Contoh ini saya dapat daripada saudara Syam Ghaz, yang tidak lokek dan sudi untuk berkongsi ilmu.

Kertas kerja ini sesuai bagi sesiapa yang berhasrat untuk membuat pinjaman daripada MARA, PELADANG, segala jenis kerabat BANK, Tekun, Ah long dan seumpamanya. Paperwork ni percuma je a.k.a free ... download - hanya gunakan jari saja, tak payah bayar apa-apa (kalo nak belanja saya makan nasi beriani gam pon, apa salahnya)....

klik sini untuk muat turun contoh kertas kerja perniagaan

Ok! All the best!

AddThis