Showing posts with label buat duit. Show all posts
Showing posts with label buat duit. Show all posts

Jual produk kambing ni bazar Ramadhan?

Salam,

Agak lama tak membuat catatan di blog kambing jamnapari ini. Kekurangan idea tentang kambing dan masa yang kurang bersesuaian untuk membuat catatan tentang pertanian / ternakan.

Hari ni saya nak kongsikan idea yang boleh diadaptasi dari produk kambing untuk pasaran bulan puasa. Bazaar ramadhan sememangnya menjadi tumpuan hampir seluruh umat Islam di Malaysia bagi mencari juadah berbuka. Bukan sahaja orang yang berpuasa, yang tak berpuasa dan bukan Isalam juga seronok sebab dapat membeli-belah juadah dan juga makanan yang kadang-kala sukar didapati ketika hari-hari biasa.

Ok, saya tak nak membebel panjang, cuma ingin berkongsi idea bagaimana untuk memaksimumkan produk kambing di bazar Ramadhan.

1. BBQ lamb chop
2. Dadih susu kambing
3. Susu kambing segar (berperisa dan original)
4. Shish / Doner kebab (kebab kambing).
5. Kambing panggang... idea saya terhenti...

Insyaallah kalau ada tambahan, saya akan update. Ada hal lain perlu diselesaikan.

Wasalam.

Syera Vermikompos : Baja organik tahi cacing




100% Organik
Berkualiti, Selamat & Mesra Alam


Unsur Asas Baja Cacing Syera Vermikompos

N 15 : Untuk penyuburan pokok dan daun.
P 15 : Untuk menggalakkan pertumbuhan akar.
K 15 : Untuk penyuburan bunga dan daun.
Zeolite : Produk mineral semulajadi yang tidak memudaratkan kesihatan manusia.




Kandungan :

Silika (Aluminasilicate) yang tinggi bagi meningkatkan keupayaan tanah memegang baja nutrisi yang diperlukan oleh tanaman.

Kesan dan hasil penggunaan baja cacing organik Syera Vermikompos :

  • Membaiki pH tanah.
  • Tanah menjadi lembut, subur, tidak masam, merangsang akar membebaskan baja yang tersangkut di dalam tanah untuk dimanfaatkan oleh pokok.
  • Pokok akan tumbuh lebih besar, hasil pengeluaran yang lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan racun.
  • Memberikan kebaikan jangka masa panjang pada tanaman atau tanah.


Keistimewaan baja cacing organik Syera Vermikompos

  • Tidak berbau
  • Tidak mengandungi zarah yang membahayakan kesihatan.
  • Sesuai untuk pelbagai jenis tanaman, tidak kira tanaman di dalam pasu, mahupun di atas tanah.
  • Proses penghasilan baja organik 100% secara semulajadi.
  • Tidak mengandungi bahan kimia.
  • Tiada kesan negatif kepada pokok tanaman jika baja diguna secara berlebihan.



Fungsi baja cacing organik Syera Vermikompos :

Mengurangkan penggunaan baja kimia dan racun serangga perosak / kulat. Baja dan juga racun kimia adalah faktor penyebab utama tanah mati dan rosak, disebabkan penggunaan yang berlebihan dan tidak terkawal. Penggunaan baja cacing oranik daripada tahi cacing vermicompost ini dapat menyuburkan, merawat dan memulihkan tanah yang telah mati... Insyaallah.



Di mana hendak mendapatkan stok Baja Cacing Syera Vermikompos?


Untuk bekalan baja dan cacing tanah, sila hubungi Syera Agrotech:

Syed : 019 - 6226 679
Rafi : 019 - 6635 676

PKU 55, Kampung Seri makmur, 84900 Tangkak, Johor.


Selain itu, Baja organik cacing Syera Vermikompos boleh didapati di Pasar-pasar tani, pasar pagi dan juga pasar malam sekitar Muar, Tangkak, Segamat dan Bukit Gambir pada hari dan waktu terpilih. Sila hubungi talian tertera.

Fertigasi Lada : untuk Hobi dan Komersial





Nama Syarikat : SERBAJADI AGRO RESOURCES
Lokasi operasi : Bukit Gambir, Muar (Ledang).
Pemilik : Zul (012 - 3345 378) : Ismail (017 - 6699 431) : Faiz (012 - 2722 954)

Gambar Pokok lada @ cili yang tinggi, buah gemuk


Gambar Pokok lada @ cili yang rendang, buah panjang-panjang

Serbajadi Agro Resources mengusahakan tanaman lada (cili) secara fertigasi terbuka. Sistem fetigrasi secara terbuka ini dapat menjimatkan kos terutama dari segi penyediaan rumah fertigasi rangka aluminium. Mereka juga memilih sistem fetigrasi terbuka dengan sebab

  • dapat menjimatkan ruang
  • penjagaan lebih mudah
  • mengurangkan risiko penyakit
  • meningkatkan hasil pengeluaran



Serbajadi Agro Resources menyediakan pakej Taman Dapur 'Edible Garden'

Pakej 12 Pokok (RM 100)*



Medium (sekam)

Polibag
Anak benih

Sistem Fertigasi





Pakej 24 Pokok (RM 180)*

Medium (sekam)
Polibag
Anak benih
Sistem Fertigasi
Baja 1.5 liter [(SBJ Fertilizer (SET A + B )]

*Kos tidak termasuk penghantaran. Harga tertakluk kepada perubahan semasa.



Gambar Baja cecair (SBJ Fertilizer)


Baja Cecair (SBJ Fertilizer) terbukti berkesan dan tidakbertoksik untuk tujuan menyubur dan meningkatkan hasil tanaman, khususnya pelbagai jenis sayuran dan tanaman berpasu.

Kerajaan punyai kecairan RM250b bantu usahawan


23/03/2009 12:28pm

KUALA LUMPUR 23 Mac — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia mempunyai jumlah kecairan yang besar sebanyak RM250 bilion yang boleh diguna pakai bagi membantu para pengusaha tempatan pada masa krisis ekonomi global sekarang ini.

Sehubungan itu, beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan turut memberi insentif bagi menggalakkan institusi kewangan memberi pinjaman kepada pengusaha yang memerlukan, seperti memberi jaminan bayar balik kepada institusi berkenaan bagi mengurangkan risiko tanggungan.

“Salah satu daripada punca penting dalam menghadapi kemelut dunia ialah memastikan sistem kewangan negara dapat menyalurkan pinjaman kepada para pengusaha yang memerlukannya,” katanya ketika berucap di Simposium Usahawan Bumiputera MIDF 2009 di sini.

“Selagi sektor perbankan tidak memberi pinjaman, selama itu usaha untuk memulihkan ekonomi dunia tidak akan berjaya,” katanya.

Antara insentif yang disediakan ialah Skim Jaminan Usahawan Kecil oleh Credit Guarantee Corporation (CGC) di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia, yang akan memperuntukkan 80 peratus jaminan ke atas pinjaman yang diluluskan di bawah skim ini.

— BERNAMA


Sumber - Utusan Malaysia


  • Betulkah ada dana sebanyak itu?
  • Siapa yang akan dapat kemudahan bantuan kewangan tersebut?
  • Memadaikah jika pinjaman atau bantuan kewangan disalurkan kepada usahawan sahaja?
  • Berlakukah pusingan kitaran wang antara pengusaha - pengguna , jika pengguna kebanyakkannya mula hilang kuasa membeli?
  • Apa akan jadi jika hutang semakin bertambah kepada usahawan, tetapi jualan tidak dapat dilakukan?
  • Apa perancangan anda menangani masalah krisis ekonomi serantau?

Optimumkan bidang pertanian : Siri 2

Salam..

Saya agak kesuntukan masa kebelakangan ni. Kembali bersaing dalam perniagaan yang terumbang-ambing kebelakangan ini, membuka outlet kedai 'Muhasabah Trading', serta mendapat perkhabaran gembira, bakal menerima 'orang baru', seterusnya isteri saya kurang stabil. Sedikit sebanyak jadual kehidupan saya berubah dengan drastik, memerlukan lebih masa untuk menguruskan kesemuanya. Kegiatan berblogging terpaksa dikurangkan.

Alhamdulillah, kali ni saya mempunyai kekuatan dan sedikit masa terluang untuk menulis. Ini adalah sambungan siri 1. Sebelum kita menjalankan projek integrasi (tanaman dan ternakan), ada baiknya kita membuat senarai pendek jenis-jenis tanaman yang bersesuaian dengan ternakan.

Antara jenis-jenis tanaman yang sesuai untuk integrasi dengan kambing;

1. Kelapa sawit
2. Kelapa pandan, mawar, dsb.
3. Keledek
4. Jagung
5.

Cara-cara membuat baja organic tinja kambing

Baja organik tinja kambing memang elok dan bagus untuk hampir semua jenis tanaman. Apa yang menarik, penggunaan yang berlebihan, tidak akan merosakkan pokok kerana kandungan baja yang telah diuraikan (bakteria / hama 'jahat'). Cara buat baja organic ini pun tidak sepayah mana, yang penting , kena istiqamah dan rajin sikit sebab kerja yang memenatkan untuk memproses 1 hingga 2 tan, secara manual. Apa yang pasti, jika ada mempunyai mesin pembancuh simen (cement mixer), kerja memproses akan menjadi lebih mudah. Ditambah lagi jika anda mempunyai jentera penyodok (bobcat).


Resepi baja tahi @ tinja kambing



Bahan-bahan asas

1. Tinja 83% = 830 kg
2. Abu sawit 10% = 100 kg
3. Habuk kayu 5% = 50 kg
4. Kapur(lime) 2% = 20 kg
5. Stardex 0.25% = 2.5 kg


Cara-cara membuat baja organic tinja kambing.

1. Keringkan Tinja kambing. Tahi perlu betul-betul kering bagi mengelakkan mesin grinder tersumbat.
2. Hancurkan tinja menggunakan mesin penghancur (grinder)
3. Ratakan tinja yang hancur didalam petak 1.
4. Tabur habuk kayu, abu kelapa sawit, kapur dan stardec.
5. Gaul dan balik-balikkan sehingga agak sebati semua bahan-bahan asas.
6. Campurkan air dan mula menggaul. Kelembapan adalah sehingga 60% .
7. Longgokkan sehingga membukit : seelokkanya ditutup dengan kanvas bagi mengelakkan kekeringan.
8. Proses mengurai tahi akan berlaku oleh bacteria stardec ini (suhu akan mencecah sehingga 70° Celcius).
9. Biarkan selama seminggu. Buat catatan tarikh.
10. Minggu kedua, masukkan ke petak ke - 2, dan tutup.
11. Minggu ketiga, pindahkan ke petak ke – 3 dan tutup.
12. Minggu ke empat, pindahkan ke petak ke –4 dan biarkan terbuka. Ini bagi mempercepatkan pengeringan berlaku. Pada ketika ini. Suhu sudah mula menurun, bermakna proses penguraian telah berkurangan. Bau tahi telah hilang.
13. Selepas 4 minggu, selerakkan baja organic tinja kambing yang telah siap ini untuk dikeringkan supaya boleh dibungkus.

14. Boleh mula dijual, dan buat duit. Selamat mencuba!

Saya telah membuat beberapa rujukan tentang HUKUM menjual najis. Setelah menyelidik beberapa pendapat, SEMUANYA mengatakan HARAM menjual najis. SEBAHAGIAN pula mengatakan HARUS menjual najis yang telah diproses menjadi BAJA.

Optimumkan bidang pertanian : Siri 1

Salam,

Alhamdulillah, setelah lama menyepi, akhirnya saya kembali dengan idea untuk menulis dalam blog kambing jamnapari ini. Apa yang menyentap idea saya kali ini tak lain, tak bukan, berkisar dengan situasi ekonomi global yang sedang merundum.

Permintaan dan pengeluaran bagi urusan berjual-beli memang akan terjejas akibat kemelesetan ekonomi. Hakikatnya, pusingan atau kitaran wang keluar dan masuk menjadi tidak seimbang akibat kepincangan salah satu daripada komponen kitaran tersebut. Secara ringkasnya, kita buat perumpamaan begini;

Dalam satu kampung wujudnya penternak ayam, kambing, lembu, ikan dsb.
Wujud juga petani mengusahakan sayur serta buah-buahan. Ada pekedai runcit, pekerja swasta, kerajaan serta kilang papan. Apa terjadi jika separuh daripada penduduk kampung yang merupakan 100% pekerja kilang papan tersebut hilang pekerjaan, akibat kilang terbakar.? Sudah tentu kegiatan ekonomi dalam kampung tersebut pincang. Ini adalah gambaran secara ringkas untuk keadaan ekonomi sejagat.

Ok, berbalik kepada perbincangan asal. Isi yang akan saya kupas disini adalah daripada segi mengoptimasikan bidang penternakan atau pertanian yang telah dijalankan. Saya akan mengupas penekanan oleh Dr. Azizul Mohd Sharum, pengarah Jabatan Haiwan Negeri Terengganu, tentang "circle of nature", atau dalam bahasa Melayu dipanggil "kitaran alam semulajadi".


Apa yang anda faham tentang "circle of nature" ini?

Konsepnya amat mudah. Jika anda memelihara kambing, dalam masa yang sama anda juga ada mengusahakan tanaman jagung. Jadi, pokok jagung mendapat bekalan baja melalui tinja kambing yang diproses, manakala kambing mendapat bekalan makanan melalui jagung yang rosak serta batang dan juga daunnya.
Kelebihan yang ada- anda dapat berjimat dalam mendapatkan sumber makanan bagi kambing, manakala jagung pula dapat dijual (bonus bagi anda!).. baja dah FREE pula!

Oklah, saya dah makin kuyu mata ni, dah pukul 3.29am .... saya akan buat lanjutan kupasan ini dalam siri 2 pula.

Wasalam.

Kambing pasar

Apa kebenda tajuk tu..???

Saja buat gempak.. Sebenarnya terdetik untuk membicarakan soal pemasaran kambing serta daging kambing melalui medium internet.
Untuk maklumat pelawat sekalian, blog kambing jamnapari ini dikunjung dan dilawati lebih kurang 30 - 40 orang sehari secara purata. Apa yang menarik lagi, melalui carian didalam Yahoo atau Google, terdapat pelbagai jenis 'keyword' atau kata carian yang menjumpakan mereka dengan blog ini.

Untuk itu, saya tegaskan bahawa salah satu bijak atau 'smart medium' untuk pasaran kambing (dan juga pelbagai produk serta perkhidmatan lain) sangat-sangat berkesan menggunakan internet. Kaedah cyber ini sangat-sangat mudah dan efisyen disebabkan;

1. Pembaca iklan akan mengambil pen, menulis info yang didapati (atau terus muat turun dan simpan di dalam pc / laptop).
2. Mesej sampai dengan lebih jelas ; 100% maklumat boleh disebar.
3. Anda mempunyai potensi market yang lebih luas serta global.
4. Banyak lagi...


Sehubungan itu, cara yang mudah untuk menaikan blog anda ke dalam indeks carian yahoo atau google adalah;

  • Hantar blog anda ke search engine submission.. Mungkin boleh cuba yang ini (Increase Traffic).
  • Bertukar-tukar link dengan blog yang mempunyai PR yang tinggi, Pengunjung yang ramai, popular, dsb.
  • Update blog anda sekerap mungkin.
  • Banyak lagi.. (Insyaallah saya akan update pada lain kali).

Selamat mencuba.

2.

Pasaran tepu?

Salam semua

Kali ni saya nak membincangkan tentang pasaran semasa, tidak kira kambing, daging lembu, cacing, cili, mahupun lintah.

Terdapat beberapa pengusaha yang mengeluh akibat wujudnya masalah apabila memasarkan sesuatu produk. Tidak kira apa jua perusahaan ia adalah sejenis perniagaan, di mana bidang pemasaran (marketing) menjadi tonggak kejayaan.

Saya suka dengan kata-kata Dr. Irfan Khairi yang menyeru untuk berfikir di luar kotak. Walaupun beliau boleh dikategorikan sebagai 'mentor muda', tetapi banyak tips serta panduan yang beliau berikan adalah rasional dan berasas.

Apa yang dimaksudkan dengan berfikir di luar kotak? In adalah cara kita (brainwash), membuat post mortem - menilai serta mengkaji dari pelbagai sudut serta kebarangkalian dan alternatif yang ada. Jika bercakap tentang produk, apa yang akan terjadi bila tidak dapat dipasar? Bila situasi ini terjadi, bersedialah dengan plan B. Plan B adalah alternatif atau dikatakan pilihan kedua apabila rancangan pertama tidak menjadi.

Bagi contoh produk daging kambing, buat satu analisa / rancangan pemasaran seperti berikut;

Jual kepada peraih.

tiada permintaan

Jualan terus - pasar borong, pasar tani, pasar malam.

tiada permintaan

Buat produk frozen


atau ada lebihan daging, tukarkan kepada bentuk lain - contoh kebab, burger, minced mutton ( daging cincang).


Berfikirlah secara kreatif apabila memasuki bidang perniagaan (pemasaran). Tanpa usaha yang gigih dan cekal, kita akan cepat putus asa. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Ia tidak akan dapat dikecapi dalam masa satu hari. Istiqamah dalam membuat sesuatu pekerjaan. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Insyaallah berjaya.

Kambing untuk Qurban dan Aqiqah

Salam semua..

Syawal hampir melabuhkan tirainya.. Bermakna akan menjelma pula Zulkaedah , seterusnya Zulhijjah..

Apa yang menarik tentang bulan Zulhijjah?

Selain para muslimin dan muslimat dari seluruh dunia pergi untuk menunaikan ibadah haji di Makaratul Mukaramah, ada satu lagi ibdat yang menjadi kewajipan bagi umat Islam yang lainnya. Ibadat Haji tidak dapat lari daripada Ibadah qurban dan aqiqah. Korban dan akikah sangat dititk beratkan dalam masyarakat Islam di Malaysia.


Perlu diingat, antara kriteria kambing yang diperlukan untuk akikah;

a. tidak cacat,

b. tidak berpenyakit,

c. cukup umur, yaitu kira-kira berumur satu tahun,

d. warna bulu sebaiknya memilih yang berwarna putih.


rujukan -

http://www.mail-archive.com/jamaah@arroyyan.com/msg02176.html


Imam Malik berkata: Aqiqah itu seperti layaknya nusuk (sembeliah denda larangan haji) dan udhhiyah (qurban), tidak boleh dalam aqiqah ini hewan yang picak, kurus, patah tulang, dan sakit. Imam Asy Syafiiy berkata: Dan harus dihindari dalam hewan aqiqah ini cacat-cacat yang tidak diperbolehkan dalam qurban.
rujukan - wikipedia (aqiqah)

Bagi para penternak kambing, inilah masanya mereka dapat menjana lebih wang apabila permintaan terhadap kambing sangat tinggi! Untuk kambing, para pembeli akan membuat 2 in 1 (combo package) iaitu kurban beserta akikah. Jadi , sementara masih ada lebih kurang tinggal sebulan sebelum tibanya raya Haji, para penternak bolehlah mengumpulkan samada dana, atau meagasingkan kambing-kambing yang berpotensi untuk tujuan tersebut.

Dari segi pemilihan kambing, kebiasaannya kambing kampung akan menjadi pilihan disebabkan harganya yang murah. Walau bagaimanapun, terdapat alternatif yang lebih elok iaitu kambing jawa randuk, disebabkan saiznya lebih besar dan juga agak murah. Terdapat juga mereka yang berkemampuan mendapatkan kambing boer atau jamnapari bagi tujuan aqiqah (mahal sikit ler.. :P )... Tetapi apa yang bagus tentang kambing ini adalah disebabkan baka mereka yang menghasilkan daging yang lebih bermutu. Pesanan saya, cuba dapatkan kambing yang diusahakan oleh penternak kambing untuk daging, bukannya daripada penternak untuk baka. Kenapa ? Cuba survey harga dulu yek!

Apa tunggu lagi, bagi penternak, mulakan langkah sekarang, beribadah sambil menjana pendapatan! Kumpul-kumpullah the best kambing among the best untuk Raya Haji!

Selamat maju jaya!

AddThis