Korban dan aqiqah di Kemboja bersama eQurban



Salam semua,

Terlalu lama saya tak uppdate entri blog kambing jamnapari ini. Terlalu sibuk dengan urusan kerja yang lain. Alhamdulillah, kali ini ada sesuatu yang ingin saya kongsi bersama.
Selamat datang ke eQurban.com. Sertai kami untuk ibadah qurban dan aqiqah di Kemboja. Anda boleh tempah qurban dan aqiqah anda secara online bersama kami.

Itulah petikan yang saya ambil daripada website eQurban.com . Untuk sesipa sahaja yang berkeinginan menjalankan qorban dengan cara pantas (online) dan fleksibel, eQurban.com adalah tempatnya.

Pakej akikah korban yang ditawar samada lembu, mahupun kambing, dengan serendah RM 230, impian anda sudah terlaksana.

Semoga perkongsian ini memberi kita manfaat bersama. Sila klik link ini , atau banner di bawah untuk
keterangan lanjut.



wasalam

Pokok stevia Penawar diabetes

300 kali ganda manis daripada tebu
PADA pada masa rakyat di seluruh dunia sedang dibelenggu dengan diabetes iaitu penyakit yang berpunca daripada gula, satu penemuan baru mungkin memberi harapan baru dalam menjauhkan penyakit itu daripada manusia.
Di Malaysia menurut statistik Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan dianggarkan kira-kira 3.4 juta rakyat negara ini menghidap diabetes pada 2010.
Ia satu petunjuk membimbangkan kerana ini bermakna lebih 12 peratus rakyat negara ini menghidap diabetes.
Jika sebelum ini tebu menjadi sumber utama gula, bagaimanapun penemuan baru pokok stevia yang mampu menggantikan fungsi pemanis semakin mendapat tempat di hati ramai orang.
Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudianna adalah tumbuhan herba dari keluarga Chrysanthemum yang mengandungi glikosida pada daunnya termasuk lebih 10 peratus steviosida.

baca lanjut di Kosmo!

Terengganu : Lembah Kaprima di setiap daerah


KERAJAAN negeri meletakkan sasaran untuk menjadikan Terengganu sebagai pembekal daging kambing terbesar di negara ini menjelang tahun 2015, sekaligus mengurangkan pergantungan ekonomi kepada sumber petroleum dan gas.

Bagi tujuan tersebut kerajaan turut mensasarkan 25 usahawan di bidang ternakan dapat diwujudkan di seluruh negeri. Pada masa ini terdapat lapan lembah kaprima bernilai RM24 juta dan projek sokongan
bidang ternakan yang dilaksanakan secara besar-besaran di negeri ini. Projek Lembah Kaprima diwujudkan di setiap daerah yang mana di sesetengah tempat kemudahan infrastruktur sudah pun disediakan oleh kerajaan.

Projek berkenaan ialah di Kampung Payang (Hulu Terengganu), Kampung Cabang (Kemaman), Hulu Seladang dan Telaga Papan (Setiu), Mengabang Bakong (Hulu Terengganu), Durian Mentangau (Dungun), Segading (Besut) dan Tanjung Gadong (Marang). Melalui projek tersebut, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Terengganu akan membekalkan 600 ekor kambing induk bagi kegunaan setiap Lembah Kaprima yang diwujudkan untuk dibiakkan.

baca lanjut di Utusan

AddThis