Showing posts with label marketing. Show all posts
Showing posts with label marketing. Show all posts

Syera Vermikompos : Baja organik tahi cacing




100% Organik
Berkualiti, Selamat & Mesra Alam


Unsur Asas Baja Cacing Syera Vermikompos

N 15 : Untuk penyuburan pokok dan daun.
P 15 : Untuk menggalakkan pertumbuhan akar.
K 15 : Untuk penyuburan bunga dan daun.
Zeolite : Produk mineral semulajadi yang tidak memudaratkan kesihatan manusia.




Kandungan :

Silika (Aluminasilicate) yang tinggi bagi meningkatkan keupayaan tanah memegang baja nutrisi yang diperlukan oleh tanaman.

Kesan dan hasil penggunaan baja cacing organik Syera Vermikompos :

  • Membaiki pH tanah.
  • Tanah menjadi lembut, subur, tidak masam, merangsang akar membebaskan baja yang tersangkut di dalam tanah untuk dimanfaatkan oleh pokok.
  • Pokok akan tumbuh lebih besar, hasil pengeluaran yang lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan racun.
  • Memberikan kebaikan jangka masa panjang pada tanaman atau tanah.


Keistimewaan baja cacing organik Syera Vermikompos

  • Tidak berbau
  • Tidak mengandungi zarah yang membahayakan kesihatan.
  • Sesuai untuk pelbagai jenis tanaman, tidak kira tanaman di dalam pasu, mahupun di atas tanah.
  • Proses penghasilan baja organik 100% secara semulajadi.
  • Tidak mengandungi bahan kimia.
  • Tiada kesan negatif kepada pokok tanaman jika baja diguna secara berlebihan.



Fungsi baja cacing organik Syera Vermikompos :

Mengurangkan penggunaan baja kimia dan racun serangga perosak / kulat. Baja dan juga racun kimia adalah faktor penyebab utama tanah mati dan rosak, disebabkan penggunaan yang berlebihan dan tidak terkawal. Penggunaan baja cacing oranik daripada tahi cacing vermicompost ini dapat menyuburkan, merawat dan memulihkan tanah yang telah mati... Insyaallah.



Di mana hendak mendapatkan stok Baja Cacing Syera Vermikompos?


Untuk bekalan baja dan cacing tanah, sila hubungi Syera Agrotech:

Syed : 019 - 6226 679
Rafi : 019 - 6635 676

PKU 55, Kampung Seri makmur, 84900 Tangkak, Johor.


Selain itu, Baja organik cacing Syera Vermikompos boleh didapati di Pasar-pasar tani, pasar pagi dan juga pasar malam sekitar Muar, Tangkak, Segamat dan Bukit Gambir pada hari dan waktu terpilih. Sila hubungi talian tertera.

Penternak kambing terkulai layu...

Salam,

Kebelakangan ini saya banyak mendengar kisah penternak kambing yang menjual kesemua kambing mereka, termasuklah dengan kandang-kandangnya sekali. Mengapa ini berlaku? Apa yang terjadi sebenarnya? Dimana silapnya sehinggakan projek yang dimulakan dengan wang beribu ringgit, lebur menjadi liabiliti kerugian bagi pengusaha kambing?

Ada yang mengatakan sukar memasarkan kambing, manakala kos yang semakin hari semakin meningkat menyukarkan penternak meneruskan perjuangan. Tidak dapat dinafikan, masalah utama adalah permintaan kambing yang tidak menggalakkan. Memang banyak pihak menyalahkan kerajaan kerana kurangnya penglibatan badan-badan berkanun dalam menangani isu ini. Siapa patut dipersalah?

Sebenarnya, dalam senario arus keusahawanan, para usahawan kambing perlu lebih 'ligat' dan tahan dari segi emosi serta mental. Bukan sahaja bidang penternakan kambing, apa-apa juga bidang keusahawanan tidak dapat lari daripada masalah persaingan, pemasaran serta permintaan. Komuniti kambing perlu menubuhkan satu koerasi atau badan yang menguruskan pemasaran serta hal-hal berkaitan. Usaha ini pernah dilakukan oleh Saudara Amin Roman Agro Ternak.





Usaha murni beliau telah mewujudkan Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Setakat ini Persatuan ini telah berjaya menyatukan keahlian daripada pelbagai latarbelakang pengusaha kambing. Ini adalah petikan promosi persatuan ;

Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) mempelawa kepada semua pembekal, pembuat, pengusaha, pengilang, agen dan sebagainya di seluruh negara untuk mendaftarkan maklumat-maklumat berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan bagi tujuan perlantikan sebagai agen yang berkenaan dengan kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh PPKM.

Diantara perkhidmatan yang diperlukan oleh PPKM adalah seperti berikut :-
  1. Kursus Ternakan Kambing.
  2. Makanan Ternakan.
  3. Ubat-ubatan dan Penjagaan Kesihatan Ternakan.
  4. Penyediaan Kemudahan Ladang Ternakan Kambing.
  5. Pemasaran hasil ternakan sepeti baka, daging, susu tinja dan lain-lain.
Sila muaturun borang maklumat perkhidmatan disini dan hantarkan ke PPKM untuk tujuan penilaian.


Harapan saya agar bidang penternakan kambing tidak mengalami sindrom layu dan terkubur, seperti banyak lagi bidang pertanian / penternakan yang pernah 'meletup' satu ketika dulu.

Wasalam.

Fertigasi Lada : untuk Hobi dan Komersial





Nama Syarikat : SERBAJADI AGRO RESOURCES
Lokasi operasi : Bukit Gambir, Muar (Ledang).
Pemilik : Zul (012 - 3345 378) : Ismail (017 - 6699 431) : Faiz (012 - 2722 954)

Gambar Pokok lada @ cili yang tinggi, buah gemuk


Gambar Pokok lada @ cili yang rendang, buah panjang-panjang

Serbajadi Agro Resources mengusahakan tanaman lada (cili) secara fertigasi terbuka. Sistem fetigrasi secara terbuka ini dapat menjimatkan kos terutama dari segi penyediaan rumah fertigasi rangka aluminium. Mereka juga memilih sistem fetigrasi terbuka dengan sebab

  • dapat menjimatkan ruang
  • penjagaan lebih mudah
  • mengurangkan risiko penyakit
  • meningkatkan hasil pengeluaran



Serbajadi Agro Resources menyediakan pakej Taman Dapur 'Edible Garden'

Pakej 12 Pokok (RM 100)*



Medium (sekam)

Polibag
Anak benih

Sistem Fertigasi





Pakej 24 Pokok (RM 180)*

Medium (sekam)
Polibag
Anak benih
Sistem Fertigasi
Baja 1.5 liter [(SBJ Fertilizer (SET A + B )]

*Kos tidak termasuk penghantaran. Harga tertakluk kepada perubahan semasa.



Gambar Baja cecair (SBJ Fertilizer)


Baja Cecair (SBJ Fertilizer) terbukti berkesan dan tidakbertoksik untuk tujuan menyubur dan meningkatkan hasil tanaman, khususnya pelbagai jenis sayuran dan tanaman berpasu.

Kambing pasar

Apa kebenda tajuk tu..???

Saja buat gempak.. Sebenarnya terdetik untuk membicarakan soal pemasaran kambing serta daging kambing melalui medium internet.
Untuk maklumat pelawat sekalian, blog kambing jamnapari ini dikunjung dan dilawati lebih kurang 30 - 40 orang sehari secara purata. Apa yang menarik lagi, melalui carian didalam Yahoo atau Google, terdapat pelbagai jenis 'keyword' atau kata carian yang menjumpakan mereka dengan blog ini.

Untuk itu, saya tegaskan bahawa salah satu bijak atau 'smart medium' untuk pasaran kambing (dan juga pelbagai produk serta perkhidmatan lain) sangat-sangat berkesan menggunakan internet. Kaedah cyber ini sangat-sangat mudah dan efisyen disebabkan;

1. Pembaca iklan akan mengambil pen, menulis info yang didapati (atau terus muat turun dan simpan di dalam pc / laptop).
2. Mesej sampai dengan lebih jelas ; 100% maklumat boleh disebar.
3. Anda mempunyai potensi market yang lebih luas serta global.
4. Banyak lagi...


Sehubungan itu, cara yang mudah untuk menaikan blog anda ke dalam indeks carian yahoo atau google adalah;

  • Hantar blog anda ke search engine submission.. Mungkin boleh cuba yang ini (Increase Traffic).
  • Bertukar-tukar link dengan blog yang mempunyai PR yang tinggi, Pengunjung yang ramai, popular, dsb.
  • Update blog anda sekerap mungkin.
  • Banyak lagi.. (Insyaallah saya akan update pada lain kali).

Selamat mencuba.

2.

Kesan kejatuhan ekonomi dunia pada perniagaan.

Salam..

Ekonomi dunia kini dalam keadaan merudum. Walaupun harga petroleum telah turun, seterusnya berjaya menurunkan harga petrol dan diesel (harga runcit) di Malaysia, kejatuhan ekonomi dunia sedikit sebanyak mula dirasakan oleh semua orang. Apatah lagi kepada peniaga kecil (juga penternak kambing), apatah lagi peniaga-peniaga besar.

Setiap isi rumah mula mengambil langkah berhati-hati dalam berbelanja. Bagi yang masih lagi lalai untuk menunggu bonus hujung tahun, ambillah langkah berjaga-jaga. Rancang perbelanjaan, uruskan kewangan dengan sebaiknya.

Saya juga turut merasakan tempiasnya (perniagaan internet). Jualan memang sangat merudum. Apa yang dirancang, tidak menjadi. Betul seperti yang selalu ditekankan, "kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan".

Bagi penternak kambing sekalian, apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil?

Saranan saya;

1. Sembelih / jual kambing yang sudah agak lama.
Ini kerana semakin lama ia disimpan, semakin tinggi kos yang kita tanggung (kira kos makanan sehari-hari kambing tersebut- berbaloikah nanti dengan harga yang dapat kita jual kelak?)

2. Minimumkan penggunaan tenaga sehari-hari diladang / kandang.
Pengurusan yang cekap dapat meminimumkan penggunaan diesel dan petrol - terutama ladang yang jauh dengan pekan / jalan besar untuk mendapatkan bahan mentah / diesel dsb.

3. Minimumkan hasil yang boleh dijana daripada kambing tersebut.
Contoh - kulit kambing untuk pelbagai barangan kraf. Tanam sedikit sebanyak makanan kontan / fertigrasi di ladang supaya dapat menambah hasil sampingan bagi menampung kos pengoperasian. Sistem 'sprinkler' / fertigrasi dapat mengurangkan masa, disamping kos baja yang dijimatkan hasil 'circle of nature' - kambing bagi baja pada pokok.. pokok bagi sumber makanan pada kambing.

4. Melaburlahsedikit untuk membeli mesin (machinery) yang dapat memaksimumkan tenaga pekerja untuk tugas lain (optimize).
Contohnya penggunaan bobcat untuk menyodok tahi di bawah kandang, mata pemotong yang disambungkan kepada 'bajak' @ traktor untuk memotong rumput.

Saya harap sedikit sebanyak panduan ini dapat kita jadikan pedoman. Kepada sesiapa yang ada pendapat lain atau idea, sila kemukan pada komen dibawah.

Wasalam.
Samdaddycool.
Parit Bunga, Muar.

AddThis