Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

Terengganu : Lembah Kaprima di setiap daerah


KERAJAAN negeri meletakkan sasaran untuk menjadikan Terengganu sebagai pembekal daging kambing terbesar di negara ini menjelang tahun 2015, sekaligus mengurangkan pergantungan ekonomi kepada sumber petroleum dan gas.

Bagi tujuan tersebut kerajaan turut mensasarkan 25 usahawan di bidang ternakan dapat diwujudkan di seluruh negeri. Pada masa ini terdapat lapan lembah kaprima bernilai RM24 juta dan projek sokongan
bidang ternakan yang dilaksanakan secara besar-besaran di negeri ini. Projek Lembah Kaprima diwujudkan di setiap daerah yang mana di sesetengah tempat kemudahan infrastruktur sudah pun disediakan oleh kerajaan.

Projek berkenaan ialah di Kampung Payang (Hulu Terengganu), Kampung Cabang (Kemaman), Hulu Seladang dan Telaga Papan (Setiu), Mengabang Bakong (Hulu Terengganu), Durian Mentangau (Dungun), Segading (Besut) dan Tanjung Gadong (Marang). Melalui projek tersebut, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Terengganu akan membekalkan 600 ekor kambing induk bagi kegunaan setiap Lembah Kaprima yang diwujudkan untuk dibiakkan.

baca lanjut di Utusan

Penternak kambing terkulai layu...

Salam,

Kebelakangan ini saya banyak mendengar kisah penternak kambing yang menjual kesemua kambing mereka, termasuklah dengan kandang-kandangnya sekali. Mengapa ini berlaku? Apa yang terjadi sebenarnya? Dimana silapnya sehinggakan projek yang dimulakan dengan wang beribu ringgit, lebur menjadi liabiliti kerugian bagi pengusaha kambing?

Ada yang mengatakan sukar memasarkan kambing, manakala kos yang semakin hari semakin meningkat menyukarkan penternak meneruskan perjuangan. Tidak dapat dinafikan, masalah utama adalah permintaan kambing yang tidak menggalakkan. Memang banyak pihak menyalahkan kerajaan kerana kurangnya penglibatan badan-badan berkanun dalam menangani isu ini. Siapa patut dipersalah?

Sebenarnya, dalam senario arus keusahawanan, para usahawan kambing perlu lebih 'ligat' dan tahan dari segi emosi serta mental. Bukan sahaja bidang penternakan kambing, apa-apa juga bidang keusahawanan tidak dapat lari daripada masalah persaingan, pemasaran serta permintaan. Komuniti kambing perlu menubuhkan satu koerasi atau badan yang menguruskan pemasaran serta hal-hal berkaitan. Usaha ini pernah dilakukan oleh Saudara Amin Roman Agro Ternak.





Usaha murni beliau telah mewujudkan Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Setakat ini Persatuan ini telah berjaya menyatukan keahlian daripada pelbagai latarbelakang pengusaha kambing. Ini adalah petikan promosi persatuan ;

Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) mempelawa kepada semua pembekal, pembuat, pengusaha, pengilang, agen dan sebagainya di seluruh negara untuk mendaftarkan maklumat-maklumat berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan bagi tujuan perlantikan sebagai agen yang berkenaan dengan kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh PPKM.

Diantara perkhidmatan yang diperlukan oleh PPKM adalah seperti berikut :-
  1. Kursus Ternakan Kambing.
  2. Makanan Ternakan.
  3. Ubat-ubatan dan Penjagaan Kesihatan Ternakan.
  4. Penyediaan Kemudahan Ladang Ternakan Kambing.
  5. Pemasaran hasil ternakan sepeti baka, daging, susu tinja dan lain-lain.
Sila muaturun borang maklumat perkhidmatan disini dan hantarkan ke PPKM untuk tujuan penilaian.


Harapan saya agar bidang penternakan kambing tidak mengalami sindrom layu dan terkubur, seperti banyak lagi bidang pertanian / penternakan yang pernah 'meletup' satu ketika dulu.

Wasalam.

Bela kambing dapat dosa?


Bagaimana yang dikatakan membela kambing dapat dosa? Yang kita tahu bela kambing adalah sunnah nabi.. betul tak?

Satu tabiat masyarakat Melayu yang menternak kambing (terutamanya kambing kampung) - melepaskan kambing berkeliaran dalam kawasan kampung (atau pekan). Kambing yang tak sekolah ni pasti akan membuat aksi-aksi terlampau meragut segala jenis tanaman, tak kira pokok bunga ke, pokok hiasan ke, atau pun lanskap yang di tanam oleh majlis perbandaran setempat.

Gambar kambing kampung yang sedang asyik meragut rumput ini, saya rakamkan ketika berada di Simpang Empat, dalam perjalanan Tampin, N. Sembilan ke Alor Gajah, Melaka.

Hasilnya, daging kambing terjana adalah hasil daripada sumber yang was-was (haram ke tak?) Ini mengakibatkan kambing itu meragukan jika hendak dibuat akikah , mahupun korban.

Apatah lagi, kambing tak bersalah akan dimaki, dicaci serta dicerca.. (tuan kambing pun dapat 'share' faraid).

Jadi, fikirlah!

AddThis