Kambing japnapari ..hmmm sounds familiar..

Santai..

tadi saya tengok keputusan carian kambing jamnapari melalui Yahoo . Ni yang saya dapat..

1 - 10 of 3050 for kambing jamnapari - 0.64 sec. | View in Bahasa Malaysia
We have included kambing jamnapari results - Show only kambing japnapari


rupa-rupanya, macam-macam ejaan kambing jamnapari ni ekk... :P

Pucuk keledek sebagai sumber makanan alternatif kambing

Salam..

Semalam saya dapati ada keyword 'keledek vitato' masuk ke dalam 'art blog' saya.
Hari ini pula saya terlintas untuk memberi sedikit tips tentang tanaman keledek sebagai sumber makanan alternatif kepada kambing.

Kenapa keledek?

Keledek mudah ditanam dan penjagaannya sangat mudah, amat kurang cerewet berbanding tanaman lain. Selain itu, isi keledek juga dapat kita jual, makan sendiri atau pun diproses menjadi makanan kambing. Keledek mempunyai pelbagai khasiat dan juga sumber-sumber vitamin serta gizi yang agak seimbang.
Pucuk keledek dapat diberi makan kepada kambing (agak manis macam isi keledek.. kot??? :P ) . Keledek dikategorikan sebagai tanaman kontan dan hasil dapat dituai dalam masa 2 - 3 bulan selepas penanaman.
Penjagaannya sangat mudah, kurang cerewet dan tidak memerlukan kawalan yang amat rapi berbanding sesetengah tanaman kontan yang lain. Cuma pastikan air dan baja kena cukup laa.. Dah namanya tananaman, tu benda asas yang perlu diber perhatian.

Untuk cadangan, ada sejenis baka keledek yang baru dihasilkan oleh MARDI - Keledek Vitato.

Cubalah sendiri! Semoga berjaya!

Kacukan kambing jamnapari dan kambing boer

White Jamnapari Goat

Pernahkah anda terfikir mengkahwinkan kambing boer dengan jamnapari?
Saya pernah menyaksikan dan mempunyai pengalaman kacukan di antara kambing jamnapari jantan dengan kambing boer betina.
Mengikut pengetahuan yang saya ada, anak kambing akan mewarisi baka bapa kambing sebanyak 80% (tolong betulkan jika saya salah).
mungkin kambing boer betina tersebut tak suka si jamnapari jantan ni untuk 'tinggal sebumbung', tapi bila si jantan ni naik syeh, masukkan dalam petak si betina (bila betina tengah kemaruk ler..) ni supaya mereka boleh mengawan.
Hasil kacukan ini, si anak akan kelihatan 'sebijik' macam jamnapari (cuma ada sikit-sikit iras boer). Dah besar nanti, banyak kelebihan kedua-dua baka yang akan kita dapat, contohnya lebih gemuk (daging) dan juga lebih besar dan panjang..

Selamat mencuba!

AddThis