Benih durian durian hitam ochee blackthorn

Durian duri hitam, juga dikenali sebagai durian ochee atau durian black thorn kini semakin mendapat tempat dikalangan penggemar durian.



Keenakannya dikatakan dapat menandingi rasa durian Musang King yang selama ini mendominasi sebagai raja durian.

Kebelakangan in, kami mendapat banyak pertanyaan dan juga pembelian benih duri hitam, khasnya dari Sabah dan Sarawak.

Penghantaran biasanya kami lakukan dengan perkhidmatan pos laju.

Sekiranya anda berminat, boleh hubungi kami dengan whatsapp www.wasap.my/60187791008

Baja kompos bio organik Felcra NRICH

http://www.blog.muhasabahtrading.com/pembekal-baja-bio-organik-felcra/ 

Baja bio-organik fertilizer NRICH keluaran Felcra Berhad mengandungi Mikoriza sp, Trikoderma sp, FPS ZEO, organik NPK. I a diperbuat 100% daripada sisaorganik hijau dandikompos menggunakan 12 sp. Microb. Ia juga bebas daripada tanah, patogen dan nematod.



 Untuk maklumat lanjut tentang baja kompos bio organik NRICH ini, samada untuk pertanyaan atau pembelian, sila lawati post ini.


about me

This blog created to share stories and information about kambing (goat) and agriculture related matters. For any comment, enquiry and complaint, please send it to samdaddycool@gmail.com.

Privacy policy

We use third-party advertising companies to serve ads when you visit our website. These companies may use information (not including your name, address, email address, or telephone number) about your visits to this and other websites in order to provide advertisements about goods and services of interest to you. If you would like more information about this practice and to know your choices about not having this information used by these companies, click here.




  • Google, as a third party vendor, uses cookies to serve ads on this site.
  • Google's use of the DART cookie enables it to serve ads to the visitors based on your visit to our blogs and other sites on the Internet.
  • Users may opt out of the use of the DART cookie by visiting the Google ad and content network privacy policy.

Download contoh kertas kerja perniagaan percuma 13 - 15

Sila Download contoh kertas kerja perniagaan percuma, right klik pada mouse anda, dan save image.




Tips penjagaan kambing




Bukan senang nak bela kambing, mahupun haiwan ternakan lain. Kalau nak bela kambing, hati kena cekal. Semangat mesti kuat. Cuma saat yang menyeronokkan dan menggembirakan bila tibanya musim raya korban atau apabila ada kelahiran bayi. Ramai mencari-cari kambing dan lembu untuk ibadah korban dan akikah.

Namun perkara paling penting, bukan sebarang kambing yang boleh dibuat akikah atau korban. Harap tuan-tuan kambing atau lembu tak buat qurban dan aqiqah kalau haiwan mereka kena 'bahasa' macam kambing gambar di atas tu ye.

Korban dan aqiqah - hukum dan pengertian korban






Apa maksud Qurban?

Qurban dari segi bahasa bermaksud hampir.

Maksud Qurban dari segi istilah pula ialah, menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari Tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah SWT.


Hukum melaksanakan ibadah Qurban?

Hukum ibadah korban ialah Sunat Muakkad (ibadah sunat yang sangat-sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan). Namun, ia dihukumkan wajib apabila seseorang itu bernazar untuk melakukan qurban.





Apa syarat untuk haiwan yang ingin dikorban?

Syarat-syarat haiwan yang hendak di qorban mestilah tidak cacat, tidak sakit, tidak buta, tidak berkurap dan tidak kurus.


Haiwan yang sah untuk ibadah korban adalah seperti berikut:

  1. Kambing biri-biri - berusia satu tahun (1 tahun) dan ke atas.
  2. Kambing biasa - berusia dua tahun (2 tahun) dan ke atas.
  3. Unta - berusia lima tahun (5 tahun) dan ke atas.
  4. Lembu atau kerbau - berusia dua tahun (2 tahun) dan ke atas





keyword berkaitan:

hukum aqiqah
syarat aqiqah
rumah aqiqah
paket aqiqah
aqiqah sunnah
doa aqiqah
aqeeqah
korban aqiqah palestin
korban aqiqah jakim
korban aqiqah perdana
korban aqiqah online
Qurban Kemboja

daging kambing dan susu kambing menghindari kolesterol




Saya terbaca artikel yang sangat menarik, antaranya menerangkan tenatang "Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti". :

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

namun, apabila diteruskan terapi kambing ini sehingga menjadi resonan, kita bukan sahaja sembuh malah karektor menjadi positif kembali kesan pembongkaran asid urik dan angin dari darah dan tubuh..


Boleh rujuk artikel penuh bertajuk "Khasiat susu kambing"

PCHBlog: Jom Tanam Pokok Kurma

PCHBlog: Jom Tanam Pokok Kurma: n dibahagikan kepada dua bahagian. Sepohon bunga kurma jantan boleh mendebungakan 40 hingga 50 pokok kurma betina.

Korban dan aqiqah di Kemboja bersama eQurban



Salam semua,

Terlalu lama saya tak uppdate entri blog kambing jamnapari ini. Terlalu sibuk dengan urusan kerja yang lain. Alhamdulillah, kali ini ada sesuatu yang ingin saya kongsi bersama.
Selamat datang ke eQurban.com. Sertai kami untuk ibadah qurban dan aqiqah di Kemboja. Anda boleh tempah qurban dan aqiqah anda secara online bersama kami.

Itulah petikan yang saya ambil daripada website eQurban.com . Untuk sesipa sahaja yang berkeinginan menjalankan qorban dengan cara pantas (online) dan fleksibel, eQurban.com adalah tempatnya.

Pakej akikah korban yang ditawar samada lembu, mahupun kambing, dengan serendah RM 230, impian anda sudah terlaksana.

Semoga perkongsian ini memberi kita manfaat bersama. Sila klik link ini , atau banner di bawah untuk
keterangan lanjut.



wasalam

Pokok stevia Penawar diabetes

300 kali ganda manis daripada tebu
PADA pada masa rakyat di seluruh dunia sedang dibelenggu dengan diabetes iaitu penyakit yang berpunca daripada gula, satu penemuan baru mungkin memberi harapan baru dalam menjauhkan penyakit itu daripada manusia.
Di Malaysia menurut statistik Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan dianggarkan kira-kira 3.4 juta rakyat negara ini menghidap diabetes pada 2010.
Ia satu petunjuk membimbangkan kerana ini bermakna lebih 12 peratus rakyat negara ini menghidap diabetes.
Jika sebelum ini tebu menjadi sumber utama gula, bagaimanapun penemuan baru pokok stevia yang mampu menggantikan fungsi pemanis semakin mendapat tempat di hati ramai orang.
Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudianna adalah tumbuhan herba dari keluarga Chrysanthemum yang mengandungi glikosida pada daunnya termasuk lebih 10 peratus steviosida.

baca lanjut di Kosmo!

Terengganu : Lembah Kaprima di setiap daerah


KERAJAAN negeri meletakkan sasaran untuk menjadikan Terengganu sebagai pembekal daging kambing terbesar di negara ini menjelang tahun 2015, sekaligus mengurangkan pergantungan ekonomi kepada sumber petroleum dan gas.

Bagi tujuan tersebut kerajaan turut mensasarkan 25 usahawan di bidang ternakan dapat diwujudkan di seluruh negeri. Pada masa ini terdapat lapan lembah kaprima bernilai RM24 juta dan projek sokongan
bidang ternakan yang dilaksanakan secara besar-besaran di negeri ini. Projek Lembah Kaprima diwujudkan di setiap daerah yang mana di sesetengah tempat kemudahan infrastruktur sudah pun disediakan oleh kerajaan.

Projek berkenaan ialah di Kampung Payang (Hulu Terengganu), Kampung Cabang (Kemaman), Hulu Seladang dan Telaga Papan (Setiu), Mengabang Bakong (Hulu Terengganu), Durian Mentangau (Dungun), Segading (Besut) dan Tanjung Gadong (Marang). Melalui projek tersebut, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Terengganu akan membekalkan 600 ekor kambing induk bagi kegunaan setiap Lembah Kaprima yang diwujudkan untuk dibiakkan.

baca lanjut di Utusan

IKLANKAN PERNIAGAAN PERCUMA DISINI

Jika anda ingin mengiklankan perniagaan anda, sila tinggalkan komen disini serta detail perniagaan anda. Masukkan link promosi pada ruangan url.

Cara-cara:

1. Klik pada comments
2. Choose Indentity; klik pada Name/URL
3. Masukkan nama pilihan pada ruangan NAME
4. Masukkan link promosi pada URL
5. Klik PUBLISH YOUR COMMENT
6. Link anda akan masuk terus secara automatik.

Vermikompos

Salam Ramadhan semua.

Ini adalah post pertama blog Kambing jamnapari dalam bulan puasa, Ramadhan yang mulia ini. A;hamdulillah, syukur kehadratnya kita masih mampu meneruskan ibadah puasa dan yang lain-lainnya.Di samping itu, zakat fitrah, zakat ternakan dan zakat perniagaan jangan lupa untuk dilunaskan. Itu belum dikira lagi zakat harta dan zakat emas.

Hari ini saya sekadar ingin berkongsi panduan baja vermikompos, petikan daripada Pertanian Manjung Perak. Semoga menjadi panduan bersama.


PENGENALAN

Vermikompos adalah baja kompos yang terbentuk hasil dari pemeliharaan cacing di dalam kompos. Vermikompos mengandungi najis cacing yang bercampur dengan bahan-bahan organik yang mereput seperti jerami padi, rumput dan lain-lain sisa bahan tanaman. Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutrient yang sangat sesuai untuk tanaman. Ia juga mengandungi mikroorganisma yang dapat membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.

MEMBUAT VERMIKOMPOS

Bahab-bahan:

1.Jerami padi atau sisa bahan pertanian yang telah reput atau separuh reput
2.Najis haiwan (tahi lembu atau tahi ayam)
3.Cacing merah (cacing kompos)


CARA MEMBUAT VERMIKOMPOS

1.Sediakan tapak kompos dan bangsal untuk membuat vermikompos bagi melindungi daripada hujan dan panas

2.Masukkan 300 kg jerami dan 100 kg tahi lembu ke dalam kompos dan gaulkan

3.Masukkan 4 kg cacing merah (lebih kurang 10,000 ekor) ke dalam campuran jerami dan tutup dengan jerami atau guni

4.Lakukan penyiraman setiap 2 hari sekali supaya campuran sentiasa di dalam keadaan lembap

5.Pemantauan dan pengurusan yang sempurna hendaklah sentiasa dilakukan bagi memastikan cacing berada di dalam keadaan selesa dan tidak diganggu oleh musuh-musuh seperti semut, tikur dan burung

6. Hasil vermikompos boleh diambil dalam tempoh satu bulan


PENGUTIPAN HASIL

Vermikompos boleh dituai selepas 3-4 bulan. Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya di satu bahagian dan bahan sisa tanaman baru ditempatkan di sebelahnya. Cacing-caing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru. Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual/digunakan.


KEBAIKAN VERMIKOMPOS

1. Memperbaiki struktur tanah
2. Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahan mikroorganisma, hormon dan juga enzim.
3.Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok
4.Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah

Jual produk kambing ni bazar Ramadhan?

Salam,

Agak lama tak membuat catatan di blog kambing jamnapari ini. Kekurangan idea tentang kambing dan masa yang kurang bersesuaian untuk membuat catatan tentang pertanian / ternakan.

Hari ni saya nak kongsikan idea yang boleh diadaptasi dari produk kambing untuk pasaran bulan puasa. Bazaar ramadhan sememangnya menjadi tumpuan hampir seluruh umat Islam di Malaysia bagi mencari juadah berbuka. Bukan sahaja orang yang berpuasa, yang tak berpuasa dan bukan Isalam juga seronok sebab dapat membeli-belah juadah dan juga makanan yang kadang-kala sukar didapati ketika hari-hari biasa.

Ok, saya tak nak membebel panjang, cuma ingin berkongsi idea bagaimana untuk memaksimumkan produk kambing di bazar Ramadhan.

1. BBQ lamb chop
2. Dadih susu kambing
3. Susu kambing segar (berperisa dan original)
4. Shish / Doner kebab (kebab kambing).
5. Kambing panggang... idea saya terhenti...

Insyaallah kalau ada tambahan, saya akan update. Ada hal lain perlu diselesaikan.

Wasalam.

AddThis