Tahukah anda?

Tahukah anda bahawa kambing yang dihinggapi cacing mempunyai bulu yang tidak terurus? Ini adalah tanda-tanda atau simptom terdapatnya cacing didalam perut kambing tersebut. masalah yang timbul?

Perut buncit dan kambing tidak mendapat zat yang sepatutnya....








Tips hari ini - sapu iodin pada tali pusat anak kambing

Salam..

Untuk anak kambing yang baru lahir, tali pusatnya akan tergantung lebih kurang 1" - 2" dan masih lembab. Apa yang patut dilakukan, sapu iodin bagi mengelakkan jangkitan kuman. Ini dapat merendahkan kadar kematian anak kambing.
Lakukan setiap hari sehingga tali pusat betul-betul kering (seminggu atau lebih).






Tips hari ini - potong kuku kambing

Salam,

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam... Hari ini saya nak berkongsi tips yang paling mudah, tapi sangat penting dalam pengurusan feedlot kambing - memotong kuku.
Tips ini ditujukan bagi mereka yang baru memulakan penternakan, atau sesiapa yang ingin belajar dan mahu memahami 'asas' tentang kambing.

Kenapa kita perlu potong kuku kambing (kuku kambing bewarna hitam yang terletak dihujung kaki - macam kasut kambing laa).

1. Kuku tumbuh dari masa ke semasa - kambing akan mengalami masalah jika tidak dipotong, akan menjadi panjang, terlipat - menyukarkan pergerakan kambing.

2. Apabila tidak dipotong, timbul perkara lain - menyebabkan najis kambing terselit dicelah kuku, mudah menyebabkan bernanah / berulat jika terjadi luka.

....Itu sahaja yang saya rasa / ingat sebab utama pemotongan kuku.Bagi kambing yang berada bebas di atas tanah sepanjang masa,mereka akan mengasah-asah kuku di tempat-tempat berpemukaan kasar, seterusnya dapat mengerat kuku.

Sesetengahh penternak kambing, meletakan blok concrete sebesar lebih kurang 1 kaki persegi di setiap petak bagi membolehkan kambing mengasah kuku mereka sendiri ( pedicure) :D

Sekian untuk kali ini, salam kambing untuk semua...



AddThis