Kesan kejatuhan ekonomi dunia pada perniagaan.

Salam..

Ekonomi dunia kini dalam keadaan merudum. Walaupun harga petroleum telah turun, seterusnya berjaya menurunkan harga petrol dan diesel (harga runcit) di Malaysia, kejatuhan ekonomi dunia sedikit sebanyak mula dirasakan oleh semua orang. Apatah lagi kepada peniaga kecil (juga penternak kambing), apatah lagi peniaga-peniaga besar.

Setiap isi rumah mula mengambil langkah berhati-hati dalam berbelanja. Bagi yang masih lagi lalai untuk menunggu bonus hujung tahun, ambillah langkah berjaga-jaga. Rancang perbelanjaan, uruskan kewangan dengan sebaiknya.

Saya juga turut merasakan tempiasnya (perniagaan internet). Jualan memang sangat merudum. Apa yang dirancang, tidak menjadi. Betul seperti yang selalu ditekankan, "kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan".

Bagi penternak kambing sekalian, apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil?

Saranan saya;

1. Sembelih / jual kambing yang sudah agak lama.
Ini kerana semakin lama ia disimpan, semakin tinggi kos yang kita tanggung (kira kos makanan sehari-hari kambing tersebut- berbaloikah nanti dengan harga yang dapat kita jual kelak?)

2. Minimumkan penggunaan tenaga sehari-hari diladang / kandang.
Pengurusan yang cekap dapat meminimumkan penggunaan diesel dan petrol - terutama ladang yang jauh dengan pekan / jalan besar untuk mendapatkan bahan mentah / diesel dsb.

3. Minimumkan hasil yang boleh dijana daripada kambing tersebut.
Contoh - kulit kambing untuk pelbagai barangan kraf. Tanam sedikit sebanyak makanan kontan / fertigrasi di ladang supaya dapat menambah hasil sampingan bagi menampung kos pengoperasian. Sistem 'sprinkler' / fertigrasi dapat mengurangkan masa, disamping kos baja yang dijimatkan hasil 'circle of nature' - kambing bagi baja pada pokok.. pokok bagi sumber makanan pada kambing.

4. Melaburlahsedikit untuk membeli mesin (machinery) yang dapat memaksimumkan tenaga pekerja untuk tugas lain (optimize).
Contohnya penggunaan bobcat untuk menyodok tahi di bawah kandang, mata pemotong yang disambungkan kepada 'bajak' @ traktor untuk memotong rumput.

Saya harap sedikit sebanyak panduan ini dapat kita jadikan pedoman. Kepada sesiapa yang ada pendapat lain atau idea, sila kemukan pada komen dibawah.

Wasalam.
Samdaddycool.
Parit Bunga, Muar.

Mineral block, nipple, EM, medicine, supplement

Hari ini saya melawat blog KTL farm, mereka menawarkan bekalan;

1. Mineral Block
Garam jilat untuk menambah sumber zat kepada kambing, juga ternakan lain seperti rusa, lembu, kerbau dan juga biri-biri.


2. Garam Bukit Himalaya
Garam jilat yang popular , dikatakan mengandungi sumber mineral yang sangat tinggi

3. Ubat-Ubatan & EM -
pelbagai ubatan, serta EM untuk memproses baja organik tinja (tahi) kambing

4. Automatic Drinker (nipple, dsb)
untuk memudahkan penyelenggaraan minuman ternakan. Menjimatkan masa serta menambahkan kecekapan pengurusan ladang kambing.

Sesiapa berminat boleh ke blog KTL farm ataupun hubungi mereka di email / no telefon dibawah;

sila email ktlfarm@gmail.com
atau hubungi talian 016-339 8803 (San), 019-334 8803 (Hee)

Gambar kambing gurun


Salam semua.

Sudah lama saya tak aktif dalam blog kambing ni. Agak sibuk kebelakangan ni, cuba memajukan diri dalam perniagaan yang kadang-kadang agak turun naik, serta mengalami pelbagai cabaran akibat ketidakstabilan ekonomi Malaysia khususnya, dan ekonomi dunia amnya.

Semalam saya sempat singgah ke Zoo Melaka dan berjaya merakamkan gambar kambing gurun. Sayangnya memori kamera tak besar, jadi terpaksa set kepada 2 mega pixel. jadi gambar tak berapa elok kualitinya.

paling terkilan sebab kambing ni tak mahu bangun, makan sambil duduk je... Pemalas punya kambing gurun! jadi dapat rakamkan gambar dia makan sambil duduk je la...

Siapa-siapa nak download gambar kambing ni, klik pada imej di atas, kemudian anda akan dibawa ke page picable, untuk imej yang lebih besar (ada beberapa gambar kambing jamnapari di sana).


Selamat berkambing!

Wasalam.

Keputusan Lawak Kambing



Assalamualaikum wbt..

Pertama sekali saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf atas kelewatan "Pengumuman Peraduan Lawak Kambing". Kelewatan yang berpunca daripada saya sendiri atas kesibukan menguruskan perniagaan yang baru setahun jagung bertatih.

Agak pening juga untuk melakukan tugasan ini memanndangkan penyertaan yang agak hebat dan bersungguh-sungguh daripada para peserta yang mengambil bahagian.

Setelah diadili dengan pertolongan juri, maka dengan ini saya mengumumkan secara rasmi para pemenang.

1. Melyssa posted on August 31, 2008 12:27 AM
2.
titan posted on July 1, 2008 11:58 PM
3.
#13 by abdfatah, Jun 24, 2008

+ 5 hadiah saguahati

4. #12 by Rafhz, Jun 24, 2008
5.#19 by senangaje, Aug 7, 2008
6. #20 by tajul muluk, Aug 11, 2008
7. Imo Imora posted on July 8, 2008 11:01 AM
8.
Dookie posted onAugust 3, 2008 6:29 AM

Hadiah adalah seperti berikut...

1st prize - RM50.00 + Free ebook 'Asas penternakan kambing jamnapari' - written by samdaddycool)

2nd prize - RM 35.00 + Free ebook 'Asas penternakan kambing jamnapari'

3rd prize - RM 20.00 + Free ebook 'Asas penternakan kambing jamnapari'


5 consolation prizes - RM10 + Free ebook 'Asas penternakan kambing jamnapari'


Kepada para pemenang, sila hubungi saya melalui samdaddycool@gmail.com / rms_yoyo@yahoo.com untuk akaun bank anda beserta alamat emel untuk urusan penghantaran ebook.


Sekian terima kasih..

Wasalam.




AddThis