Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts

Penternak kambing terkulai layu...

Salam,

Kebelakangan ini saya banyak mendengar kisah penternak kambing yang menjual kesemua kambing mereka, termasuklah dengan kandang-kandangnya sekali. Mengapa ini berlaku? Apa yang terjadi sebenarnya? Dimana silapnya sehinggakan projek yang dimulakan dengan wang beribu ringgit, lebur menjadi liabiliti kerugian bagi pengusaha kambing?

Ada yang mengatakan sukar memasarkan kambing, manakala kos yang semakin hari semakin meningkat menyukarkan penternak meneruskan perjuangan. Tidak dapat dinafikan, masalah utama adalah permintaan kambing yang tidak menggalakkan. Memang banyak pihak menyalahkan kerajaan kerana kurangnya penglibatan badan-badan berkanun dalam menangani isu ini. Siapa patut dipersalah?

Sebenarnya, dalam senario arus keusahawanan, para usahawan kambing perlu lebih 'ligat' dan tahan dari segi emosi serta mental. Bukan sahaja bidang penternakan kambing, apa-apa juga bidang keusahawanan tidak dapat lari daripada masalah persaingan, pemasaran serta permintaan. Komuniti kambing perlu menubuhkan satu koerasi atau badan yang menguruskan pemasaran serta hal-hal berkaitan. Usaha ini pernah dilakukan oleh Saudara Amin Roman Agro Ternak.





Usaha murni beliau telah mewujudkan Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Setakat ini Persatuan ini telah berjaya menyatukan keahlian daripada pelbagai latarbelakang pengusaha kambing. Ini adalah petikan promosi persatuan ;

Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) mempelawa kepada semua pembekal, pembuat, pengusaha, pengilang, agen dan sebagainya di seluruh negara untuk mendaftarkan maklumat-maklumat berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan bagi tujuan perlantikan sebagai agen yang berkenaan dengan kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh PPKM.

Diantara perkhidmatan yang diperlukan oleh PPKM adalah seperti berikut :-
  1. Kursus Ternakan Kambing.
  2. Makanan Ternakan.
  3. Ubat-ubatan dan Penjagaan Kesihatan Ternakan.
  4. Penyediaan Kemudahan Ladang Ternakan Kambing.
  5. Pemasaran hasil ternakan sepeti baka, daging, susu tinja dan lain-lain.
Sila muaturun borang maklumat perkhidmatan disini dan hantarkan ke PPKM untuk tujuan penilaian.


Harapan saya agar bidang penternakan kambing tidak mengalami sindrom layu dan terkubur, seperti banyak lagi bidang pertanian / penternakan yang pernah 'meletup' satu ketika dulu.

Wasalam.

Servis @ Kambing Jamnapari.blogspot.com

Berminat untuk mengiklankan perniagaan anda (berasaskan pertanian / penternakan?). Setiap review akan dikenakan cas sebanyak RM 30.00 sahaja, panjang lebih kurang 100 - 200 patah perkataan. Sertakan sekali gambar-gambar, sebut harga dan juga apa-apa sahaja maklumat berkaitan.

Email kepada saya di samdaddycool@gmail.com



Mengapa anda perlu mengiklankan pertanian / penternakan anda di http://kambing-jamnapari.blogspot.com?


Ini adalah statistik bilangan pelawat mingguan yang datang ke blog kambing jamnapari pada bulan Mac (sehingga 5 April 2009):

Date

Views

Uniques

09-Mar

396

218

15-Mar

545

278

22-Mar

595

313

29-Mar

399

250

05-Apr

402

160

Total23371219


Ini pula adalah statistik 'keywords' daripada Nuffnang untuk bulan Mac:

KeywordsHits
kambing jamnapari107
jamnapari37
senarai penternak di pahang29
kambing28
contoh pelan kandang kambing21
susu kambing19
pelan kandang kambing19
makanan kambing16
pembekal kambing jamnapari15
kursus pertanian 2009 disabah15

Keputusan Lawak Kambing



Assalamualaikum wbt..

Pertama sekali saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf atas kelewatan "Pengumuman Peraduan Lawak Kambing". Kelewatan yang berpunca daripada saya sendiri atas kesibukan menguruskan perniagaan yang baru setahun jagung bertatih.

Agak pening juga untuk melakukan tugasan ini memanndangkan penyertaan yang agak hebat dan bersungguh-sungguh daripada para peserta yang mengambil bahagian.

Setelah diadili dengan pertolongan juri, maka dengan ini saya mengumumkan secara rasmi para pemenang.

1. Melyssa posted on August 31, 2008 12:27 AM
2.
titan posted on July 1, 2008 11:58 PM
3.
#13 by abdfatah, Jun 24, 2008

+ 5 hadiah saguahati

4. #12 by Rafhz, Jun 24, 2008
5.#19 by senangaje, Aug 7, 2008
6. #20 by tajul muluk, Aug 11, 2008
7. Imo Imora posted on July 8, 2008 11:01 AM
8.
Dookie posted onAugust 3, 2008 6:29 AM

Hadiah adalah seperti berikut...

1st prize - RM50.00 + Free ebook 'Asas penternakan kambing jamnapari' - written by samdaddycool)

2nd prize - RM 35.00 + Free ebook 'Asas penternakan kambing jamnapari'

3rd prize - RM 20.00 + Free ebook 'Asas penternakan kambing jamnapari'


5 consolation prizes - RM10 + Free ebook 'Asas penternakan kambing jamnapari'


Kepada para pemenang, sila hubungi saya melalui samdaddycool@gmail.com / rms_yoyo@yahoo.com untuk akaun bank anda beserta alamat emel untuk urusan penghantaran ebook.


Sekian terima kasih..

Wasalam.




AddThis