Showing posts with label directory. Show all posts
Showing posts with label directory. Show all posts

Penternak kambing terkulai layu...

Salam,

Kebelakangan ini saya banyak mendengar kisah penternak kambing yang menjual kesemua kambing mereka, termasuklah dengan kandang-kandangnya sekali. Mengapa ini berlaku? Apa yang terjadi sebenarnya? Dimana silapnya sehinggakan projek yang dimulakan dengan wang beribu ringgit, lebur menjadi liabiliti kerugian bagi pengusaha kambing?

Ada yang mengatakan sukar memasarkan kambing, manakala kos yang semakin hari semakin meningkat menyukarkan penternak meneruskan perjuangan. Tidak dapat dinafikan, masalah utama adalah permintaan kambing yang tidak menggalakkan. Memang banyak pihak menyalahkan kerajaan kerana kurangnya penglibatan badan-badan berkanun dalam menangani isu ini. Siapa patut dipersalah?

Sebenarnya, dalam senario arus keusahawanan, para usahawan kambing perlu lebih 'ligat' dan tahan dari segi emosi serta mental. Bukan sahaja bidang penternakan kambing, apa-apa juga bidang keusahawanan tidak dapat lari daripada masalah persaingan, pemasaran serta permintaan. Komuniti kambing perlu menubuhkan satu koerasi atau badan yang menguruskan pemasaran serta hal-hal berkaitan. Usaha ini pernah dilakukan oleh Saudara Amin Roman Agro Ternak.





Usaha murni beliau telah mewujudkan Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Setakat ini Persatuan ini telah berjaya menyatukan keahlian daripada pelbagai latarbelakang pengusaha kambing. Ini adalah petikan promosi persatuan ;

Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) mempelawa kepada semua pembekal, pembuat, pengusaha, pengilang, agen dan sebagainya di seluruh negara untuk mendaftarkan maklumat-maklumat berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan bagi tujuan perlantikan sebagai agen yang berkenaan dengan kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh PPKM.

Diantara perkhidmatan yang diperlukan oleh PPKM adalah seperti berikut :-
  1. Kursus Ternakan Kambing.
  2. Makanan Ternakan.
  3. Ubat-ubatan dan Penjagaan Kesihatan Ternakan.
  4. Penyediaan Kemudahan Ladang Ternakan Kambing.
  5. Pemasaran hasil ternakan sepeti baka, daging, susu tinja dan lain-lain.
Sila muaturun borang maklumat perkhidmatan disini dan hantarkan ke PPKM untuk tujuan penilaian.


Harapan saya agar bidang penternakan kambing tidak mengalami sindrom layu dan terkubur, seperti banyak lagi bidang pertanian / penternakan yang pernah 'meletup' satu ketika dulu.

Wasalam.

Cosmopal Sdn. Bhd.

logo korporat Cosmopal




Cosmopal Sdn. Bh. merupakan nama yang tidak asing bagi penternakan kambing jamnapari di pantai timur amnya , apatah lagi di negeri Terengganu khususnya. Dengan keluasan asal 20 ekar di TKPM Serating, Marang, kapasiti serta keluasan mereka bertambah dari masa ke semasa. Hasil usaha gigih Hj. Zainudin, yang tidak mengenal erti kalah sebelum berjuang. Dengan gigih, beliau menidakkan tohmahan masyarakat, dengan mengemudi Cosmopal menuju kejayaan.

Kini Cosmopal bukan sahaja membekalkan baka kambing Jamnapari, bahkan baja organik daripada tinja kambing juga ada dipasar dengan label Kaprima bio. Selain itu, produk lain yang sangat-sangat istimewa dan lain daripada daripada yang lain adalah produk kulit, diperbuat daripada kulit kambing. Antara produk yang dihasil adalah tali pinggang, beg tangan (handbag), jaket, topi koboi dan sebagainya. Kualiti produk ini setanding keluaran luar negeri yang diimport (diorang ni pun cilok barang sini, lepas tu 'rebranding').

Untuk maklumat terkini, serta galeri gambar-gambar kambing di ladang Cosmopal, layari Cosmopalfarm.

Kambing boer dan cendawan Tiram kelabu di Sg. Terap, Muar




This is not a paid review...

Salam.

Ahad lepas (21/ 12/08) saya sempat menjenguk ke Ekspo Seminar Keusahawanan anjuran MARA (kalau tak silap saya), bertempat di Tanjung Emas, Muar. Ada banyak pameran keusahawanan yang disetai samada badan berkanun, mahupun pihak swasta serta persendirian.

Saya sempat bertemu dan berbual dengan En. Rashid Hj. Alias, pengusaha kambing boer dan juga cendawan tiram kelabu di Kg. Tengah, Sg. Terap, Muar. Beliau membekalkan baka kambing boer yang berkapasiti sebanyak lebih kurang 200 ekor. Cendawan tiram kelabu pula mendapat pasaran yang amat baik. Kursus mengusahakan cendawan juga boleh diikuti dibawah kelolaan beliau (syarikat Wira Jaya Marketing).

Antara servis dan perkhidmatan yang dijalankan syarikat milik bumiputra ini adalah;

  • Kursus
  • Khidmat nasihat
  • Lawatan
  • Menjual dan membekal cendawan mentah (1kg = RM7.00)
  • menjual bongkah cendawan (5000 bongkah kebawah - 90 sen / unit )
  • (5000 bongkah ke atas 80 sen / unit )
  • pakej bangsal cendawan

Untuk maklumat lanjut, hubungi

Mazlan : 017 - 609 9654
Amir : 012 - 657 3154
Farahisha : 017 - 730 7767

AddThis