Showing posts with label penyakit. Show all posts
Showing posts with label penyakit. Show all posts

daging kambing dan susu kambing menghindari kolesterol




Saya terbaca artikel yang sangat menarik, antaranya menerangkan tenatang "Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti". :

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

namun, apabila diteruskan terapi kambing ini sehingga menjadi resonan, kita bukan sahaja sembuh malah karektor menjadi positif kembali kesan pembongkaran asid urik dan angin dari darah dan tubuh..


Boleh rujuk artikel penuh bertajuk "Khasiat susu kambing"

Pokok stevia Penawar diabetes

300 kali ganda manis daripada tebu
PADA pada masa rakyat di seluruh dunia sedang dibelenggu dengan diabetes iaitu penyakit yang berpunca daripada gula, satu penemuan baru mungkin memberi harapan baru dalam menjauhkan penyakit itu daripada manusia.
Di Malaysia menurut statistik Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan dianggarkan kira-kira 3.4 juta rakyat negara ini menghidap diabetes pada 2010.
Ia satu petunjuk membimbangkan kerana ini bermakna lebih 12 peratus rakyat negara ini menghidap diabetes.
Jika sebelum ini tebu menjadi sumber utama gula, bagaimanapun penemuan baru pokok stevia yang mampu menggantikan fungsi pemanis semakin mendapat tempat di hati ramai orang.
Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudianna adalah tumbuhan herba dari keluarga Chrysanthemum yang mengandungi glikosida pada daunnya termasuk lebih 10 peratus steviosida.

baca lanjut di Kosmo!

Pengurusan kambing ketika musim hujan Part 4

EM.

Gunakan bancuhan EM untuk menyembur najis tinja kambing yang berada dibawah kandang serta di atas lantai kandang.

EM (bakteria yang baik) berfungsi mencerna najis dan memproses. Hasilnya, tinja tersebut tidak akan mendatangkan bau serta rendah risiko terhadapa bawaan penyakit kepada kambing. Ini memandangkan cuaca yang lembab amat mudah untuk pelbagai penyakit berjangkit serta merebak kepada kambing.

Teknik ini juga boleh dipraktik selain daripada musim hujan.

Pengurusan kambing ketika musim hujan Part 3

Hidupkan bara di bawah kandang untuk mengeringkan kandang dan juga kambing bagi mengurangkan kulat serta menghilangkan 'tekanan' kepada kambing akibat sejuk...

Pengurusan kambing ketika musim hujan Part 2

Salam..

Tips kedua untuk pengurusan kambing ketika musim hujan (tengkujuh)...

Pasangkan jaring atau apa2 sahaja jenis penghadang yang dapat menghadang tempias air hujan lebat (terutama apabila angin bertiup kuat). Ini dapat mengurangkan kadar kemasukan tempias air hujan yang akan mengakibatkan kandang basah dan kambing kesejukan...

Pengurusan kambing ketika musim hujan Part I

Salam..

Sedikit update untuk pengurusan kambing ketika waktu hujan (terutama musim tengkujuh di kawasan pantai timur)..

Tips 1

Pantau kurap kambing (jamnapari).. Keadaan cuaca yang sangat lembab hampir sepanjang hari (dalam musim hujan) menyebabkan penyakit kurap sangat-sangat cepat merebak. Pastikan kandang sakit jauhdari kandang-kandang lain.
Asingkan mana-mana kambing yang terkena jangkitan kurap seberapa segera. kemudian, lakukan rawatan.


Sekian untuk kali ini. Tunggu tips yang seterusnya pada post akan datang.

Selamat berkambing!

AddThis