Salam,
Hari ini saya nak terangkan jenis-jenis rumput yang biasanya ditanam untuk makanan kambing.
1. Napier a.k.a rumput gajah - biasanya rumput gajah yang ditanam adalah jenis baka Taiwan. Berbanding baka tempatan, baka ini lebih elok , kurang berbulu dan mempunyai daun yang lebih besar dan cantik.
Rupa rumput gajah ini tergolong dalam keluarga tebu. cara menanamnya juga sama seperti tebu.
Untuk diberi kepada kambing, biasanya ia akan dimasukkan ke dalam 'chopper' untuk menghancurrkannya supaya hampir kesemuanya dapat dimakan kambing.
2. Humidicola a.k.a medicola a.k.a rumput lembu - rumput ini sangat bagus ditanam kerana dapat dituai dalam masa 14 -20 hari. Biasanya dipotong menggunakan mesin rumput ataupun disambungkan mata pemotong kepada traktor.
Selepas itu, dimasukkan kedalam chopper (bagi kandang yang mempunyai palong makanan kecil). Bagi palong yang besar, masukkan terus ke dalam palong.
Sekian untuk kali ini.
wasalam.
Blog kambing jamnapari. Perkongsian ilmu berkaitan kambing, penternakan serta pertanian. Semoga perkongsian ini mendapat keberkatan bersama. Samdaddycool, Parit Bunga, Muar. Inginkan review, iklan dll? Hubungi samdaddycool@gmail.com
Tahukah anda? (Jangka hayat kambing jamnapari)
Tahukah anda jangka hayat kambing jamnapari ialah 7 tahun.
Untuk memilih baka, pilihlah kambing yang berumur muda hingga pertengahan supaya anda tidak rugi.
Saya akan update dengan cara-cara menentukan umur kambing dalam post yang akan datang. Subscribe dengan form di sebelah untuk post yang seterusnya,
Gong Xi Fa Chai!

Tips hari ini.... saiz kandang yang sesuai
Hari ini saya tergerak untuk memberi sedikit tips berkenaan kesesuaian saiz sesebuah petak kandang kambing.
Pada amnya, seekor kambing jamnapari memerlukan 10 kaki persegi (10sq ft each). Saiz petak pula biasanya berukuran samada 10' x 10 ' (untuk 8 - 12 ekor kambing) atau 12' x 12' (10 - 15 ekor kambing)..... bilangan kambing juga dipengaruhi saiz setiap ekor kambing. Jika saiznya kecil, 10' x 10' bole memuatkan hingga 12 ekor (11 betina + 1 jantan). Begitulah sebaliknya jika kambing agak besar , mungkin 10 ekor sahaja atau kurang.
That's all for today... see you later...
adios.

Subscribe to:
Posts (Atom)